Tuesday, October 18, 2011

Cerewet



Assalamualaikum...

Korang cerewet? punya pasangan cerewet? Sebenarnya cerewet ni bergantung pada orang. Ada yang rasa mereka ni teliti dan bukan cerewet. Tapi bagi mereka di sekeliling pula rasa mereka ni sangat cerewet. Itu bergantung lah pada individu tu sendiri.


LM ni simple je, tak suka cerewet, cuma cerewet bab makan je. Kalau makan nasi mesti panas. Kalau nak suruh makan sikit hulurlah nasi sejuk, 2 suap je kiter makan, huhu.


Satu lagi memang LM pun tak minat orang yang cerewet sangat ni. Nak minum belek cawan macam lah ada lipas dalam cawan tu. Lap sudu berkali-kali sampai berkilat jadinya sudu tu. Nak minum air tin lap tin tu macam sental bilik mandi, macam lah kotor sangat. Terlalu prihatin lah kononnya bab kesihatan, akhirnya tingkah laku dia buat tuan rumah kecil hati.


Pernah juga masa belajar dulu sorang kawan tu sangat cerewet. Sampaikan bila makan kat kedai dia suruh peniaga tu tukarkan cawan tu sebab cawan plastik tu berdaki. Kami tutup muka je la tahan malu. Memang la kotor, tapi tak sanggup kami yang lain ni nak jadi secerewet dia. Kalau makan pula, jika ada pinggan yang retak atau calar dia akan suruh tukar makanan lain sebab ada kuman kat pinggan tu. Perghhh taubat dah lepas tu terus tak makan dengan dia lagi. Walau kebersihatan tu amat penting tapi perlulah berpada-pada sikap tu. Lebih baik masak dan makan di rumah saja, memang terjamin kebersihannya.


Cerewet pun ada tahap-tahap dia tau, walau LM ni cerewet bab makan, pakai tapi taklah sampai menyusahkan orang lain lagi rasanya. Nak baju bergosok pun gosok sendiri, nak makan pedas dan panas masak sendiri. Cuma cerewet bila berada dalam tempat yang panas, sebab LM ni jenis tak suka berpeluh-peluh dalam sesuatu majlis.


Psst: Lelaki ke perempuan yang lebih cerewet ye?
www.tips-fb.com

31 comments:

Ujie said...Reply To This Comment

samalah kita..cerewet nak mkn mknn panas je. tp takle cerewet tahap melampau.
alhamdulillah dpt suami yg mmg tak cerewet..mudah kerja saya.

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

dua-dua ada...tapi selalu org kata pempuan yg cerewet..

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

sis kite sama lah.hehehe.rara pun sblm mkn mst lap.sbbnya skrg ni bukan boleh.sbb sket cuai pon dh jd penyakit.

erysweetie said...Reply To This Comment

lelaki perempuan ade yg same2 cerewet..hihi...

sy pun agak cerewet...tp taknak sampai cerewet tu susahkan org lain =)

Zana Adieyza said...Reply To This Comment

zana cerewet gak.. husband cerewet bab nak pilih barang2 utk diri dia..

Hanis Azla said...Reply To This Comment

akak pun ada perkara cerewet juga.. tp rasanya tidaklah kelampauan.. tp kalau cerewet tak kena tempat mmg boleh buat orang ras tak senang juga kan..

diana said...Reply To This Comment

bab makan tak cerewet saya ni..
asal jangan manis je...
suami pulak kalau makan nasik pun tak cerewet asal
ada kuah cukup la....
kalau bab lain,tak de la...
hal yang kecik2 tu kalau boleh dimaafkan,
tak payah la dibesar2kan..kan??

GreenJade said...Reply To This Comment

kalu ikut bancian fomfuan lebih cerewet hehe

akok x ler cerewet sgt..cuma ada2 masa2 tu ter'cerewet' gak ler especially beli baju..nk material yg boley thn lama gitu..auwww..

Kak Aya said...Reply To This Comment

rasa mcm tak ada apa yang cerewet pada diri kak aya kot...atau pun tak perasan sendiri ada sifat cerewet.

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

rasanya gurlz lebih cerewat.lelaki sempoi.macam mas kalau bab makan memilih,tak banyak mas suka makan.tapi kalau diberi nasi goreng sahaja,mas leh duk diam.so dalam kategori cerewat gak tak ni>ha3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Ujie-betul2.selamat saya ni perempuan, cerewet sikit pun tak susahkan org..suami pun tak cerewet.hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@FasiHaH SupiaN-teliti kot?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@rara pinkmafia-penyakit mudah berjangkit skrg ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@erysweetie-ye..selagi tak menyusahkan takpe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Zana Adieyza-itu teliti namanya zana

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Hanis Azla-ye kak..klu tak kena pd tempat org sekeliling pun menyampah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@diana-saya pun menung klu makan tak berkuah..hehe

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

yaya rasa yaya tak cerewet..hahaha..
biasa org yg over cerewet bab makan banyak penyakit.

ieda said...Reply To This Comment

memang ada org mcm nie .. tapi bila makan diluar , x leh lah bersikap terlalu cerewet ...

dik akak ada pengalaman bapa saudara akak sendiri .. pernah sekali ayah akak kerumah dia .. hisap rokok dan habuk rokok jatuh .. dia nampak dia terus lap ngan kain .. depan kami2 nie .. lepas tuu ayah x merokok dah dlm umah dia .. dan sampai skrg kami adik beradik ingat sgt2 .. lucu punn ada .. sbb ayah masa tuu muka tergamam jeee ekekke

Qaseh dalia adelia said...Reply To This Comment

qaseh tak cerewet pun hehe , bab makan sume makan je kalau sedap hik2

deno said...Reply To This Comment

cerewet? deno cerewet makan je... biasa kalau tak kena ngan selera, hilang terus selera nak makan.. pastu mesti minum milo n makan roti je... taktahu la kenapa jadi macam tu, selera mesti kena ikut nak makan apa... kadang2 kesian jugak kat ma nak kena masak... tp taktahu kenapa jadi macam tu... kesan ubat steroid kot... entah la akak... hmmm

CIK JATT said...Reply To This Comment

selalunya perempuan yang lagi cerewet. saya pun cerewet gak, tapi takla over sangat. sikit2 jer

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia simple orgnya

ade sesetgh pekara pia cerewet, :D

azian said...Reply To This Comment

sape kawan akak yg cerewet tu???hahahha...BB betul...
akak, sy rasakan mamat lagi cerewet kot....tapi kdg2 sy pun ade gak yg sy cerewetkan...voley gitu????hehehheeh

p/s akak mmg cerewet....heheheheh

JIJI YU said...Reply To This Comment

cerewet bertempat

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ermm..cerewet tu bole..
tp jgn smpai menjatuhkan air muka org laa... ;)

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

nak cerewet kt rumah sendiri, lantaklah kan.

tp kalau nak cerewet di rumah orang tu kena lah berpada-pada. jaga hati tuan rumah, tu yang utama.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Bab mkn akak x cerewet, kalau bab lantai melekit2tu akak x suke, tp xde la nyusahkan org, akak mop je la... :)

Kalau mkn kt kedai, akak x suke sudu basah, tp akak amik je la tisu, lap.... Abeh cite.... Hehehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

miza yayunk...sama la kita...cerewet dlm bab makan...hahahhaa....

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Nak cerewet boleh, tapi biarlah berpada2.Betul tak Miza?

saniah said...Reply To This Comment

salam dik..amboii tak sempat nak jengok rumah miza lately ni netbok lembab sgt..pg ni ok plak tu yg berjln jln sana sini...
apa kabar miza? harap sihat ya..k take care ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...