Monday, November 28, 2011

Buruk Melantak?



Assalamualaikum....


Pernah dengar orang kata buruk melantak? itu orang tua-tua yang selalu gambarkan buruknya sikap orang yang sedang makan tu. Biasanya kalau ada majlis apa-apa pasti ada makan-makan kan.
Paling saya takut kalau makan time lapar. Semua benda saya nak capai. Paling saya takut anak-anak dan suami saya makan dengan gelojoh di rumah orang. amat memalukan diri saya kalau mereka buat macam  tu. Sebab tu kalau ada majlis tengah hari rumah orang saya akan beri keluarga makan berat sikit biar jangan buruk melantak di rumah orang akibat perut kebulur.




Cara masing-masing sebenarnya. Rugi lah kalau dah makan di rumah dan tak boleh makan banyak di rumah tersebut kan? Ramai yang cakap macam tu. Tapi dari orang tengok perangai pelahap tu dan jadi dosa orang mengumpat baik kita makan dan alas perut di rumah. Ruginya bila dah jadi ibu ni tak dapat makan lama-lama kalau berjalan, anak merengek terus selera hilang walau ada yang bermurah hati nak pegangkan anak kita. Risau anak di bawa lari pun ada kan? haha...




 
www.tips-fb.com

6 comments:

Kak Aya said...Reply To This Comment

salam LM,
ehkadang2 kak aya buruk lantak jugak kalau terlalu lapar, kalau kat rumah la...kat majlis org tak ada la unjuk2 lapar sgt.

Nazifa said...Reply To This Comment

hahaha..bulan pn kdg2 buruk melantak gak.nak2 kalo time lapar giler :p

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

kakak sy makan dgn gmbire

adek2 sibuk nk jage

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

tapi kan, ada sesetengah org suka tetamu dia makan byk n ada yg kecik hati kalau tetamu dia makan sikit.. hehe..

mkn byk pun, biarlah sopan santun kan.. jgn gelojoh.. heheh..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Selalu berlaku kt saya bila time lapo..tp kt rumah org xda plak bt camtu..still maintain ayu..hehe..kt rmah sndiri..ye..haha

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

xlok pun ..sure akan trgigit lidah..time tuh slow macam ne pun dah tak best coz dah pedih.hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...