Sunday, September 18, 2011

Salah Ke Anak Ramai?


Assalamualaikum...

Sihat semua? Dalam membusy dengan anak-anak yang 4 tu LM terfikir satu perkara. Umur ni tak la tua sangat..baru jek 30 tahun, ada je kawan yang tak kawen lagi pun dalam usia camni. Tapi anak LM dah 4. Tu rezeki dunia akhirat tu pada LM. Memang penat sangat bila anak ramai dan agak rapat sebenarnya. Tapi bila fikir apa hikmah di sebaliknya terus cuba gagahkan diri.

Pernah 2-3 rang kenalan seakan menghina/perli LM ada anak dah 4. Pelik ke anak ramai? Tak pelik pun pada LM walau zaman sekarang ni ramai yang nak 2-3 orang anak je. Mungkin sebab busy atau malas nak serabut kan otak dengan urusan anak dan takmo kumpul lemak kat badan tu kot. Siyes cakap kalau ada peluang LM nak anak lagi ramai. Harta dunia boleh cari, tapi bagi seorang wanita yang hanya menjadi suri rumah ni anak-anak adalah harta akhirat. Menjaga dan mengasuh anak adalah saham akhirat untuk diri ini. Itu saja yang LM fikir. Pernah ada kenalan yang sampai duk kira berapa orang anak kami lompat turun dari kereta, dia ingat orang yang tak dikenali..masa tu anak kami baru tiga. Haish...boleh jek dia hina anak ku ramai dan anaknya cuma sebegitu ?


Untuk apa berkahwin? zuriat atau sekadar menghalalkan apa yang haram? Jika rezeki Allah bagi, kita terima seadanya. Bukan sedia menggugurkan amanah yang Allah kirimkan untuk kita jadikan saham akhirat. Dulu LM takut untuk beranak ramai. Sampailah satu ketika terjumpa satu ibu muda dalam pertengahan 30-an yang mempunyai anak kecil seramai 5 orang dan ibunya cantik serta slim melim tau tak? Masa tu memang ternganga mulut tengok dan kagum. Sebabnya dia urus sendiri anak tu tanpa bantuan dari pembantu rumah. Takda pembantu rumah dan urus anak sendiri memang buat LM kagum. Sekarang ni anak dia dah 6 orang, semuanya lelaki..hero!

Sejak kenal dengan ibu muda ni  terus LM rasa seronok tengok orang ada anak yang ramai. Dia seorang ibu yang pintar, suri rumah sepenuh masa yang menjadi suri dihati suaminya dan bonda terbaik buat anak-anaknya. Terus menjadikan kakak tu idola dalam mendidik diri untuk menjadi sekuat dan setabah itu dalam menjadi seorang ibu buat anak-anak LM sendiri.Ramai rakan kata kalau camni, mungkin anak LM akan jadi 8 orang kot? hehehe...


Bagi yang kenal LM mesti tau LM bercita-cita punyai anak ramai dan kalau boleh lepas ni nak anak lelaki je berderet. Itu adalah impian LM, punyai anak seramai yang mampu dan di didik dengan ilmu akhirat sebaik mungkin. Mengapa ilmu akhirat saja? sebab dalam al-Quran tu dah lengkap semuanya. Jika anak itu solat dan faham apa isi al-Quran, dia akan berjaya di dunia juga...percayalah.



Hidup bukan lama pun, tak guna ada duit yang banyak, kereta mewah dan rumah besar macam mahligai tapi anak penghubung untuk kita di akhirat tak ada. Bukan tak mampu ada anak, tapi tak mahu. Orang yang nak anak sampai cari anak angkat, tapi orang yang mampu dapat anak sampai sanggup gugurkan kandungan. Zalimnya dunia dan ceteknya pemikiran wanita yang pintar tapi buta hati. Renungkanlah bersama.


Nota Kaki: Didiklah anak dengan ilmu akhirat sebaiknya, InyaAllah kamu juga akan merasa kenikmatannya nanti.
www.tips-fb.com

32 comments:

masmurni said...Reply To This Comment

tak yah kisah dgn cakap org..anak tu rezeki Allah..ada sorg kwn akak tu, masa umur 30 dah ada 6 org anak.. coz dia kawen umur 18thn..skrg ni anak dia dah besar2 pun...esok tua2 40-an dah boleh timang cucu..ngeeee

Amyna said...Reply To This Comment

InsyaAllah...

semua itu rezeki dari Allah s.w.t.. seharusnya bersyukur dengan limpahan nikmatnya.... LM doakan yang terbaik juga untuk myna dan Mr.A ya.. InsyaAllah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

masmurni-wahh lajunya...rezeki dia kan kak mas

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Amyna-amin..moga Allah perkenankan permintaan myna.jgn risau, pasti ada nnt rezeki tu

JIJI YU said...Reply To This Comment

anak ramai rejeki pon lebih

Kak Aya said...Reply To This Comment

anak adalah pembawa rezeki..kak aya pun suka kalau ada anak ramai cuma ada beberapa faktor yang hanya kita yang faham membantutkan hasrat untuk mempunyai anak ramai.

tabik spring untuk LM.


kak aya cuma ada 2 anak tp dah obesiti...mmg tabik utk org ada 5-6 org badan masih slim, mcm mak kak aya tu.

deno said...Reply To This Comment

tak salah anak ramai! anak kan rezeki.. kan kak? Makcik deno ada 12 orang anak! huhu :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

teringat family kita kak.. kita adik beradik pun ramai (6 orang) dah tu rapat2 jugak. Masa kecik sedara mara selalu anggap menyusahkan bila mak ayah bawak pergi rumah sedara.. yelah kecik2 & ramai.. org pandang pun mcm hina jer.. Tp bila besar sibuk dok mengata kitorang taknak ziarah rumah dorang. Mcm lupa jer.. kitorang la yg dulu dorang panggil bala bila dtg umah dorang. sedih jugak ingat...

H.J said...Reply To This Comment

anak yang ramai dan soleh adalah harta didunia dan akhirat yang paling bernilai..jangan hiraukan cakap orang kak LM..ehe

lieynanilaz said...Reply To This Comment

org kata..masa mudalah plan anak ramai..nanti senang bila hari tua...:)

emieysandra said...Reply To This Comment

pedulikan kata org..emiey pun nk anak ramai, bak kata sis..itu kn saham akhirat utk kita ;)

Adinda Amy Sensei said...Reply To This Comment

anak ramai la bagus...lagi meriah rumah tangga...ewah

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

X kisah Ada anak bape pon, janji Kita bahagia, pedulik apa kata org.... Mg LM terus tabah n kuat n sihat ye, bkn mudah nak uruskan anak2 yg ramai n rapat2, tp tu lah org kata, bkn senang nak senang... :)

anamizu said...Reply To This Comment

anak ramai kan lagi meriah ummi! :)

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Alangkah bertuahnya mereka yang dikurniakan anak yang ramai.Terlanjur cerita tentang anak, ada tak sesiapa nak beri anak baru lahir?Warga Malaysia dan bukan anak tak sah taraf.Beritau ye kalau ada.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...Reply To This Comment

LM, anak ramai ni murah rezeki. Maybe ssh nk jaga masa kecil. Tp bila diaorang da besar, diaorang lah yg akan senangkan kita. Mcm Mak cik sedara atul, dulu hidup diaorang agak ssh. Anak mak cik sedara atul 8 org. Skrg anak2 smue da keje, senang hidup diaorang. Alhamdulillah.

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

insyaallah kak...maner tau dapat satu bas,blh wat team bola sepak,xpom team futsal....hehehhe

kiz said...Reply To This Comment

anak adalah harta yang paling bernilai kak..

bArdbOO said...Reply To This Comment

pedulikn apa yg org lain kata..

blog-tips-kurus said...Reply To This Comment

setiap anak, ade rejekinya.. yang penting, berkualiti. Insya Allah, saya yakin LM & hubby mampu mencorak mereka. :-)

*saye termasuk dalam 'kawan' LM tu. huhu! (>.<)

fazrulnoor said...Reply To This Comment

respect sebenarnya org yang ade anak ramai ni..rezki tuhan..amanah yang besar..tahniah :)

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

untung ada anak ramai..
maybe masa kecik kira berhadapan sedikit kesulitan utk membesarkan mereka.
tapi bila masing2 dah besar, kita jugak yg senang..

err..sya lom kawin lagi ni walaupun dah terhampir sgt dgn 3 series..

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

As salam LM, apa kabar? Pada saya tak ada salahnya ada anak ramai.. Bukankah dengan anak yg ramai itu kita menambahkan lagi bilangan umat Nabi Muhammad.. Biasalah Tu.. org suka sangat mengata itu dan ini .. mungkin mereka nak tutup kelemahan mereka sendiri...

Mrs. Daniel said...Reply To This Comment

syoknya dapat anak ramai. tabik spring kat ibu2 di luar sana yang mampu melahirkan depa secara normal. kalau secara C-secion, terpaksalah menunggu 3 tahun paling cepat. sementa usia pula semakin meningkat. huhu

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

seronok pe anak berderet...hihii

tp wani plan takmo ramai2....cukup la 4-5 kot... :)

tp kalau ada rezeki lebih, up sket jadi 6...ahaha

khaifaiz said...Reply To This Comment

Selagi mampu.. Anak ramai apa salahnyakan.. Menambah umat tu...

akuanakpahang said...Reply To This Comment

Salam, bagus anak ramai nie.. org lelaki xde masalahnya cuma org pompuan aje kut :(
New Entry "Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang"

ieda said...Reply To This Comment

setuju dik .. anak2 harta kita .. tepuk dada tanye diri sendiri .. anak2 memang rezeeki dari allah , pandai2lah mengolah utk kesenangan sendiri dan keluarga kan ..

sbb ramai lagi wanita2 di luar sana yg memang mengiinginkan anak :)

Halimatun Sa'adiah said...Reply To This Comment

mase muda2 ni la nk kmpul ank rmai2...rezeki allah nk bg bape byk pn, kire syukur..
jealous tgk akak neh, bdn still maintain wlpun ank da 4..

Peri PiA said...Reply To This Comment

kita xtau nikmat nya jadi ibu setelah kita lalui nya

ibu sungguh mulia

Danial Haiqal said...Reply To This Comment

Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

Edlynn Aziz said...Reply To This Comment

Assalamualaikum...
Saya punya anak ke 5 bila umur menginjak 32 tahun... namun umur rumahtangga tak panjang.. saya ditinggal suami semasa perut mengandung 7 bulan... namun demi anak² saya bangun...tabahkan hati.. kuatkan iman untuk mendidik anak²..

alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan sorang duda beranak satu yang sangat penyayang dan sanggup menerima ke lima2 anak saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri...

dan sekarang saya mengandung anak ke 6...anak pertama untuk perkahwinan yg ke dua...yang menyakitkan hati bila kawan² mcm kwn LM bertanya soalan menyindir tu la... errrrr?? yg no brpa ni???

mcm kita tau beranak je kan tp tak tau bela.. sedih sangat.. walhal tiap2 mereka adalah sangat istimewa... punya karakter dan personaliti yang berbeza... seronoknya beranak ramai...anak sulung saya dah berumur 12 tahun.. yang no 5 dah umur 3 tahun...sangat petah bercakap dan punya keletah yang sgat sgat menghiburkan hati...

mereka lah harta saya dunia akhirat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...