Thursday, September 29, 2011

Period Pain?



Assalamualaikum....

Entri untuk wanita je kali ni. Pernah mengalaminya? Ada yang pernah dan tidak. Ada yang mengalaminya sekadar sakit 'manja-manja' dan ada yang mengalaminya sampai terpaksa mengambil cuti sakit dan berehat sampai berguling-guling kat katil menahan kesakitan.


Nampak remeh tapi sangat menyakitkan bila tiba penyakit ni. Hari ni LM sampai tak mampu berjalan menahan sakit ni. Nak urus anak sekolah pun tergigil-gigil dan kebas kaki dibuatnya menahan sakit. Orang kata dah kahwin penyakit tu hilang, tak juga nampaknya bagi diri LM sendiri. Dah nasib badan kenalah tanggung. Jika dulu kat UiTM mesti tiap bulan duduk berguling menghabiskan cuti sakit yang doktor bagi atas tilam empuk, tapi dah ada anak-anak ni kenalah tahan walau sangat tak larat..huk huk huk


Ada cara untuk melegakan sakit ni?

1. Ramai yang suka telan ubat penahan sakit. Tapi LM tak buat sebab tak tau apakah kesan sampingannya jika menelan sebiji tiap kali sakit.

2. Tuam perut sampai sakit tu reda-yang ni selalu LM amalkan
3. Tenangkan diri dalam keadaan mengiring-ini pun membantu...macam kita menahan sakit nak bersalin,mengiring akan meredakan sakit.

4.Bersiar-siar atau bersenam-ia dapat meredakan kesakitan.


Satu lagi info yang baru LM tau adalah dengan mengambil calcium dan mangnesium dalam diet boleh  mencegah dari senggugut. Info dari period pain relief


Penyakit tu datang dari Allah, pasti ada sebabnya mengapa kita diuji dengan kesakitan itu. Tapi LM bersyukur dapat senggugut yang teruk kerana sakitnya cuma kurang sikit je macam sakit nak bersalin....so takdalah meraung-raung masa nak bersalin tu sebab tak tahan sakit macam sesetengah orang....ecece..alasan baik punya nak pujuk diri yang sedang sakit.


nota kaki: moga tips ini dapat membantu anda.


 

www.tips-fb.com

10 comments:

Lelord said...Reply To This Comment

lela jarang sgt kena period pain tp kalau kena mmg sampai sejuk2 badan cam nak pitam

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau keluarga kakak dulu sebaik habis period mesti kena minum air kunyit yang dicampur dgn sedikit asam jawa dan seketul garam jantan. Ini bukan untuk hilangkan sakit tapi mengelakkan dari kena sakit. Kena buat setiap bulan sebaik lepas bersih...

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hmmm setakat ni rara tak penah ag period pain yg berguling2.biasa2 je.

Green Apple said...Reply To This Comment

tapi kalau dah tiap2 bulan sakit teruk.. tak boleh tahan.. semua urusan tergendala..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

jarang sngt kne period pain..tp penah skali kne terok kat hostel..
acara tuam perot dgn iron yg dipnaskan.. ;)

JIJI YU said...Reply To This Comment

patot pelangi salu sakit

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kakD dulu ada juga senggugut tu...tapi skg alhamdulillah...

eiela said...Reply To This Comment

saya tak pernah lagi kena period pain. hope dijauhkan. mak saudara ade kena macam nih. tapi lepas makan ubat dia ok.

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

cik ina pun kena period pain hari tu, boss cik ina suruh makan calcium magnesium, Alhamdulillah. tapi apa yang ko senaraikan tu betul gak. boleh dijadikan panduan.

Addin said...Reply To This Comment

addin salah seorang pemilik tegar period pain, memang sakit. kalau dah tak tahan memang addin akan telan pil. tapi jangan buat, sebab memang tak elok. huhu

kalau dah terpaksa addin meang terpaksa juga ambil. sakit ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...