Wednesday, September 21, 2011

Jom Kuruskan Lengan -Dumbbell

dumbbell:carian google


Assalamualaikum...

Aidilfitri semakin melabuhkan tirainya. Nampaknya rakan-rakan yang belum buat rumah terbuka berlumba-lumba mengundang tetamu dan rakan rapat untuk datang beraya di rumah mereka kan? Makan dan makan menjadi agenda utama. Bila dah berborak tu tangan tak sedar menyumbat makanan dalam mulut. Semua terhidang rasa sangat enak dan menarik. Korang beraya masih tak habis, LM baru nak rasa nikmat raya(elleh...baru lepas pantang dah nak mengumpul lemak)


Bila tengok cermin mula buat-buat terkejut beruk. Uik, naper perut aku boroi?naper dah tak flat macam dulu?naper girdle ni susah nak masuk dah(gi open house tak pakai girdle sebab nanti tak dapat makan banyak..keh3),apasal dalam gambar lenganku nampak sangat besar macam ahli bina badan?


Bila perlbagai persoalan timbul, mula menjerit-jerit kat facebook kata nak kurus dan nak mula diet. Wahahaha..LM pun pasang impian nak kurus lepas abis pantang ni. Semua makanan rasa sangan enak. Kalau dulu bekpes cereal sekarang makan nasi goreng tanpa rasa bersalah..hambek badan ko dah 57 kg. Diulangi...57 kg wahai LM !!! Laju-laju je pasang impian nak target kuruskan badan sampai 51kg sebelum raya haji ni. Belum 60h ari bersalin daku dah panik..huhuhu
Perkara pertama yang LM amalkan selain sit-up adalah menggunakan dumbbell juga. Tapi mengikut nasihat cikgu LM, berat yang dia sarankan untuk keselamatan lenganku adalah seberat 1kg saja. Jika badan dan lengan korang lebih besar silalah guna 3-5 kg ye. Latihan yang berskala akan membuahkan hasil yang menakjubkan. Jangan terlebih sudah, nanti lengan korang berotot macam ahli bina badan jangan marahkan LM okey. Penggunaan dumbbell adalah baik bagi membaiki rupa lengan kamu yang menggeleber dan penuh selulit itu.


Nota kaki:Doakan LM cepat kurus ye..hehehe
www.tips-fb.com

21 comments:

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

57 sama mcm rara ni sis.hehehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak tak ada ini tapi ganti air masuk dalam botol boleh tak LM? Hihi... dulu masa aerobik kami guna cara ini jangan ketawa LM

ieda said...Reply To This Comment

cayuk2 dik
aah dumbell nie memang utk lengan :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

rara-huhu..tipu jek.siyes tak cayer rara 57

bujal X said...Reply To This Comment

saya ni nak angkat lengan pun malas~apa lagi nak anagkat dumb bell~~keh keh~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kakzakie-boleh jek kak.janji ia membantu .dulu2 sebelum ada dummbell pun LM guna camtu gak kat segamat.hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieda-ciyok2 kak..doakan adik ye.hehe

efa said...Reply To This Comment

yeah chayok2 akak :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

bujal-sila angkat tgn..hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

efa-hehe..awak dah slim duk diam2 dik

MONYA-SVC said...Reply To This Comment

moga berjaya kak....

eiela said...Reply To This Comment

haha kalau saya kak, tak terhangkat tangan nih.

Peri PiA said...Reply To This Comment

nak kena gi cari ni hihi

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

hehehe, akak x penah gn dumbell ni, lenguh tgn...hahaha *Fighting* :)

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

ada dumbell ni kat rumah

tp rasanya around 8-10 kgs kot...










suami punya...hehe...mmg tak leh nak kongsi2 :)

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

ni la masalah utama sy sis.lengan besor gedabak.hahaha.kene bl la benda alah ni...

diana said...Reply To This Comment

saya tak pernah guna alat senaman LM..
dari dulu saya jogging je..
setiap pagi kecuali hujan..
hehheheh

Woofer Storm said...Reply To This Comment

slm ..ummi,lepas raya je badan sy naik mencanak..cmna nak kurus kalau bantai nasi lemak setiap pagi?bersukan langsung tak buat..hehheee

NinaAz said...Reply To This Comment

yes! sy dah 5 bulan guna dumbble..memang berkesan untuk lengan..terbaik!! =) untuk kita bg permulaan, 2kg dah ok..=)

mamazie said...Reply To This Comment

boleh try corset PB ;) mmg bkesan

Fatimah Bt Tony said...Reply To This Comment


Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.

Nak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...