Monday, September 5, 2011

Minggu Ini



Assalamualaikum...

Dah masuk minggu terakhir buat diriku dan keluarga untuk menikmati segala kaindahan di tanah air. Tak lama lagi kami dah nak terbang pulang ke Qatar. Terasa sekejap je 3 bulan melalui kehidupan di tanah air sendiri. Kalau kat sana rasa lama jek masa nak perputar.


Alhamdulillah baby syafiq dah semakin membesar, dan debab. Cuma ummi saja yang belum kembali ke bentuk asal, masih debab dan gebu..hehe. Minggu ni minggu busy, kelmarin akak ipar datang beraya dan LM masak nasi. Pertama kali masak sejak bercuti jadi chef kat dapur ni....lama berpantang rasa kekok pula nak masak. Menu simple kari ayam, sayur kobis, sambal tempoyak dan ikan kering je. Semalam pula busy sebab sepupu suami meninggal, Lm tumpangkan baby syafiq kat umah bonda jap masa gi melawat, balik kepenatan yang teramat..huhu.


Hari ni pula...baru siap makan, ops..dah lewat baru nak makan sebab kepenatan bersilat kat dapur sebab MIL dan ipar duai 2 kereta nak terjah jap lagi. Menu simple gak, nasi tomato, ayam masak merah, sambal asam tomato dan acar darat(nenes dan timun). Menu sampingan ada speghetti juga. Lepak juga memasak dengan baby syafiq yang sejam sekali nak susu ni..haha. Mujur encik suami sanggup turun padang bantu kat dapur.


Esok besday adik aqilah yang ke-3. Kami plan nak bawa anak-anak ke suatu tempat. Kalau cuaca mengizinkan. Barang tak siap beli lagi nak bawa balik qatar, packing pun tak lagi...dan kain yang tak berlipat menggunung tinggi. Memang raya nak termuntah bila fikir banyak kerja nak buat. Tapi ....kena plan juga lah supaya semuanya berjalan lancar.


Tiba-tiba rasa sayu bila mengenangkan minggu ini adalah minggu terakhir. Tak semua hajat dapat tertunai, keinginan nak bertemu dengan ramai rakan-rakan blogger tak kesampaian. Tapi memang jadi satu kenangan manis bila mengenangkan ada juga rakan blogger yang sempat menemui LM walau tak lama...tq bagi adik-adik yang sudi luang masa, wang dan tenaga untuk bertemu dengan sis LM. Bagi yang tak berkesempatan bertemu tu LM minta maaf banyak-banyak..kekangan masa membuatkan semuanya terbatas, ada rezeki kita akan bertemu nanti. Pasni LM kembali jadi perantau cam kak SUFEENAN dan HJ

Nota kaki: Teringin nak makan blueberry cheese tart tak kesampaian..huhu


www.tips-fb.com

19 comments:

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Akak pun sedih sbb tk dpt jmpa adik haritu .. tak sempat la dik.

al_hakim said...Reply To This Comment

kak pergi ke qatar?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

sat ja kan masa berlalu....

Amie said...Reply To This Comment

Assalam,
selamat terbang pulang ke Qatar... ada rezeki, umur panjang insya-Allah akan kembali lagi ke tanahair...

JIJI YU said...Reply To This Comment

sumer dah nak pergi..tinggal jiji je la

atiq said...Reply To This Comment

ummi ada dapat baju baby.??

hafrawiey ozakawa said...Reply To This Comment

blueberry cheese??mmg yummy...kepingna jugak...heheh:)
http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

dik...
bila baca entry kamu. kak rasa suka sangat2...sebab baby makin sihat, kamu pun makin sihat..
siap masak nasi tomato dengan pelengkap yang pelbagai..
tabik toing2 lah.........

tapi.. bila baca statment yang hampir last tu.. sedihlah pula sebba kak belum bersua kamu..
tak apa...
asal kamu sentiasa bahagia.. sentiasa ceria itu dah memadai dik

PS: kalaulah dekat memang kak dah serah bluberry tart pada kamu..

masmurni said...Reply To This Comment

nk mkn cheese tart ke?laaa..nape xbgtau? Akak mmg s
selalu buat cheese tart...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

LM blk sana bila?.... sedihnya nk berpisah semula...

tp betullah. dah 3 bulan rupanya kan? mcm sekejap sgt.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

sedih plak akk dah nak balik dah...
ade rezeki kite jumpe lagi nanti.. ;)

ieda said...Reply To This Comment

ADUHHH akak akan rindukan adik nanti .. jgn lupa update selalu dan jaga diri mu baik2 ya ..
dan semoga LM berbahagia jalani kehidupan disana .. memang terlalu pantas masa berlalu kan ..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

pejam celik pejam celik dah nk pulang ke qatar ye :(

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

kak mmg lah kan.3bulan kejap je.rara pon nk kawen dh lagi sebulan lebih.

diana said...Reply To This Comment

dah nak balik ke??
sekejap je masa kan??
rasa macam baru minggu lepas baca entry pasal LM balik malaysia..:)

missSenget said...Reply To This Comment

huh?

kak LM nk balik da?

cepat nye..!

rasa mcm baru smlm kak LM bgtau smpai kt KLIA..

ajumohit said...Reply To This Comment

Byknya menu dihidang utk keluarga mertua, dgn nk jg baby lg, gigih sungguh!!! Selamat hari raya dan smg pjalanan ke Qatar selamat tiba...

laloque said...Reply To This Comment

selamat hari lahir aqilah n selamat pulang ke Doha

Lelord said...Reply To This Comment

miza balik doha biler? lela balik 12hb...nak blueberry cis tat ek..meh dtg umah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...