Tuesday, October 18, 2011

Semangat Nasi Lemak



Assalamualaikum....

Semangat la kononya dari malam tadi LM buat persiapan nak masak nasi lemak buat sarapan hari ni. Malam tadi encik suami belah ikan bilis, tiba-tiba je rasa nak buat nasi lemak bila tengok ikan bilis dah siap belah menimbun tinggi. Terus ambil cili kisar dan buat sambal bilis malam tadi gak.
Punyalah semangat sampai tidur pun tak lena malam tadi. Adik syafiq cuma bangun menyusu pukul 3 pagi je, lepas tu terus ummi tidur-tidur ayam risau terlajak tidur. Pukul 4.40 pagi je terus susukan adik syafiq dan laju-laju masak nasi lemak. Masak nasi dan goreng telur je tak la lama sangat, sebab ikan bilis dah siap goreng sebelum tidur. Punyalah semangat ummi nak bagi ayah dan anak-anak bawa bekalan nasi lemak hari ni. Nasi lemak telur je, hari tu dah buat nasi lemak  ayam.


Sejak ada baby ni tak pernah lagi anak-anak bawa nasi lemak ke sekolah, asik tak menyempat je ummi ni. Asik mee, meehoon, nasi goreng. Roti dan nugget pun dah selalu sangat. Mereka tak cerewet cuma ummi je semangat nak bagi mereka rasa macam kat Malaysia pula ada nasi lemak pagi-pagi...hehe.


Nota kaki: Kena cari daun pisang ni..baru sedap makan nasi lemak bungkus kan?
www.tips-fb.com

21 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ermm..bile ummi nk bungkuskan tuk sy plak bekal nasi lemak g keje???
hikhik..xsabo2..

~najwa~ said...Reply To This Comment

semangat kak!!! huu~

MyKhalish said...Reply To This Comment

sedapnya ns lemak. lgk2 wat sendr..

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

hidup nasi lemak!

hehehee

feeling2 kat mesia kan sis :)

diana said...Reply To This Comment

ya allah..
rajin nya lm...
saya nanti maisara dah sekolah mesti kena rajin macam lm la nampak nya..:)

Ms Ef Abas said...Reply To This Comment

sama macam komen diana, rajinnya... hari-hari siapkan bekal yg "berat2" utk suami dan anak2. Tabik!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Baru buat last week..hehe..

bujal X said...Reply To This Comment

buat lebih sikit~~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@.: iEyLa :.-nnt bila dekat blh bungkuskan hari2 tuk adik akak ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@~najwa~-konon2 semangat lah !

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

nasib baik x tayang gambo nasi lemak nya...kalau x terliur shida....

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

untungnya anak2 n hubby akk =) mesti bahagia kan.nt kalau rara duk satu rumah ngan hubby pon rara nk jd cm akk =)

p/s : akk even kat kad takde nama akk,but rara mmg nk jemput akk sgt kalau akk dekat. =)

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Dgn ada semangat, mcm2 blh kita buat, kan dik?

Nini Hartini said...Reply To This Comment

bagusnya LM...w/pn ada baby, merantau, tp rajin betul masak. siap anak2 bw bekal ke sekolah.

LM ibu contoh. Dah ada anak2 nnt nak jd cam Lm gak...

najihah sahami said...Reply To This Comment

hoho...semangat umi ni berkat buat anak2..hehe..anak2 pun semangat nak belajar...

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Waahh nasik lemak..besh2..nak2 lagi ngn daun pisang..aroma dia menyelerakan!hihihi

Cik Bambam said...Reply To This Comment

rajin betol akak! :P

Lelord said...Reply To This Comment

nanti dh siap bungkus daun anta handasaa ek

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

mereka faham ummie nya tak sempat.baguslah bertolak ansur..terjamin kebahagian & keharmonian..(wahh macam iklan pulak)he2

deno said...Reply To This Comment

emmm.. malam2 mcm nie bile baca pasal nasi lemak rasa lapar pulak.. heheh... deno pun suka nasi lemak, tapi tak pandai masak.. pandai makan je... paling suka lauk sambal sotong!! hihi... nanti bile masak nasi lemak letak la gambar kak ya... :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

waaa,syabas LM :)

nak sikit ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...