Tuesday, October 4, 2011

Hati Sendiri Atau ???



Assalamualaikum....

Bercerita tentang hati lagi. Dalam meniti perjalanan hidup yang singkat ini perbagai manusia singgah di hati. Tua, muda, anak kecil mahu pun hampir sebaya. Lumrah  kehidupan bila dah rapat pasti jatuh sayang, pasti jatuh kasih pada insan yang rapat. Bagi anak kecil kita anggap mereka umpama anak. Bagi yang tua kita anggap sebagai ibu atau bapa kita sendiri. Bagi yang seumuran dengan kita pastinya kita anggap sebagai sahabat baik kita atau jika ada yang punya perasaan terlebih melimpah tu mungkin sampai ada perasaan cinta jika berlainan jantina.



Mudahnya menyerahkan perasaan kasih. Mudahnya kita meletakkan kasih pada insan sekeliling. Itulah namanya hati...amat lembut dan mudah tersentuh. Amat peka dan mudah simpati, bila ada yang sedih kita turut bersedih. Bila ada yang sengsara kita turut terseksa melihatnya. Sebaik mungkin kita mahu menjaga hati insan di sekeliling kita. Tak kira samada mereka sahabat baik, kekasih hati, jiran, adik angkat, adik beradik...siapa saja insan luar yang baru menjengah dalam kehidupan kita. Pastinya kita mahu mereka gembira bersahabat dengan kita. 



Adakala perasaan kita terluka dek perbuatan dan kata-kata mereka kita cuba ubati dalam diam. Kita tak mahu terputus hubungan hanya kerana salah faham. Kata-kata pedas bagai asid kita lebur dalam air kesabaran. Kata-kata tajam menusuk kalbu kita telan biarkan ia menumpul dalam dada kita...semuanya kita telan dengan harapan ukhwah tetap utuh. 



Namun ramai yang merintih. Hati saya siapa nak jaga? Perasaan saya ada orang peduli? Sampai bila saya harus mengalah? Perlukah saya diam kan diri sampai bila-bila? Semua merintih..pedihnya hati yang luka akibat perbuatan insan sekeliling. Sampai bila harus kita bertahan? Jangan biar luka menjadi barah kerana bila-bila ia pasti akan meletus dan parah jika dibiarkan. Hati yang terluka umpama cermin retak yang tak bisa dicantum kembali. Malah jika terusik kembali pastinya bisa melukakan walau dengan garis-garis keretakan itu.



Nota kaki: Jagalah hati sendiri kerana hanya kita yang mampu menceriakan dan membahagiakan hati kita. Buang jauh-jauh sahabat yang hanya melukakan hati dan perasaan kita. 
www.tips-fb.com

22 comments:

laloque said...Reply To This Comment

yang pasti... rahsia hati ada pada ilmu Allah

NOOR FATIN said...Reply To This Comment

kadang2 kita perlu masa jugak untuk sayangkan hati sendiri..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

laloque-betul tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

fatin-ramai yg hati sendiri mereka abaikan.akak pun kadang2 camtu.lebihkan kawan

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

selalunya kita yg byk menjaga hati org dari hati kita sendiri...tambah2 dgn kwn2 & org tersayang kan....

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

hati kita sering terabai...huhu...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

kadang2 kite lebih memikirkan hati orng lain dlu bru hati kite sendiri..
baikkah kite??atau kejamkah kite??

diana said...Reply To This Comment

hati menangis siap yang tahu..???
selalunya orang tak tahu pasal kita tak tunjuk..
jadi bila tak tunjuk orang kurang ambik peduli pasal hati kita...

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

stuju dgn sis.lebih baik jauhkn diri dari org yg sering sakitkan ati kite dan dekatkan diri dgn org yg menyenangkan kite..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

kakD-selalunya camtu lah.tp akan lbh terluka bila kwn tikam dr blkang

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

yaya azura-jg lah hati sendiri

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-sgt kejam sbnrnya.kejam pd diri sendiri

Hanis Azla said...Reply To This Comment

betullah lydia.. selalu tu demi utk menjaga hati orang lain, tanpa sedar kita dah melukakan hati kita sendiri..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

diana-huhu...selalunya camtu lah

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

entri ni buat saya rasa nak buat entri gak...nak share sesuatu yang saya baca kat FB beberapa hari lepas..

al-lavendari said...Reply To This Comment

"Buang jauh-jauh sahabat yang hanya melukakan hati dan perasaan kita."

kalau begitu perangainya, mereka bukanlah sahabat. kalau sahabat dia tak buat begitu. kalau dia tak buat begitu, janganlah buang dia jauh2.

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

akk dulu rara pon mcm akk.sume hati nk jaga,tp hati kite cane.skrg ni kite pk hati kite je kak.org mmg tak tau apa yg kite rasa.even bunyi mcm kejam.tp biar hati kite tak sakit.

ieda said...Reply To This Comment

tul tu dikkk .. hati manusia x sama .. x boleh nak jaga ati org .. sampai bila kan .. soo memang kena jaga hati sendiri :)

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

"Hati yang terluka umpama cermin retak yang tak bisa dicantum kembali. Malah jika terusik kembali pastinya bisa melukakan walau dengan garis-garis keretakan itu" <-----suka quote ni..

hhmmm.. jaga hati sendiri itu penting.. jgn terlalu nk jga hati org, smpai hati sendiri merana.. kan..

sabo jelaaaa...

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Betul tu LM. Kita jaga hati kita dulu di samping kita jaga hari orang lain..Kadang kala, kita tak dapat nak penuhi apa yg orang nak..

Kak Aya said...Reply To This Comment

dalam banyak perkara, kak aya selalunya dulukan hati orang lain, baru hati kak aya..hati orang lain tu adalah hati2 insan terdekat dgn kak aya termasuk sahabat.

KaMiLiA uLfA said...Reply To This Comment

salam...maaf sye mnta izin utk copy post ini dan buh di blog sye utk di kongsi bersama teman2......
soal hati bukan mudah utk org memahami diri kita sndri.kebanyakkn org hnye akan menunding jari pada org len tnpa memikirkan apa yg org len rasa.memahami org len mudah tpi utk membuatkan org len memahami diri kita sndri amat sukar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...