Monday, November 21, 2011

Alahai Puteri



Assalamualaikum....


Ingin LM kongsi satu kisah yang buat LM terkedu semalam. Dah lama tak buka email tiba-tiba rasa nak semak mana tau ada email dari kak aya ke, dah lama tak berutus email dengan kak aya. Tiba-tiba terpandang satu email dari insan yang tak dikenali. Laju jari ni klik dan terus baca. 
Dari seorang wanita bernama puteri. Dia minta pendapat, katanya dia berasal dari negara seberang dan menetap di US. Dia telah bernikah dengan orang inggeris di sana dan bila dah nikah baru dia tahu dirinya adalah isteri kedua. Dia bekerja sebagai akauntan di syarikat milik suaminya. Malangnya penerimaan isteri pertama terhadap dirinya amat buruk. Dia dilayan oleh isteri pertama seperti  haiwan katanya.



Apa yang ingin dia tanya kan pendapat LM adalah mengenai usahanya cuba membawa keluar wang syarikat suaminya berjumlah berpuluh ribu USD ke indonesia. Katanya, dia perlu berbuat begitu agar dirinya tak ditimpa kesusahan bila suaminya meninggal nanti kerana isteri pertama memegang saham dalam syarikat suaminya. Memandangkan dirinya tidak dilayan dengan baik dia yakin dirinya akan malang bila suaminya meninggal di kemudian hari.




Adakah perlu dia memindahkan wang syarikat tersebut? Dalam kata lain mencuri wang syarikat suaminya. Apa pendapat korang? Tiba-tiba LM terfikir, sejak bila pula pembaca indonesia ikut baca blog pink phanter ni ye?

www.tips-fb.com

10 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

LM kenal ke dgn puteri tu?

missSenget said...Reply To This Comment

ptut tu dia bincang dgn suami dia laa kan..

hubungan dia dgn suami dia masih ok kan..

Muzel Zay said...Reply To This Comment

yeke kak org tu??? pd sy kalau akak xpnah kenal die u just ignore je la.. cos ape yg die nak buat tu adalah salah..kire pecah amanah..for whatever reason pun.. better ignore

bujal X said...Reply To This Comment

scam je tu~~ala2 presiden bank zimbabwe yang konon meninggal tak meninggalkan waris~keh keh~

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak rasa LM jangan campur tangan. Biarlah dia dgn kisah rumahtangga dia. Kalau dia isteri yg baik dia kena telus dgn suami bukan ini caranya. Antara dia dgn madunya biarlah kerana kita mendengar dari sebelah pihak saja....

cik hijau purple VS nur faie said...Reply To This Comment

jatuh ditimpa tangge :
kesian dgn kaq puteri tu , dah laa jd isteri kedua ,
isteri pertama pulak mcm tu . .
bersabarjelaa yg boleh buat .

diana said...Reply To This Comment

apasal pulak nak curi..kan??
mintak je la kat suami dia..
kalau tak boleh bagi buat apa kawen..
tu la kan??
nak kawen tak selidik habis2 laki tu kaya sebab duit bini ka duit laki..kan??

Fara said...Reply To This Comment

Sy setuju komen Diana. Kenapa nak gelapkan wang? Walau utk kebaikan sendiri tapi itu namanya dah mencuri. Buatnya kalau dpt dikesan madunya? Dah tiba-tiba jadi hal lain.

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

leh caya ke tuh?jangan la kak,macam bahaya jew.mas selalu dapat email jenis macam tuh, terus spam n delete.bukan niat tak nak membantu,tapi lebih baik berjaga2 dari dah terkene.

Suara Kalbu said...Reply To This Comment

Salam LM,

Better stay safe than sorry.

Itu cuma internet scam yang didalangi pihak tertentu. Mereka buat cerita untuk tarik perhatian kita tentang situasi sedih mereka. Dah banyak benda macam tu. Akak terima berpuluh cerita yang motifnya hampir sama tetapi jalan cerita yang berbeza dalam kotak spam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...