Sunday, September 11, 2011

Terselit Manis Dalam Kedukaan Itu



Assalamualaikum...

Salam dari Doha buat semua. Alhamdulillah kami selamat sampai sini seperti yang dijadualkan. Urusan tiket baby Syafiq pada awalnya memang ada masalah semuanya dapat diselesaikan dengan lancar.


Kira-kira jam 4.50 petang kami sampai di KLIA hari jumaat tu, memang rasa berdebar tunggu kaunter dibuka sebab tiket baby syafiq kena beli hari tu juga open tiket sebab tak boleh nak booking awal-awal kata mereka. Syukur semuanya mudah. Dalam sedih hati ni nak tinggalkan keluarga di tanah air terselit beberapa peristiwa yang manis untuk dikenang.


Dalam busy nak timbang beg, tiba-tiba hubby ternampak jiran lama bonda dan keluarganya  Hj Khalid Selamat dan anak-anaknya. Lama juga kami berjiran dengannya sebelum dia berpindah ke tempat lain. Masa majlis kahwin LM dulu kami tumpang guna rumah dia siap buka pagar lagi masa tu...masa bertunang pun sama gak..hehe. Terkenang kebaikan cik paa dan suaminya tu. Anaknya budi dan ain pun dah besar panjang, mesti dah tak ingat kaklong kot? Paling mengejutkan dalam bertahun tak bertemu rupanya cik paa tau perkembangan kami di Doha, dia baca blog LM rupanya..huhu. Terkejut dengan dia cakap baca blog usang dan merapu ni.


Lagi satu kejutan yang tak disangka bila dapat bertemu dengan adik manis cekmetlaksam berlipat dan 2 lagi rakan mereka yang kebetulan kerja di KLIA. Tak sangka susah payah 2 blogger manis ni sudi bertemu dengan kak LM. Terima kasih ye dik.


Kejutan yang terakhir yang buatku terharu...bila mana tertunai hajat nak serahkan hati unta buat si comel anoi anak blogger hebat zaimah vp. Dah 3 bulan plan nak jumpa zaimah serah hati unta untuk anoi yang lelah teruk tapi tak kesampaian. Tak sangka hari last tu suami zaimah sanggup datang KLIA untuk ambil barang tu...walau tak kesampaian nak bertemu dengan zaimah dan anak-anak, tapi hati ni hepi sebab dapat serah hati unta dan buah tangan buat mereka sekeluarga tanda persahabatan sesama blogger.


Sedih ke berpisah dengan family? siyes sedih giler...dah la dalam pantang tak lepak umah bonda, memang rasa sangat kosong masa berpisah tu. Air mata laju cam hujan lebat, selaju itu juga LM melangkah pergi, turun lift dan terus melangkah.Cuma sekali sekala je menoleh kebelakang melihat mereka melambai dari anjung tinjau. Sampai kami naik aerotrain keluarga melampai kami seperti tahun tahun lalu.


Cuma kali ni saat bersalaman dan berpelukan tu air mata ku tak tumpah. Mungkin dah kuat sikit sebab ni kali ke-4 perpisahan di KLIA berlaku. Pesanan dari jiranku kak yati, banyak-banyak sabar di tempat orang buat diriku semakin kuat. Bukan mudah merantau di bumi asing sebenarnya. Doa bonda juga amat diriku harapkan...Alhamdulillah berkat doa bonda baby syafiq tak meragam dalam flight. Sempat lagi sms bonda minta dia doakan baby walau dah masuk dalam masa tu. Syukur, semuanya lancar dan selamat. Cuma LM demam teruk dari semalam, tangan bengkak sampai tak boleh angkat akibat kendong baby selama 8 jam perjalanan.


Nota kaki:Mood ke laut....demam, penat dan mengantuk! Rindu berlagu sepi
www.tips-fb.com

29 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

akak, cpt sihat eh =)

H.J said...Reply To This Comment

owh...dah sampai doha dah kak LM..haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

emiey-ye dik..tq

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

H.J-haha..dah jd anak perantau semula.sama lah kiter

J.M.R said...Reply To This Comment

jauh perjalanan, luas pengalaman..:-)

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

dah di doha balik ye kak.............xpa, di mana pun kita, pasti ada yg manis untuk dikenang. Family xjauh la, internet kan ada.hehe

zirconia said...Reply To This Comment

alhamdulillah sis dah selamat sampai..semoga cepat sembuh & rehat cukup-cukup ye sis =)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar ye.... mg lekas sembuh ye... take care dear.... :)

Addin said...Reply To This Comment

jaga diri okay :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

semoga selamat di bumi orang.. & semoga kak LM sembuh dr demam.

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

jangan sedih2 sis .. =)

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

sukanya kak ayu bila kamu bertemu blogger2 yang mmg tersurat bersua kamu..
dik..
semoga cepat sembuh ya..
ada jodoh. ada usia kita pula bertemu dialam nyata...

kakchik@ella said...Reply To This Comment

KC pun sedih sbb tk sempat jumpa adik. Alhamdulillah adik dh selamat sampai.

Kak Aya said...Reply To This Comment

Rehat banyak2 LM, lepas tu baru dpt kembali mood berblog.

syukur semua dah selamat.....kembali pd rutin harian .

laksamberlipat said...Reply To This Comment

hye akk...malu laa akk...btw tq coz wat link tuh...n malu laa n3 pasal berangan tuh..heheheh

cekmet said...Reply To This Comment

hehe u are welcome sis!

Diana @ bilakukatacinta said...Reply To This Comment

sis LM..selamat berjalan ~ kembali menjalani rutin harian sebagai anak rantau...semuga sis heppi selaluuu

laloque said...Reply To This Comment

tingkap bersawang dah lap belum??? hahaha...

alhamdulillah dah selamat sampai

laloque said...Reply To This Comment

lupa lak... terima kasih untuk buah tangan dan daging unta. nanti nak minta resepi masak unta pulak...

nazirulhazwan~ said...Reply To This Comment

xsempat jumpe sis pon.
hurm, maybe next time

jage diri kat doha.semoge berbahagia selalu di samping keluarge tersayang biarpon jauh dari kg halaman:)

anamizu said...Reply To This Comment

wahh ummi dah baby syafiq dah balik ke doha ye..alhmdulillah dah slmt smpai..semoga ummi & keluarga sht selalu :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

8 jam pegang baby?sian akak. take care!

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

alhamdulillah dah tiba dengan selamat :)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

alhamdulillah akk dah smpai dengan selamat..
xmo sedih2 tau...kami kan ade kt sni.. ;)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sayu, sendu segalanya berbaur jadi satu ye LM. Tapi inilah perjuangan hidup dik... kena teruskan demi sebuah kehidupan...

Moga LM dan keluarga sentiasa dlm lindungan Allah...

diana said...Reply To This Comment

saya pun sedih baca entry LM ni..

ieda said...Reply To This Comment

banyak kenangan LM kat sini kan .. syok tuu leh jumpe kawan2 blogger walau dah nak berlepas .. tanda mereka ingatkan LM ..

sayu je bila baca kisah hati unta tuu nasib baik hubby zaimah ke KLIA ye ..

exora said...Reply To This Comment

selamat merantau...dpt rskan sedih sgt nk tggalkan famili kan...
semoga LM cpt sembuh...

lieynanilaz said...Reply To This Comment

dah lama lah jugak LM merantau di doha...semoga cepat sembuh yerk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...