Tuesday, September 20, 2011

Mee Kuning- Kuning Di Raja




Assalamualaikum....apa khabar semua. LM rasa mengantuk sangat pagi ni. Sekarang baru jam 6.30 pagi kat Qatar ni. Hari ni menu mee goreng mamak segar dari dapurku. Malam tadi menggelek mee kuning. Dah 3 bulan tak buat mee kuning malam tadi gegar encik suami minta tolong gelek mee. Terlebih warna la pulak kali ni..huhu.



kuning di raja mee LM
Sejak dapat pandai buat mee kuning ni memang rasa untung sangat. Pertama tak perlu nak bergantung harap tempah pada orang, bila-bila masa nak makan boleh terus buat. Pertama kali buat dulu memang hodoh mee LM, warna tak sekata dan rasanya agak keras. Sekarang ni dah kira lulus dan tak malu la nak hidang kat meja untuk tetamu...hehe.


Pagi ni pukul 6 lepas anak-anak gi sekolah LM bancuh lagi satu adunan dan gelek lagi. Dapat sebekas lagi mee, buat stok kalau ada tetamu datang kan senang....sekarang ni dah gian buat mee la pulak, wahh akak comot dah mula beraksi di dapur, jangan jeles ye! nak resipe?
  
Bahan-bahan mee kuning:

4 cawan tepung gandum
sebiji telur
sesudu besar air kapur(kapur makan)
210-220ml air suam-sukatan air mengikut jenis tepung.
garam


Caranya- Campurkan semua bahan tadi, LM tak letak garam kerana takut mesin mee berkarat. Bila dah rata mesin nipiskan dan jadikan juraian mee. Rebus dalam air panas dalam 5 minit hingga mee masak. Rebus sedikit- sedikit dan angkat, lalukan di air paip dan toskan. Minyakkan sebelum di simpan. Mudah kan?



Nota kaki: kuantiti air bergantung kepada kualiti dan jenis tepung yang digunakan. Kalau tepung yang LM guna kat Qatar ni kuantiti airnya banyak inilah...alhamdulillah rasanya memuaskan hati.
 

www.tips-fb.com

31 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

wahh...best la wat mee sendiri..
kne rse nanti nih..hihi

CIK TOM said...Reply To This Comment

wah hebatnya akak buat mee kuning akak sendiri..cik tom nak cuba jugak tp time blk tganu nanti la..kt sini ssh sikit..hee

Peri PiA said...Reply To This Comment

kagum,nk cube insyAllah :)

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

owhhh kakak..kamu memang ibu yang rajin! kagumnnyerrr..dah la ada baby huhu..ai beli jer kalau teringin ;p

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

wahhhh sis boleh bukak kilang mee.hehehe

diana said...Reply To This Comment

pandainya..
saya tak reti..
kena beli mesin dia la ye??
nak cuba buat la..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-hehe...nnt kita mkn sama2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

cik tom-tak hebat la dik, adik blh wat juga

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pia- mana ada hebat, pia pun blh buat.miza buat tak cantik sgt pun rupa dia

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

pinky momma-hehe..hebat apa nya, sbb takda org jual la akak kena buat dik..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

rara-hahaha..klu antar kilang dia gelak tgk rupa mee yg tak cantik tu dik

YNA said...Reply To This Comment

bestnyer wat mi sendiri.. nak nak wat mi jawa kat umah kalau dah buat mie kuning nie banyak2, hihihi


sila la join contest sy jika berminat ya? :-D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-tak pandai la..saya tgk2 resipe kat tenet je.nnt klu awak beli mesin awak cuba lah buat.sgt senang

Diana @ bilakukatacinta said...Reply To This Comment

bilalah saya nak serajin begini kak...

azian said...Reply To This Comment

hebatnya kak LM ku ini....

kak, abg ali tanya yan....

asyik2 pasal akak jek laaa....

p/s akak senior kesayangan ramai mmg begitu ek...hehhehe

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

rajinnye sis wat mee sendiri..leh wat bisnes ni..:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

YNA-mee jawa..bestnyer.nnt akak cr bahan nak wat juga lah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

azian-haha....rajin sbb nak mkn mee lah yan,klu takmo mkn takde la rajinnyer.kesayangan ke senior yan ni?cam singa jek dulu adalah..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-bila nak rajin?bila terdesak nk mkn takda jual cam akak kat sini ni.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kunangkunang-tak rajin la nak bisness..hehe.mkn sendiri je la dik

Umie Artoqiemie said...Reply To This Comment

uncle aku pun ade kat Qatar..

najihah sahami said...Reply To This Comment

handall ah kak LM...pandai tu buat mee sendiri...hehe

JIJI YU said...Reply To This Comment

wahhaa.dah pernah wat kat egypt dulu..siap jual lagi

exora said...Reply To This Comment

dlu2 selalu tgk mak n geng dia buat mee...skrg dh x buat lagi..

ieda said...Reply To This Comment

hermm memang menjimatkan .. rajin sungguh LM nie , kagum akak ..
yelah bila dah jadi suri rumah nie nak2 jauh LM memang kena peruntukkan sepenuhnya masa yg ada .. jimat pun jimat kan dikk
janji sudah tentu hasilnya sihat dan terjamin bersih kan :)

Cik Bambam said...Reply To This Comment

kwn sy kat NZ pon buat mee kuning sndiri.. kuey teow sndiri..dah berada perantauan and supply susah nak dapat..smua jadi pandai kan..ehhehe

Finaz Jaafar said...Reply To This Comment

owh sis pandai buat mee sendiri rupanya !!! sangat kagum sis !!!!

MONYA-SVC said...Reply To This Comment

senang rupanya bt mee sendiri len kali kn cb bt

Kak Aya said...Reply To This Comment

bagusnya LM, semua buat sendiri.

nak kena ada mesin la kan? bagus sebenarnya kerana mee kat pasaran tu banyak bahan pewarna dan pengawet.

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

teringat masa arwah mak ada, dia suka buat mee kuning .lydia buat sendiri tak payah nak buh bahan pengawetkan.lenkali nak cuba resepi ni.thanks lydia

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Wahhhh,, Dok negeri org nak kena tau serba serbi, klau x susah nak mkn kn dear... Akak tabik spring la ngan LM.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...