Friday, September 2, 2011

Nak Berlagak Sangat., Akhirnya...


Assalamualaikum...

Salam Syawal buat semua, pasti hari ni dah ramai yang mula nak bertolak pulang dari kampung untuk meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas. Bagi korang yang masih bercuti tu raya puas-puas ye. Bukan senang nak berkumpul kongsi cerita dan bergelak ketawa dengan adik beradik dan ipar duai. Ambil peluang ni untuk bertukar cerita dan beramah mesra...hehe

Bagi LM, hari ni hari terakhir beraya di negeri sembilan, lepas solat jumaat dah nak gerak balik ke segamat semula dah. Nak citer sikit gelagat hari raya. Gelagat biasa yang kita tengok cuma kita perasan atau tak je sebenarnya. Korang perasan tak satu perkara, kalau nak raya je bukan saja baju nak baru, kasut dan tudung memang perlu baru kan? kalau orang lelaki nak beli tali pinggang baru, jam baru, kalau pakai cap nak beli gak yang baru..huhu. 


Tapi bagi yang baru tahun pertama kerja tu lagi hebat kan?mesti lah lebih nak bergaya tahun ni, so angpau raya perlu lah hebat tahun ni tuk anak buah, malu kot kalau bagi ciput, paling kurang pun kena warna merah not dalam sampul tu kan?kalau bagi 5 hengget tebal muka kot?


Abes bab angpau, masuk satu bab lagi yang memang jadi trend, perasan tak ramai yang suka tukar kereta baru time nak raya ni?ala..bukan jadi masalah pun kan? kadang-kadang ada je yang berani kluarkan kereta dengan duit muka bawah 5k. Berani ek? pasti hutang bertahun-tahun, bayar duit ansuran tinggi pun takpe asal bergaya berkereta baru raya umah sedara mara...boleh ke camtu?


Kalau orang wanita ni pula trend nak beli barang kemas baru..bukan tadika KEMAS okey, tapi barang perhiasan emas la...tak main la barang silver ni kan, haha. Punya teruk perangai, kalau mampu tu takpe. beli lah 2-3 utas tak siapa nak marah pun. Tapi yang tak mampu dan masih nak berlagak hebat tu yang benci tengok tu. Beli nak hebat, besar kelingking..tapi tak mampu.Akhirnya berhutang kat kedai mas tu, bayar lah ansuran tiap bulan berbulan-bulan sampai dekat setahun. Siapa yang teruk?suami lah yang botak kepala kan?jangan wat perangai hodoh camtu ye kawan-kawanku.Kalau suami tu mampu, tak payah minta..dia pandai nak hadiahkan sendiri tuk kita.Dia lagi tau nak wife dia cantik, bukan tuk orang lain..untuk suami juga. Tapi kalau dah berhutang..tu yang tak syok dengar tu.


Kereta baru, barang kemas baru, set sofa baru, set dining baru, langsir wajib baru, karpet baru..sampai usung jauh-jauh dari (JAKEL tu pinjam van kawan),semua nak baru..last-last belum habis raya poket dah kosong, top up ngan duit raya anak..tak cukup gak minta pinjam kawan, last-last gadai barang kemas isteri. Makan lauk telur la hari-hari pas raya. Sanggup? bagi yang kerja makan gaji leh maintain lagi kan?gesek je kad kredit tu isi minyak dan shopping barang dapur, hutang sana-sini mana orang tau kan? janji bila RAYA kita BERGAYA. 


Bawa-bawalah insaf bagi yang dah terbawa nafsu membeli bagi tahun ni, jangan diulang perangai buruk tu tahun-tahun akan datang. Bukan menyusahkan diri sendiri je, kalau dah kawen anak isteri pun sama susah, kalau hujang korang menyusah kan mak bapak gak merayu nak pinjam duit bila poket dah kosong. Hari tu beli kereta baru sibuk usung makwe sana sini beraya..mak pun korang tak bawa jalan naik kereta baru tu, time susah pandai pulak nak minta mak bapak tolong kan?

Toyota Seg 
kami masih lagi guna kereta toyota SEG camni walau dah 8 tahun pakai tau!


Nota kaki: Perangai orang kita...ampun maaf jika ada yang terkena batang hidung korang ye, tapi rasanya tak salah LM tegur sikap berhutang sampai nak jerat diri sendiri semata-mata nak berlagak time raya kan?

www.tips-fb.com

20 comments:

diana said...Reply To This Comment

raya ni ada nampak jugak perangai gini..
yang geram nya hutang kita tak nak bayar...
bukan setakat beli rantai tangan utuk anak dia je,siap bagitau kita raya ni nak pi jalan2 ke terengganu...
lupa dah agaknya hutang piutang yang tak terbayar tu..
rupa2nya nak berjalan dan beli rantai tangan pun berhutang jugak...
alahai..nampak gayanya tak merasa la nak dapat duit tu balik.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sabar byk2 ye diana..kita sama je, misi mengutip hutang tak berjaya blk kali ni, thn depan tak dpt lah nmpknya..sabar je lah.kena posa lah nmpk nyer biar sabar tu tinggi sket kot?

shatooman said...Reply To This Comment

tahun ni cuma beli jubah sehelai je yg baru..huhuhu.. xde mood langsung nk membeli serba baru.. makin besar, mood raya dh makin kurang~ hmm..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

hehehe...tu lah dia kannn

kami tak de nya nk berutang utk raya ni...

H.J said...Reply To This Comment

tahun ni baju raya yang orang bagi je..

Peri PiA said...Reply To This Comment

sia2 perangai mcm tu

semoga perangai baik2 sepanjang bln ramadhan kite terus istiqamah tiap2 hari

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

saya rasa tahun ni la saya paling sempoi sekali..takde kasut baru, takde beg tangan baru, takde tudung baru...baju kurung je baru dua helai..

alhamdulillah..semua boleh pakai lagi..

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

Betul LM belanja biarlah ikut periok kan. Kalu besar periok besarlah keraknya..jgn kerak lebih besar dr periok..hehe ada ka macm ni!!!!

gedek! said...Reply To This Comment

Toyota SEG tu buat drift, best tau...!

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

sayangku lydia
bila kamu syer entry nie.. ala2 kena dgn senario yang kak ayu lalui beberapa hari nie
adat kan?
bila ke mana2....
kita akan nampak..
tapi kenyataannya itulah yang sebenarnya..

nak berhias kena tempat, nak tukar ganti benda baru kalau pulus tak mencukupi jgnlah sanggup berhutang

buruk padahnya.. kan??

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

pelik pelik manusia nie..biar papa asal bergaya.tidur pun tak lena teringat hutang..
yaya ada hutang kereta je.. tu pun kalau ade duit nak kasi langsai jer..hidup kita nie biar hati tenang..jauhkan diri dengan amalan berhutang ..raya berpada-pada ...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

salam lebaran

tak paham dengan org yg time raya ni suka nak menunjuk2.. patutnya raya di jadikan hari utk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim yang jauh sebelum ni.. huhu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehehe, belanja ikut kemampuan, ukor baju kt badan sendiri......


Hb suke kete seg tu, hehehe

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

berpada2 ikut kemampuan

Kalamhati said...Reply To This Comment

Alhamdulillah..so far tak minat sgt nak pakai brg kemas lip lap lip lap..maybe sbb mmg family dr keluarga yg sederhana..so dh terbiasa hidup sederhana..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

huhu..nak beraya abis gaji 3bulan..
Xelok mmbazir cmni..
Ieyla plak gaji 1st elok2 tuk raye..so kne la wat profit loss siap2..still sme je raye mcm thn lps..xde nk berhabis gaji pon..cume dptla bg duit raye kt parents sket.. ;)

Hanis Azla said...Reply To This Comment

Salam aidilfitri LM.. mmg biasa nmpk perkara2 mcm tu.. kdg kita yg tgk pula naik risau sbb tgk mereka yg sanggup terbeban dgn hutang sebab nak bergaya di hari raya sgt.. mcm akak mmg sejak dulu, kalau ada duit lebih bolehlah tukar yg baru.. klu tak tu mmg tak kisah klu pakai yg lama pun.. asalkan tak berhutang..

ps: LM nak ke novel tu?.. kalau nak akak boleh tlg belikan dan pos pada LM sblm LM balik ke doha nun.. klu masih berminat nnt tgglkan e-mail address LM di blog akak yer.. senang sikit nak berurusan nnt.. TQVM..

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

eemm...kakD ni bj raya pun tukang jahit tak dan siapkan last2 pakai ja baju yg mana ada....

Nini Hartini said...Reply To This Comment

betullah LM... kdg2 terlalu boros sbb persiapan raya, sampai pahala yg dikaut sebulan berpuasa pun jd sia-sia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...