Saturday, October 8, 2011

Nasi Hujan Panas Jadi Penyelamat



Assalamualaikum....

Sihat? LM busy lah hari ni..sori sangat-sangat tak dapat ziarah teman blogger semua. Balas ziarah pun tak dapat. Pagi tadi bersenang-senang then lambat sediakan bekpes. Last-last bila perut dah berkeroncong terus je LM masak nasi hujan panas dan buat kari ayam je. Sayur takda..makan salad je lah ye. 
Lepas bekpes, mata jadi layu. Apa taknyer makan berat kan...hehe. Lepas tu bantai berborak dengan encik suami sampai dah dekat zohor. Tiba-tiba, kawan hubby call cakap nak datang. Gelabah la LM, dengan muka cam zombi waktu tu. Mereka ada kursus haji dekat club house umah kami ni. Sempat mengomel lagi kat encik suami, huhu..naper tak vacum umah tadi? ding dong...dah sampai pun depan pintu..hahah..nak gugur jantung masa tu.


Terus lari atas, sambil kendong baby. Dah la baby tengah menyusu time tu. Laju-laju sarung abaya(jubah) terus turun. Dalam termengah-mengah terus ingat ada nasi hujan panas dan kari ayam tadi. Itu je lah kami hidang untuk tetamu...Syukurlah ada juadah buat tetamu. Kalau takda..malunyer. Dulu sempat gak nak goreng-goreng mee kalau ada tetamu mengejut. Sekarang ni mana sempat bila dah ada baby ni..hihi...
Hepi sebab kawan sudi datang dan tumpang solat zohor kat sini, memang selalu pun kak ida solat kat sini. Moga kedatangan tetamu membawa berkat buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, indahnya ukhwah. Mereka antara insan pertama yang kami kenal di Qatar ni.


Psst: Petang tadi dapat jumpa blogger tu lagi..siapa dia???
www.tips-fb.com

23 comments:

Kak Aya said...Reply To This Comment

kira ok jugak tu, dapat sediakan nasi hujan...kak aya ni belum tentu dpt sediakan apa2 yang berat untuk tetamu kalau ada anak kecik...gelabah memanjang...skrg dah ok la sikit gelabahnya..anak2 pun dah besar

yen(toka ziizokukuto) said...Reply To This Comment

mesti dah dapat menyesuaikan diri kan :)

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

tak aci.....
mana gambar nasi hujanpanasnya..
dah abis kan???
waaaaaaaaaaaaaaa...............

kata nak kurus mana boleh makan, eik!!
hehehe.. masak jer kan?
makan idak kan?

wawawa... nak lari!!!!! sebelum kena piat telinga..

(suka bila kamu disana, kawan2 ada yang singgah bertandang, itu tandanya kamu mmg setiakawan)

Wyna Nubies said...Reply To This Comment

As Salam,

haha~mmg kelam-kabut klau ada tetamu mengejut niyh..

Princess Solehah said...Reply To This Comment

risau juga kalau tetamu datang mengejut ke teratak kami ni :) dah lah bahan2 mentah sudah habis licin...hehe

JIJI YU said...Reply To This Comment

mmg akak suka nasi hujan panas eh

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

tetamu menyerikan rumah dan menambahkan rezeki tuan rumah...

Kalamhati said...Reply To This Comment

Alhadulillah rezeki mereka dpt makan nasi ujan panas..byk keberkatannya kan adik bila kita memuliakan tetamu..

miya said...Reply To This Comment

ukhwah itu indah...


sayu dgn berita ini:
bini dalam pantang, suami liwat bayi usia 23 hari

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehehee,Ada anak kecik mmg mencabar...


Sapa la blogger tu ye....hehehe

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

hehehe....terkojot eden,hehehe...

Lelord said...Reply To This Comment

wahhhh sonok ek jumpa blogger

emieysandra said...Reply To This Comment

sedapnyer nasi hujan panas, nasib baik ade kn :)

~najwa~ said...Reply To This Comment

semalam kawan datang mengejut, bagi kerepek ubi dengan biskut je, hahaha. kesian dia. serius, tak menyempat nak masak la kak sejak ada baby kecik ni ;)


~lama dah tak makan nasi hujan panas.

diana said...Reply To This Comment

blogger tu??saya kot..
ekekekek

khairul akmal bin azman said...Reply To This Comment

hi lm...
hope jauh di sane x lpe kay aw

anamizu said...Reply To This Comment

wahh ummi buat nasi hujan panas..
akak ipar ana suke gak :P




luv,
cik ana

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

lydia.....
mana menghilang sayang

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Masih tertanya-tanya siapakah dia?

Izzuddin Fauzi said...Reply To This Comment

:D

Addin said...Reply To This Comment

nasi hujan panas tu macam mana , huhu tak penah makan .

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

baby umur bape da kak

Tihara said...Reply To This Comment

nasik hujan panas sdap..ada susu cair tu jadi lemak berkrim nasik ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...