Tuesday, October 4, 2011

Kisah Syafiq



Assalamualaikum...

Nak cerita sikit kisah baby syafiq. Dia kan lahir kecik..2.65 kg je kan. Bila dia kecik, memang la sepenuh perhatian dan perasaan ummi curah pada dia. Kalau dia menangis tu laju-laju je ummi datang tengok dia.Sian je rasa kat dia sebab tengok dia kecik sangat. Sekarang dah 2 bulan pun. Badan dah sedap nak kendong dah...Masya Allah... hebatnya kurniaan dari Allah diberikan adik syafiq pada ummi.


Adik syafiq dan anak-anak lain adalah amanah Allah. Sebab tu ummi kena jaga elok-elok. Itu ummi tak pernah lupa, tak boleh lalai. Biasanya bila abang dan kakak balik sekolah baru ummi naik atas iron baju atau buat kerja lain. Rasa lega bila ada tengokkan adik syafiq. Tapi kan, ummi selalu terkejut bila kedudukan adik syafiq berubah. Tadi kepala kat sini, kenapa sekarang dah berubah? Ummi tanya semua tak mengaku alihkan baby syafiq. Ummi risau korang dukung baby..jangan!!! ummi selalu cakap camtu.



Rupanya ummi dah tau dah. Ummi letak atas katil pun tengok adik berubah kedudukan. Rupanya adik syafiq dah pandai pusing-pusing. Ummi kan meniarapkan dia bila tido. Jadinya bila dia gerakkan kaki dia..dia akan berganjak sikit-sikit. Sampai 180 darjah boleh berubah kedudukan dia...lega sebab bukan abang dan kakak alih kamu. Tapi ummi kena lebih hati-hati sebab risau kamu jatuh katil wahai anak kecil.


Ummi suka bila orang arab gosok-gosok kepala adik sambil ucap MasyaAllah berulang kali. Dia usap dengan kasih sayang. Penyayangnya mereka...Alhamdulillah.


Nota kaki: Buat kakzakie- baby syafiq dah pandai pusing-pusing...sekadar mengkhabarkan perkembangan syafiq...^_^.
www.tips-fb.com

17 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

sekejap je masa berlalu kan, dah 2 bulan dah =D

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

kejap je kan sis.dh besar.owh dh pandai nk lonjak2 eh.hehehe.bagus lah.moga adik sihat selalu.

Rain said...Reply To This Comment

nape rain sebak ni....

mudah sgt air mata ni mengalir kalau baca perihal kasih ibu pada anak..

kasih ibu membawa ke syurga

Pia said...Reply To This Comment

"dah dua bulan dah dak syafiq tu?kejap jer kan....dah pandai pusing2..jap lagi dah pandai meniarap pulak kan...kalau letak ats katil kena hati2 LM.."

Mama Syamil a.k.a Miza said...Reply To This Comment

anak2 Miza lagi kecik dr Syafiq... 2.3kg jer... huhuhu...

Cik Bambam said...Reply To This Comment

tak lama lg merangkak pulak.. kejap jek masa berlalu.. ^^,

N@SIQUE said...Reply To This Comment

comeinya adik syafiq ...:D

EE said...Reply To This Comment

ini akan jadi kenangan utk LM & dia..bila dia dah besar suruh dia bc..

JIJI YU said...Reply To This Comment

hahhaa...siap tak mengaku lagi..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

alahai dik. cerita2 camni buat KC trkenangkan Aiman 15 tahun yg dulu. Ishhhh .. nostalgia sgguh. Pinjam Shafiq bole? Hihihi.

anamizu said...Reply To This Comment

wahhh dah 2 bulan dah..
mesti debab je pp syafiq :)




luv,
anamizu :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

semoga baby shafiq membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh.. amin

Kak Aya said...Reply To This Comment

ala ala suka la baca entry ni...terbayang anak sendiri masa baby2 dulu...

mesti comel adik shafiq tu...upload la gambar terbaru.

diana said...Reply To This Comment

pejam celik pejam celik danh boleh memusing2..
sikit hari pulak boleh memanjat dah...heheh

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

erm.....risau ummi kan bila tengok adik syafiq bukan dduk tempat asal....

cepat je kan masa berlalu...dah 2 bulan adik syafiq....

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

masa umur kakak 3 bulan kalau tak silap, tiba2 jatuh katil. rupanya 1st time dia nak pusing badan...huhuuu

mujur dilindungi Allah...malaikat sambut agaknya..nangis kejap je...even telangkup atas lantai....huhuu

ejulz said...Reply To This Comment

comel syafiq. smoga dia sihat selalu.. anak buah ejulz pun dh nak masuk 2 bln rasanya.. heHE

http://kampung-kameq.blogspot.com/2011/08/putera-baru-dalam-family-ku.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...