Thursday, September 8, 2011

Episod Sedih Bermula



Assalamualaikum...

Masih busy lagi packing barang-barang. Takut juga jika ada benda yang tertinggal. Kempunan setahun lah nampaknya kalau tertinggal bunga kantan ke..petai ke..haha. Macam tamak pula rasa diri ni bila LM angkut tempoyak, durian frozen, lempok durian, petai, jering, daun kunyit, bunga kantan(mahal giler), cili kering, bilis..bla bla bla..semua nak angkut kan?


Pakaian pun lum siap masuk dalam beg, episod sedih dah terasa dah ni. Dalam membusy packing barang kadang - kadang ada gak terasa empangan ni bertakung dan meleleh sekali sekala. Di tambah pula adik mish dan ieyla caling-caling tengah hari tadi...adoii lagi lah rasa cam nak menangis kesedihan.


Esok lepas solat jumaat dah nak gerak ke KLIA, sebab flight pukul 8 lebih. Alangkah gembiranya kalau dapat jumpa dengan rakan yang tak sempat nak ketemu walau dah plan baik-baik sebelum ni. Moga ukhwah yang terjalin di antara kita kekal selamanya. Bertemu atau tidak tak penting, yang pasti kita saling memahami dan dah anggap satu sama lain seperti saudara sendiri. Dayang deno, atq saleh, kakchik, kak masmurni, kak ayu dan lain- lain...sedihnya tak dapat jumpa kan?huhu.Paling sedih bila LM tak dapat jumpa blogger viruspadu dan bagi hati unta buat anoi yang cumil!
www.tips-fb.com

10 comments:

diana said...Reply To This Comment

nak balik dah ke??
bila lagi nak balik sini LM??

cik sakdi said...Reply To This Comment

smoge selamat sampai ye :)

Kak Aya said...Reply To This Comment

tak jumpa di alam nyata, dapat jumpa di alam maya pun sudah cukup baik.

semoga selamat semuanya, sampai sana boleh sambung lagi persahabatan yang terjalin.

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

Rasa mcm baru je blk mesia kan...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sedihnya nak tinggal negara sndiri

xpe.. itu namanya perjuangan hidup..

semoga selamat perjalanan ke Qatar ye miza

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

kak,blk hati2 ek...jgn luper org disinih,uhuhuhu

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

semoga kak LM selamat sampai ke destinasi.. selamat hari raya maaf zahir batin

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

sayangku LM
mungkin saat kak taip komen di entry ini kamu dudah berangkat..

tiada kata yang lebih terbaik utk kamu sklrg..
berhati2 dan semoga berbahagia...

masmurni said...Reply To This Comment

Turut merasakn kesedihan ini..harap2 dapat jumpa nnti ye..jaga diri ye miza ..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sedih jugak sebab x smpt jumpa miza..pstu x smpt jawab kol dr miza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...