Wednesday, September 21, 2011

Perlukah Buang Kenangan Itu ?



Assalamualaikum

Dah lama tak berbicara tentang hati dan perasaan kan? Sejak ada baby syafiq tak dapat nak berceloteh tentang cinta, perasaan apa saja kisah yang adik-adik blogger remaja suka nak baca kat sini cam dulu. Sori sangat- sangat akak LM busy dan hampir semua entri yang ada adalah auto post. Kalau entri makanan, dah abis baru nak publish..keh3


Bila berbicara tentang cinta mesti ramai yang suka bagi barang kepada kekasih hati selain kad dan bunga-bunga kan? Kalau lelaki tu dia suka bagi gf dia coklat. Tu takpa la...abis dia makan dia buang sampul tu, kalau bunga dah kering berhabuk dia campak dalam tong sampah. Tapi kalau yang bagi baju, tudung, tali pinggang, kasut dan sebagainya tu kalau kasih tak kesampaian camner?



Biasanya kalau besday gf atau bf pasti berlari-lari kita nak hadiahkan sesuatu yang boleh dipakai lama dan disimpan untuk dijadikan kenangan. Bagi jam loceng sebab bf suka masuk kuliah lambat, bagi minyak wangi supaya gf sentiasa harum berjalan jauh ke dewan kuliah peluh-peluh...hehehe. Bagi baju berjenama, tali heler biar bf kemas pergi kuliah atau kerja. Agak-agak korang la kalau dah putus kasih nanti barang tu semua masih disimpan tak?


Kalau diri korang sendiri nak ke simpan barang pemberian kekasih lama? Buang tu tanda nak melupakan atau tanda sakit hati? Kalau baju mahal kan sayang nak buang? kalau tudung bawal tu ruginya korang campak dalam tong sampah, meh bagi LM pakai..hehe. Tali leher berjenama...takkan korang nak buang kot? jam yang mengejutkan korang bangun subuh tu korang nak campak bagi berkecai macam hati korang yang berkecai juga?


Tepuk dada tanya minda. Kalau rasa barang tu semua buat hati korang down dan sentiasa sedih buang saja dari diri kamu. Tapi bukan buang ke tong sampah ye, bagi je orang lain untuk di gunakan. Kalau baju tu kawan korang tak sudi terima bagi je pada insan yang memerlukan. Jangan membazir. Tapi jika ia disimpan pun tak salah. Jika dulu dia insan yang buat korang gembira tak salah gunakan pemberiannya. Selagi korang pakai tudung, telekung atau apa saja pemberiannya pasti dia juga akan mendapat saham pahala juga kan? 



Apa saja tindakan kita biarlah ianya seiring dengan kemahuan dan keimanan. Kalau simpan itu membuatkan ingatan dan cinta kamu sentiasa mekar untuknya sedangkan kamu sudah berpunya...itu AWAS!!!


Pstt: Terpikir jap..mana hadiah baju yang encik suami hadiahkan masa bercinta dulu ek?hehe
www.tips-fb.com

24 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

barang yang lepas jgn dikenang.. ;)

azian said...Reply To This Comment

akak...
sy dan mamat (bukan mamat sepah sbb mamat sy lagi hensem...ngeee) masih menyimpan lagi surat2 cinta...(jgn muntah hijoooo...hehehe) kad , hadiah etc, yg tak simpan......makanan....hehehheeh

YNA said...Reply To This Comment

buang yg keruh ambil yang jernih :-D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-hehe..klu nak buang teddy bear tu bg la qila ye?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

aizan-wahh samalah, encik suami pun simpan dlm kotak ooo suarat2 cintan kami

ieda said...Reply To This Comment

entah lah dik atas diri masing2 kuut
akak ada simpan lagi kad ucapan bday dari salah seorang bekas kekasih ( waaaaahhh salah seorang ekekek ) yelah kan , yg paling tersemat dlm hati

dah kawin nie siap tunjuk kat hubby , ini semua tinggal kenangan ..
dgn hubby dia lah segalanya bila kita memilih dia kan .. soo perasaan lama dgn org lama dah lama dilupakan ..

insyaallah semua atas niat hati kita .. kita yg mencorakkannya bukan org lain .. banyak kan berdoa agar hati tidak dipalingkan oleh allah :)

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

benda2 tu tak bersalah...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

YNA-betul tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieda-wahh kak ieda bagus la.msh simpan lg barang2 lama.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

sunah-ye la dik...tp biasanya org akan buang kan?

Cik Bambam said...Reply To This Comment

kalau sy dulu..pic ex-bf pon sy pulang kak.. ehheheh..

diana said...Reply To This Comment

dulu bakal mak mertua tak jadi pernah bagi pasu kat saya.
tapi sebab tak jadi saya sedekah je pasu tu kat orang...
orang yang dapat tu kemain melompat dapat pasu tembaga..
hahahahahha...
saya pulak pandang pasu tu macam tak de nilai je...
ekekek

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

cikbambam-haha..pulang lbh baik ye dik?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-sayangnya pasu ...huhu

naperlah diberi org, bg mak sendiri kan ok.

webmdmk said...Reply To This Comment

Kunjungan silaturahmi sahabat di lydiamiza.
Entri yang bagus sahabat...salam persahabatan dari Indonesia

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

jgn dibuang..membazir jek....dah hak kiter kan...kalu xnak pulangkan...xpom bagi kat org...cuma jgn dibuang...

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehe... Btul tu, Terpulang kt hati masing2, nak simpan ke nak buang.....

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

ada 1 rantai emas pemberian ex.. nk pakai takut hubby kecik hati walau dia x ckp apa2 tp dia tahu tu pemberian ex.. takkan nak buang lak. so bg mak je la.. sy jarang buang pemberian org kak walau apapun yg org bg tp terkilan kalau pemberian kita org buang or kaitkan dgn sesuatu yg x baik. mcm sy prnh bg ex sy baju2.. then lepas putus dia nk bg balik tp mak dia x bg dia buat cmtu. katanya takut sy sihirkan anak dia lak.. so mak dia sedekahkan kt org. terkilan jugak sbb seumur hidup sy, x pnh pulak sy sihirkan org & x trfikir pn nk buat cmtu kt anak dia

Liyana ~yana~ said...Reply To This Comment

yana bru je pts...sedih memg sedih tp tetep syg brag2 2..brg2 2 x berslah...walupon kta pts x semstinya kta kna buang kengan 2 kn...kengn ad lah 1 kehidupan...just terima hakikat klu ad jodoh x kemana kn..:)

caliph shuriken said...Reply To This Comment

xmo simpan kenangan lama, huh...

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

apa kata.. kalau LYdia, kembali sambung kisah percintaan kalian..
kak dapat baca part yang en suamimu bersua..
bab merisik
bertunang
dan seterusnya bernikah.
marilah syer sama2...

yen(toka ziizokukuto) said...Reply To This Comment

hahah tak penah rasa benda benda macam ni walau umo meningkat ke 19,,,,kecik lagi kan,,,heheheh

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

saya tak penah dpt hadiah dr lelaki sebelum jumpa MR Hubby.. hehehe

Woofer Storm said...Reply To This Comment

slm ummi..kenangan tingal kenangan ,moga kenangan tidak menyakitkan..ermmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...