Thursday, October 6, 2011

Rangsanglah Si Manja



Assalamualaikum....


Apa khabar semua? Lewat up entri hari ni. Meraikan tetamu hadir melawat baby syafiq.Terima kasih buat teman-teman yang sudi datang lawat baby, dapat juga kita bersembang mesra.



Nak citer bab rangsangan. Jika baru memiliki bayi pasti kita teruja dengan perkembangan bayi kita. Lain bayi lain tahap perkembangan mereka. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Biasanya selepas mandi ramai anak-anak yang menangis dan minta disusukan cepat. Ibu kelam kabut nak pakaikan baju bayi dan mnyusukan anak kecil tu kan? Apa kata lepas mandi tu belai dan rangsang bayi kita dengan baby oil. Urut manja kaki dan tangannya. Gosok perutnya perlahan-lahan. Pasti bayi akan rasa selesa dan lega. 



Alhamdulillah anak-anak LM semuanya suka diurut selepas mandi. Perut pun tak mudah kembung dan anak pun ceria sebab seronok diurut. Sambil mengurut bayi tu berbual lah dengan si manja. Lihat reaksi si manja. Walau si manja belum pandai bercakap dan tak faham apa yang dibualkan tapi perbuatan kita tu merangsang perkembangan otak bayi. Malah si manja akan tersenyum-senyum berbual dengan ibu ketika proses urutan.



Bayi akan mudah mendengar kata, mudah mesra dan cuba berbual dan berlawan cakap dengan kita jika selalu kita rangsang mereka. Urutan juga katanya dapat menguatkan otot kaki bayi dan menjadi faktor bayi cepat atau lambat berjalan. Urutan manja hanya perlahan-lahan. Tak perlu kuat-kuat sampai menyakitkan bayi tau!


Selamat mencuba. Urutan dan belaian manja dapat menguatkan ikatan antara ibu dan si manja.




 
www.tips-fb.com

7 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

nk cuba lah...
cewah...baby pon xde..hikhik..

Suhaili Sarif said...Reply To This Comment

teringinnya nak ada anak
hmmmmm..suka sgt baby

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-hehe...nnt ada baby cubalah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

suhaili-takpe.simpan dulu ilmu ni ye.nak baby eh?

CIK TOM said...Reply To This Comment

wah bagus tips ni akak...tp syg cik tom xkawin lg...heee...

Izzuddin Fauzi said...Reply To This Comment

X tau apa pasal nak jaga anak nie~~~

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

rindu la nak urut baby...hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...