Sunday, September 25, 2011

Punca Ulser Lidah Ni



Assalamualaikum...

Masih lagi merana kerana ulser di lidah ku. Nak bocorkan rahsia sikit, sebenarnya ulser ni terjadi bukan kerana tujahan berus gigi atau kerana kekurangan air. Tapi akibat tujahan tulang dalam murtabak ayam yang LM makan semasa bekpes hari jumaat hari tu. Al kisah gi bekpes order murtabak ayam. Biasanya okey je..tak tau lak 3 bulan tak gi makan sana makin teruk restoran tu. Murtabaknya macam roti telur dan ditepeknyer inti kat dalam tu. Haishh bukan macam selalu isi ayam bergaul telur dan bawang...huk huk huk. Paling geram tengah mengujah tiba-tiba lidah tertujah dek tulang ayam yang panjang dalam murtabak tu. Memang terkejut..mujur tak 'gol' sebab tercekik. Rupanya bukan satu...tapi banyak lak tulang dalam tu. Baiknya diriku sebab tak mengamuk kat taukey restoran sampai ke sudah.


Sakitnya tuhan je yang tau. Sampai hari ni tak dapat makan dengan betul. Rasa nikmat langsung takda. Nak cakap pun susah kerana dia kena di pangkal lidah dekat ngan geraham tu. Semalam gi klinik pas bekpes..tunggu punya lama dah check bila nak ambik ubat takda lak kat farmasi tu..dia suh cari ubat tu kat luar. Geram ku bertambah....dah la buang masa lama kat sana, biasanya kalau ubat takda ada je stok kat hospital sebelah dia tu. Ni langsung takda. Encik suami beli kat farmasi, tapi masih tak membantu. Masih sangat sakit. Ada kata letak asam keping...tak jalan gak. Akak wan kata kunyah biji anggur, nanti LM check anggur yang hubby beli semalam ada biji ke tak sebab LM biasanya makan anggur yang seedless je, harap-harap ada biji dan boleh cuba petua tu....SAKIT!!!


Nota kaki: Nak masak apalah agaknya hari ni ?
www.tips-fb.com

11 comments:

Mek Norfa said...Reply To This Comment

huh akak... skit nye kalau tercucuk tulang dlm mulut, nak2 kene lidah lak tu. uhh harap ulser akak tu cpt baik. nati leh cover balik makan manyak2..hehe

Pendamba Mawar said...Reply To This Comment

erk..sian nya... sabar2...:)

harap2 cepat la sembuh ea.

ha hari ni masak la best2 sikit..:)

mekasih sudi komen entri saya

diana said...Reply To This Comment

maknanya tulang tu dah tercocok lidah la ye??
ish.ish...
kalau saya memang saya panggil dah tukang masak nya...

JIJI YU said...Reply To This Comment

hurm..jrang sgt kena ni

anamizu said...Reply To This Comment

la TULANG AYAM dalangnye rupenye..cis! cian ummi.. errr ana pon xtau dah petua ape lagi nak buat..yg tadi tu je la pun :P moge ummi cepat pulih balik :)




rindu ummi post entry masak2..hehe

wunny said...Reply To This Comment

adoii. saket nye la tercucuk.
cpt2 sembuh :3

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

kes kena tulang ayam memang cik ina tak suka, sebab dorang tu kalau nak buh isi ayam tak boleh guna ayam yang ada tulang kena beli isi atau buang semua tulang sebelum guna. ada kes lagi teruk kawan suami cik ina kena tujah ngan tulang ayam masa makan nasi ayam kat kedai.

cik ina pastikan kalau makan kat luar order ayam goreng tuk firdaus tak nak kasi dia potong sebab ada yg tak pandai potong habis tulang ngan isi bercampur.

Azwani said...Reply To This Comment

cian sis LM...sabar la...boleh diet sis..ngehngehngeh ;)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?dc280eea3a2b140daa25a47c96d69a8f

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

ciannye kakak comot...minum air suam yang dibaca selawat syifa' banyak2 ye...insya'Allah boleh redakan sakit macam ulser yang biasa2 tu..

Kalamhati said...Reply To This Comment

huhu sakit tu tertujah tulang gitu..
kalau takde anggur yg ada biji..makan je anggur yg seedless tu adik..ada gak kelat2 dia kan..hope cpt2 baik..

Kereta sewa kota bharu said...Reply To This Comment

Saya pon terkena gk.. Sakitnya rasa.. Nk cakap pn xleh.. Mcm msk tulang je kt lidah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...