Wednesday, October 12, 2011

Seronok Ke Merantau?



Assalamualaikum.

Selamat pagi semua, di Qatar baru masih pagi lagi, anak-anak pun baru bertolak ke sekolah. Masih nampak berkabus kat luar tu. Alhamdulillah hari ni kesihatan LM sangat baik cuma hidung masih ada sikit selesema dan tumit masih sakit. Dugaan yang agak hebat untuk bergerak ke sana sini bila tumit sakit seperti memijak kaca apabila berjalan dan berdiri.


Bagi ruang LM berceloteh di pagi hari sementara baby syafiq masih lena. Susu pun LM dah minum segelas mengalas perut dan baju pun dah siap disidai. Ramai teman blogger bertanya best ke merantau ke tempat orang? Dah kalau namanya merantau pastilah di tempat orang kan? hehehe. Tapi lebih ramai yang keluargan ayat...wahhh bestnyer duk negara orang!


Bagi mereka yang dah pernah merantau pasti mereka ada jawapan tersendiri. Ada pro dan kontranya. Bagi LM pun sama, ada manis dan pahitnya terutama merantau ke negara orang arab ni. Rasanya hampir sama je perangai orang arab ni walau mereka hadir dari negara mana pun. Mereka agak kasar dan sombong. Tahap keimanan mereka yang membezakan watak dan perangai, sama je macam kita. Jika mereka ni lebih beriman...maka kalian akan rasa senang berbual dan berhadapan dengan mereka. Kalau jumpa jenis yang kasar, angkuh dan panas baran tu banyakkan lah bersabar. 


Duduk negara orang ni kena banyak sabar. Bak kata orang tua-tua masuk kandang kambing mengembek. Layankan saja kerenah mereka. Mengalah tak bermakna kalah. Nak-nak kalau kat Qatar ni mereka kaya...walau bukan semua kaya raya tapi negara kecil ni amat kaya. Mereka tak dibebani oleh kerajaan mereka dengan tax itu ini macam kita. Beli kereta harganya murah, minyak sangat murah walau mahal sikit dari saudi, dan mereka dapat duit setiap bulan dari kerajaan mereka. Maka tak hairanlah jika setiap hari mall dipenuhi wanita arab asik bershopping kerana duit mereka memang berkepuk.


Kenapa LM dan keluara mencari sesuap nasi di sini? Takmo balik? Bila nak balik? Wahhh bertalu-talu korang soal ek? Siapalah yang tak mau duduk negara sendiri? Makan murah, mak ayah ada, kawan ramai,semuanya mudah. Tapi sudah ditentukan Allah rezeki kami di sini, Alhamdulillah diberi peluang mencari sesuap nasi di sini. Seronok mengenali negara orang dan banyak pengalaman manis terselit di sini. Jika dulu berkira-kira nak kumpul duit buat umrah tapi kalau di sini kosnya murah saja dan kami boleh ke saudi hanya menaiki kereta walau perjalanan memakan masa 18-24 jam. Boleh angkut air zam-zam penuh satu kereta. Sangat teruja angkut air zam-zam memenuhi kereta dengan hanya bermodal membeli tong air saja. Isi sendiri pula tu..seronok kan? Rasanya HJ pun tak rasa pengalaman macam kami jakun duk isi air dan penuhkan kereta dengan air zam-zam. Bila balik cuti ke tanah air kami akan bawa air zam-zam lebih banyak dari orang balik haji....sukanya!!!nak gi haji tak payah nak tunggu bertahun..terus dapat pergi je dan dalam masa 2 minggu dah boleh siap.


Sangat teringin nak pulang ke tanah air, tapi kenalah cari kerja dulu kan? Kalau encik suami dapat tawaran kerja yang baik dan memuaskan laju je kami pulang ...hehe. Kena ambil kira banyak faktor. Cukai pendapatan kat negara kita terlalu tinggi, kalau gaji lebih dari 10k cukai nya setahun dalam sebulan gaji kalau tak silap perkiraan LM, kalau tak silap ye..jangan marah sebab LM tak bayar cukai pendapatan...hehe. Di situ dah nampak ruginya, belum kira bab tol, sewa rumah, minyak yang mahal...sebab tu kena duk sini diam-diam dulu sampai Allah tentukan rezeki kami kat tanah air pula.



Ketentuan dari Allah kadang kala kita tak duga. Jika dia kata  kami harus pulang. Maka mungkin esok juga kami pulang, jika tidak dan Dia rasa kami lebih baik di sini...LM redha duduk membawa diri di tanah gersang ni. Tak la gersang sangat pun Qatar ni, tanam kangkung dan bayam boleh hidup kira ok lah tu kan?hehehe.



Islam menggalakkan kita berhijrah, mencari ilmu dan rezeki di merata bumi Allah yang terbentang luas ni. Janganlah takut untuk melihat dunia luar kerana ke mana saja kita pergi kita masih mampu berdiri kerana walau bumi itu bulat dan kita tak akan jatuh tergelincir walau kita berada di mana pun.InsyaAllah.


hanya omongan kosong dikala merindui kamu semua di tanah air...hehe
www.tips-fb.com

47 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

moga segalanya dipermudahkan tuk akak & family..
merantau mengajar kite banyak erti kehidupan..sabar..rindu..sume tu ade hikmahnye kak..

miss u!!! ;)

Anonymous said...Reply To This Comment

tp best la sis merantau kat tmpt yg slmt..jauh dr nk wt mnde2 xelok..jauh dr bhya.....

qiqi pon tringin nk cm sis..tp ape kn daya...rzki kt sini...lg pon dkt gk ngn mak abh...

risau gk coz qiqi ank slung kn..wah...komen ngalahkn dpt offer kna merantau lak ka...tp best le kngn de kt sne...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

ieyla-ye dik..semuanya telah tersurat...cuma mepu atau tak saja kita harungi dugaan hidup

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

cik qiqi-awat jd cik anon lak ni?haha.ye dik..sini sgt selamat.jln blh pki handbeg lenggang lenggok mak limah..haha.tak risau bab ragut pun.

meh dtg sini merantau ngan akak meh.ajak laling tu.

CiK QiQi said...Reply To This Comment

hhehehe...xpasan le sis...td nmpk sis bru update blog kt fb..trus klik...xpasan lak time ngomen tu nm nye anon lak..xpe2 ni anon baik nye..ehehehe....

wa...depa kat sane xbrani ek nk rompak2, curi2 henbeg?hehe..nk g..tp nnt numpang umh sis le...hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

cik qiqi-selamat sebut nama..klu tak akak tak tau tu qiqi..hehe.meh la dtg..ada 2 lg bilik kosong.

CiK QiQi said...Reply To This Comment

hehehe...tule pasai...nasib kuo name..kalo idak..mst ttnya2 kn.huhu..

sis de ank nm qila ke?

diana said...Reply To This Comment

macam banyak best je dari tak best..
heheheh...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

teringin nak berhijrah...tp tatau la bila...myb lepas berkeluarga....nampak mcm best je orang merantau....nak jugak alami...

exora said...Reply To This Comment

sy pun perantau..tp dalam negara sahaja..hehe
sama la jgk kan, dok tmpat org kn pandai bw diri
bkn xnk blk kg tp cr pengalaman dulu
teringin sangat nk merantau ke luar negara pulak..dlm setahun dua jadik laa...tp xder peluang nampaknya.

CIK TOM said...Reply To This Comment

takpe sis xkisah keje kat mana pun...yang penting ada peluang dan rezeki dari Allah dan halal..jauh perjalanan luas pandangan kan akk..ciktom suka blog akak yg byk share pengalaman akak sendiri :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau panadi menghargai nikmat yang Allah bagi walau di mana pun boleh kan LM. Baik duduk sana LM tak perlu dibebani macam kami ni kena macam-macam tax...gaji naik sikit harga barang turut melambung-lambung naik juga

H.J said...Reply To This Comment

kak LM..kita pernah la isi air zam zam tu..beli tong..pastu isi sendiri..siap deal harga tong lg..haha

simply nana said...Reply To This Comment

semoga semuanya dipermudahkan Allah...setiap yg Allah tentukan itu tentu ada hikmahnya walaupun terpaksa berkorban sesuatu... insyaallah.

Cik Bambam said...Reply To This Comment

tempat jatuh lg dikenang kan kak.. tp kalau ada peluang..nak jugak berhijrah pegi tmpt org nie.. luas pemandangan.. :)

❤ eyeme ❤ said...Reply To This Comment

bestnye kak ddk sana... ada kala rasa indah ddk kat sana..sbb dapat tatap kaabah..buat haki..then, bila dah ada peluang baru nak balik malaysia..tapi peluang nak g sana pun x dpt lg dah nak berangan kan kak..hehehe..

YNA said...Reply To This Comment

yna yg still duduk dalam malaysia nie pun rasa cam terseksa gak merantau, huhu

tapi jauh perjalanan luas pemandangan kan? semua nie mengajar erti hidup :)

Asmo.Sin | Blodhgarm said...Reply To This Comment

best nyer berada di perantauan orang kan.

❤ lovelymasha❤ said...Reply To This Comment

LM akak pun berangan gak nk berhijrah tp rezeki kami di sini...tetapi kalau ada rezeki blh la kita jalan2 utk lihat negara lain kan...insyaAllah..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Tk pe la dik, rezeki kan ada d mana2. Selagi kita diberi kekuatan dan mendapat keredhaaNya, kita adalah perantau di bumi Allah yg indah ini. tak kira di mana kita berada.

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

sis LM...wani teringinnnn sangat nk rasa kehidupan kat negara orang, tp masih belum berpeluang.

GreenJade said...Reply To This Comment

merantau ni byk beri ketabahan & kekuatan jiwa pd kita kan LM. tp demi mencari rezki...ku redah jua apa jua rintangan mendatang..hehehe

tp merantau & bkerja di benua middle east ni mmg best bcoz free tax..byk boleh menyimpan..beza masa sy n hubby di tokyo dulu...makin nak 'kayap' dgn rate/expenses yg serba serbi melambung2 nun uhuhu

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

bak kata pepetah hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, baik lg di negeri sendiri.. kan kak? tp nak buat camna.. rezekinya dh disitu

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

moga rezeki akak sekeluarga bertambah..=)

laskar pelangi said...Reply To This Comment

betul tu kak:) dah Tuhan dah kasi rezeki akak sekeluarga kat sana..nak buat macam mana kan:) insyaAllah ada la tu rezeki kat negara sendiri nanti:) muda muda la merantau kan...bestnya dengar part air zamzam tu:) hehe

al-lavendari said...Reply To This Comment

owh .. dah balik Doha ye. merantu atau tak merantau, semuanya ada untung ruginya. kita tak boleh "enjoy the best of both worlds".

uncle dulu pernah juga merantau. syukur kerana ia membuka minda dan kini ia menjadi memori yang amat indah di samping dapat menabung banyak sikit. tapi tak sanggup nak buat kali.. dah tua !

-Incek Fik- said...Reply To This Comment

Fik sokong statement akak tu. Hidup kat perantauan ni.. kita mesti banyak bersabar dengan cabaran, dugaan dan karenah orang asing kat sini.

Bak kata pepatah..

Masuk kandang kambing tutup hidung, masuk kandang harimau cepat² la bawak mengucap.

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

bukan byk org berpeluang macam LM merantau menimba pengalamn..
betul la jauh berjalan luass pengalaman.

ieda said...Reply To This Comment

seronok tu memang seronok merantau nie dik kann
tapi kalau dah sampai duk lama x pasti lah seronok atau tidak huhuh
tapi ok lahh kalau di beri pilihan :)

akak doakan semoga semua dipermudahkan utk LM dan keluarga di sana .. insyaallah dikk

Kalamhati said...Reply To This Comment

jauh berjalan luas pengalaman..dpt tgk kebesaran Allah kan..huhu

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

baca entry Lm yang ini dapat bayangkan wajah kawan2 yang mmg ditakdirkan mencari sesuat nasi di luar negara

dik, kalau air zam2 murah...
sure kalian selalu minum kan>?

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

rezeki ader kat maner2 kan kak...yg pnting kiter nak cari..heheheh

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Biar di mana pun Miza, yg penting suami ada di sisi.Tak semua orang bernasib baik cam tu walau pun tinggal di negara sendiri.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

hehe, betul tu... kat Msia segala2nya mahai... :P yg tax tu pon x menahan...hehehe

xpe la dear, rezeki lm di sana, ada rezeki di bumi bertuah Msia ni, nanti pulanglah yer :)

Reena said...Reply To This Comment

sy da lme follow akk..tp xpna tau plak , akk da bpe lame dok qatar tu???

saniah said...Reply To This Comment

takpe dik..cari rezki dan yang pastinya you all satu family tak terpisah..anak2 dpt juga bersekolah walaupun duk kat tempat org kan..dan miza pun dpt ramai kwn kat sana..sampai masa balik la nnt tu..:D...take care..

anamizu said...Reply To This Comment

wahh ummi isi sendiri je
ari zam-zam?? seronoknye!
semoga ummi sekeluarga
selamat & berbahagia je
dimana jua :)



luv,
anamizu

Lelord said...Reply To This Comment

nak merantau gak la...hehehee

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Rasa nak pergi jugak lah Qatar tu..

Saiazuan said...Reply To This Comment

sronok mengembara tgk dunia luar ni, insyaAllah klu dikurniakan rezeki lebih, nak travel satu dunia dan ceritakan di blog

Kak Aya said...Reply To This Comment

selagi ada peluang merantau untuk mencari rezeki dan menimba ilmu jangan disia-siakan peluang tu...

nanti dah bersedia semuanya untuk pulang, baru la pulang...

Tihara said...Reply To This Comment

salam lydia :)

bukan semua org dpt kutip pengalaman mcm awak..berharga sgt..yg penting walau di mana kita berada..semuga selamat di bawah rahmat Nya..

azian said...Reply To This Comment

akak...
sy sgt kagum dgn akak...
pertamanya...
sbb sy tau akak mcmne...then akak duduk kat tempat org, berjauhan dgn family sendiri...kl yan laaaa...huhuhuhu...mula2 mmg rasa takut laaaa....duduk jauh2 ni pun walaupun dlm mesia jek, terasa gak sayu kak...huhuhu

apik pehe said...Reply To This Comment

kak..jauhnyer pergi merantau...

ejulz said...Reply To This Comment

ejulz pun rindu nk blk.. tp merantau dekat je laa.. dr swak ke putrajaya.. heHE

puanbee said...Reply To This Comment

orang kata kalau di langgar dengan pak arab mau pengsan kita ye ke LM ?

eh salam perkenalan dari puanbee:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

LM.. bak kata pepatah.. jauh perjalanan.. luas pengalaman.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...