Thursday, October 20, 2011

Wanita-Lain Di Mulut Lain Di Hati



Assalamualaikum....

Dalam bersantai - santai ni LM nak ajak kalian semua bercerita tentang wanita. Ramai lelaki garu kepala mengenai sikap wanita. Kata mereka wanita ni sangat sukar untuk difahami. Apa yang di lafaz lain di mulut  dan lain pula di hati. Apa yang di ucap tak sama dengan apa yang terbuku di hati. Mengapa???


Hanya wanita yang tahu mengapa. Sebenarnya bukan semua wanita berperangai macam tu. Biasanya mereka yang perangai macam tu agak pelik sikit dan sukar untuk lelaki fahami dan selami jiwa mereka. Biasanya mereka ni lebih rela memendam rasa dari berterus-terang. Kadang kala baik bersikap bergini kerana jika berlaku perselisihan pendapat tak la bergaduh kan? Bila di tanya...dia akan kata, I'm okey. Padahal dalam hati ada bara api..hehe.


Mereka sebaik mungkin nak jaga perhubungan. Sebolehnya tak mau orang tersayang tahu yang mereka sakit hati atau terluka. Tapi kalau dah sayang takkan tak boleh tahu orang tersayang tu merajuk kan? Tengok mimik muka dah tau dia merajuk hati. Dengar nada suara dah tau dia menjauh hati. Kalau jenis yang suka muncung macam LM tu dari jauh dah tau kalau muncung tu pasti ada yang tak kena.


Baik pendam dari lafaz....itu pendapat LM. Tapi sekali imbas orang yang sayang kita boleh tau kita merajuk, kalau tiba-tiba diam je pasti ada yang tak kena. Kalau tiba-tiba muncung je baik fikir apa yang tadi tersilap gurau. Kalau jawab basi-basi je pasti ada sesuatu. Tau basi-basi? Ala kadar....nak tak nak je jawabnya.


Ada pro dan kontra mereka yang bersikap macam ni. Mereka pendam tu kadang-kadang bagus sebab tak mahu mengundang perbalahan. Tapi jangan sampai kemarahannya meletus. Bahaya tau! 

Setuju tak? kalau tak tau nak komen apa like je kat bawah tu pun okey.
www.tips-fb.com

20 comments:

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hmm mcm rara pon same lah kak.kalau marah mmg buat muka.xreti nk sorok.

diana said...Reply To This Comment

betul lm..
kalau dia betul2 kenal kita
dia sendiri dapat rasa kita tengah marah atau merajuk..
tak payah kita bagi tau..
sedangkan dia marah atau tak de mood puyn saya boleh tau...
heheheh

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

alamak.. macam LM boleh baca lak isi hati saya.. hehehe.. betulla LM.. saya pun camtu gak.. kalau bengang atay marah sngt.. diam jek.. sbb kalau lawan atau balas blk takkan menangnya.. buat gaduh lagi ada..

Kalamhati said...Reply To This Comment

Orang kata sebab mulut bdan binasa..huhu if dpt pendam better pendam..tp jgn smpi meletups..sbb bila kita zahirkan tru kata2..kdg2 berlaku salah faham..

sbb tu la kan Islam menyuruh kita memaafkan orang lain sebelum kita tido..kan?supaya takde rasa yg terbuku dlm hati tu..

if tak dpt leraikan gak..kena slow talk la..dpt suami yg fhm muncung kita takpe..dpt yg tak reti2 cemana?hehe haru jdnya..

puanbee said...Reply To This Comment

lelaki pun sama , lain cakap lain buat hehe pendek kata semua manusia ni sama pelbagai ragam memang wanita dan lelaki ditakdirkan tak sama cara supaya saling melengkapi

zulkbo said...Reply To This Comment

salam..
ha ha..macam sama je
entri kita tajuk nya..

ermm..wanita memang
sukar di fahami oleh
lelaki..tapi melengkapkan
antara satu sama lain

ejulz said...Reply To This Comment

btul3.. susah nk faham.. hehe

al-lavendari said...Reply To This Comment

uncle dah masak dengan bahasa badan makngahnya .. istilah komunikasinya "non-verbal language".

laloque said...Reply To This Comment

ermmm nak komen ke tak? nak komen ke tak?... kang bini aku bace kang, tido luar mlm ni.. dah la malam jomaat ni.... vrooommmmm cabut!!

azian said...Reply To This Comment

mmmm....
sy kan, kl sy cakap...hubby tolong sidai kain...(mmg membawa maksud untuk menyuruh beliau sidai kain....heheheh)

knp ek kak kita ni selalu hati lain cakap lain?heheheheh

sarah mohamad said...Reply To This Comment

saya kadang2 jek gitu kak, heheh selalunya memamg terus luah. hehehe

eiela said...Reply To This Comment

kadang-kadang ade jugak macam tuh, pendam je. tapi tak best, nak jugak luahkan, kena slow talk la plak.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

kadang2 diam lebih2 pon masalah gak klu lelaki tu jenis xpaham...
alih2 kne gak ckp terus terang yg kite tgh mrajuk..
sabo jela..tension je rse.. ;)

Pen MErah said...Reply To This Comment

kdg2 perempuan cmne complicated.. nk kata pendam 2 bgs rsnya x jgk.. sbbnya blh jadi dendam n benci.. ehehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

hehehe...kadang2 pendam je...tapi bila dah tak tahan luah gak akhirnya...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Betol
kdg pendm lg baik

susa jd pempuwn kn

Nazifa said...Reply To This Comment

same la kite kak. tp sy cepat meletup.hakhakahak

duan lang said...Reply To This Comment

laki pon ade je gtu kak oi...

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

kebanyakan wanita lebih suka memendam rasa berbanding meluahkan...
tapi ada waktu2 nya sikap suka memendam ni akan emmberi tekanan pada diri..

lelekai lebih suka wanita yg berterus terang kerana sukar utk lelaki membaca isihati seorang wanita

CIK TOM said...Reply To This Comment

mmg btul la akak...ciktom pun slalu cmtu..lain ckp kat mulut n ln dlm hati..pastu mula la diri sendiri jgk yg skt ht..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...