Saturday, October 15, 2011

Mula Sombong



Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua. Sihat ke? Hujung minggu ni biasanya LM busy dengan keluarga keluar sana sini cari udara segar. Nak mengomel sikit pasal sikap sombong. Seminggu dua ni rasa sangat kecil hati dengan seseorang yang sangat terserlah kesombongannya. Masa dia tak dikenali dulu bukan main baik dia ngan kita. Bila dah tahap retis terus dia lupakan kita. Mak aiii memang terasa sangat dengan dia, kalau tak kerana jatuh sayang pada kawan sorang ni rasa cam nak perli dia je ingatkan jangan sombong dan bongkak. Kadang kala terfikir juga, baru nampak sikit kejayaan pada diri dah sombong padahal dia lupa kita dan kawan lain ni sungguh-sungguh sokong dia dari belakang. Tu dulu la...sekarang ni LM cuma intai saja dia dari jauh. Dia dah jadi sebutan dan dikenali...Takpa kot, adat manusia memang mudah lupa diri. bukan LM saja..malah ada 2-3 orang juga terasa hati.


Apa yang pelik nya dia ni tak tau kot yang kita terasa hati dengan sikap dia. Bila nak minta bantuan boleh je dia mendesak, semua nak cepat walau tau kita ada baby kecik. Tapi kalau takda kepentingan buat tak endah je, takpe...pengajarannya mudah saja buat ingatan diri LM sendiri. Buat baik berpada-pada. Kalau nak tolong orang lepas ni pun sikit-sikit sudah. Malas nak ambik tahu akhirnya dia bukan kenal kita bila dah nampak cahaya kejayaan buat diri dia.



Tak salah pepatah melayu rupanya,"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." Manusia memang mudah lupa diri bila berjaya.Saya tak minta usaha  saya dibayar, bukan minta nama untuk disebut-sebut, tapi saya sedih kamu lupa diri bila berjaya, ingatlah bukan selalu kita di atas...bila tersungkur baru kita tahu bumi itu berputar.
www.tips-fb.com

32 comments:

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Eh kakkkkk saya tak sombonglah kak walaupun dah femes mcm retis! HAHA!

:)

Chill kak. Manusia mudah lupa.

Anonymous said...Reply To This Comment

saper yang duk sombong dgn tomen.. acu habaq kat raksasa.. meh nak g baham nie..huhu.

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

naper ni kakak marah pada saper..jangan lar org tu ai hukhukhuk..tak mo tak mo..

tak suka jadi sombong sebab bukan dapat jadi jutawan pun ;p

eppy weekend!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cik Puan Bunga-ye adik manis..kamu mmg tak sombong..kamu retis sejak pki pakaian mengukir tubuh yg berjenama tu ye..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Anonymous-kuang3...cik anon panggil LM otomen.mmg nak kena fire org sombong itu!

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Kahkah alamak malunyaaaa!Haha gegurau jek kak, kan ke kata nak dating nanti mkn mee bandung sesama! hiihi!

Lelord said...Reply To This Comment

biasa la tu miza...takpe la wat tatau aje. org sombong selalu rugi....hahhahah eh btul ke? bukan org tamak selalu rugi

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Biasa ar tu LM..manusia mdh lupa klu dh senang ckit..fofular ckit..pengajaran n peringatan utk diri sndiri jgk..

Addin said...Reply To This Comment

kita manusia jangan mudah lupa diri , kelak makan diri . hehe :)

p/s : sy sombong tak ?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@PinKy MoMMahaip..bkn kamu lah dik..wahh dah jd retis skrg eh?hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cik Puan Bunga-kih3...mmg akan akak pegang janji tu.nnt dating mee bandung jgn lupa.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Lelord-bonda kita ckp..dia dah nmpk cahaya senang di hari mendatang, sbb tu dia sombong

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrine-ye chekgu...saya menaip sekadar mengingatkan diri sendiri agar jgn lembut hati sgt

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Addin-kamu tak sombong dik, akak terkesan dgn entri psl duit 10 ringgit tu..sgt sedih kan?

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hu3 ni dikatakan habis madu,sepah dibuang.
mas pernah de kawan masa belajar.masa mula2,tak tahu pe2,mas sanggup awal pagi jaga terangkan..bila da pandai..tak tahu pe sebab tiba2 jeling mas and sorang2 dihasutnya..dari 8orang geng,semua da jauh dari mas.mas tak kisah.xperla mereka buat macam tuh.de hikmahnya mas dapat kawan2 yang lagi best n kekal sampai sekarang.

nur said...Reply To This Comment

SIS..
HARAPNYE BUKAN NUR YE..
DUHH LAMANYA TAK JENGUK SIS..

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/10/terlambat-lebih-baik-dari-never.html

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

selamat lewat malam dari bumi malaysia sayangku lydia...

siapalah agaknya ya..
kak pun akhir2 nie sombong gitu..
hehehhe..
sibuk dgn hal sendiri sampai kurang bw ke blog adik yang tersangat comel ini...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWany-maya..biarlah org buat kita.suatu hari nnt pasti dia pula yg terkena.sabar dan sabar je la.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@nur-wahh dah ada entri tuk kami.tq adikku.akak pun jarang jenguk blog kamu.busy sejak ada baby ni dik.ui..itu bkn kamu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Citarasa Rinduan-kakak sayang msh bw mlm2 ni?tak penat ke kak.adik tau akak busy..dah dpt pembantu baru ni pasti ringan beban sikit kan?

Kak Aya said...Reply To This Comment

ramai yang macam kawan Miza tu..bila berjaya sikit mulalah hidung tinggi...dengan orang mcm ni kita kena buat dekkk je..esok-esok dah jatuh tergolek dia cari kita jugak...

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

sis LM...bukan wani kan kan kan?

*tetiba feeling retiss....kih kih kih

rebellion said...Reply To This Comment

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali" bukan nak sangkal la, tapi buat baik pasti dapat ganjarannya, kalo bukan sekarang mungkin di sana. Berpada-pada tak sesuai, ikut moto pengakap lagi bagus, " buat sehabis baik"

just my sense kak,

JIJI YU said...Reply To This Comment

bagai kacang lupakan kekulit

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

Jangan sangka cik ina sombong plak tak gi blog ko.cik in sibuk ye. kah kah

oo spesis cam tu cik in tak suka time susah ngan kita dah mewah kawan ngan orang lain plak.buat baik perpada-pada.

Kalamhati said...Reply To This Comment

eh akak bukan retis!hehehe

hmm harap kita tak tergolong dlm golongan tu..kalu akak sombong ngan adik..adik debik je!erkk

emieysandra said...Reply To This Comment

sape ni kak? hope bkn emiey la..xjadi retis pn ni, hihikk..sabar je la kak :)

emiey agk sibuk skg ni, dh la xbape sihat..pertnyaan akak sal ryan n rara akn sy jwb pasni :)

Puteri Iqa Izyan said...Reply To This Comment

sabar ye kak =)
lumrah manusia mmg macam tu.
senang kat dunia ni takat mana la sangat...

Tihara said...Reply To This Comment

sian LM, kecik ati kita sape la yg peduli kan..tk pe kite jaga famili kite je tk yah ambik tau dah org cam tu..sabar ey :)

bobiedanbad said...Reply To This Comment

sabar ye. mmg ada manusia macam tu, tapi bila dah tersungkur baru nak cari semula kawan yang dah di buang.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

ERM.....SHIDA KE NIE...HARAP2 BUKAN LA YE..SHIDA MMG SBUK SKIT SELEPAS RAYA PUASA ARITU...KALAU SHIDA ORANG NYA SORI YE YUNK

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hidup ini ibarat roda.... Kejap Dok atas, kejap dok bawah.... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...