Sunday, November 13, 2011

Cerita Aurat Lagi...



Assalamualaikum...

Bercerita tentang aurat memang sukar kan? Bagi diri LM sendiri memang rasa tak layak bercerita tentang aurat sedangkan diri sendiri pun belum sempurna menunaikan tuntutan Allah ni. Tapi bila meronda hari ni Ben Ashaari bayak kali tulis pasal aurat, sis scarlett juga sebut kisah aurat, ustad hakim, Solihin zubir memang selalu sentuh bab aurat...ran ramai buat entri pasal aurat. Sangat bermakna meronda blog rakan-rakan hari ni, terlalu banyak peringatan dari mereka...alhamdulilah, moga kita menjadi insan yang lebih baik dalam menyempurnakan diri sebagai hambaNya.



Suka ayat mereka, bertudung tapi bukan menutup aurat. Itu dua perkara yang berbeza. Lagi suka peringatan mereka menutup aurat, bukan membungkus aurat...itu lebih penting kita ambil perhatian.
Memang ramai yang semakin gila berfesyen, kalau dulu tudung labuh sikit, akibat berfesyen ramai yang dah pakai anak tudung je...dada tersembul pun kita dah tak kisah. Tudung pun dah macam topi, leher terdedah pun kita dah tak perasan. Bertudung tapi pakai baju nampak lengan, kita buat-buat tak perasan.



Sangat bermakna peringatan di hari ahad yang LM dapat dari entri kalian semua. Moga ia melekat di minda LM agar berusaha menjadi muslim sejati. Jangan lupa aurat lelaki juga ye. Bagi blogger wanita hati-hati upload gambar suami anda. Ramai yang tepek gambar suami berseluar pendek tayang kepala lutut. Haishhh aurat tu! 



Adat manusia....bila ditegur pasti melenting. Tapi LM suka entri korang hari ni....itulah namanya sahabat, sesekali mengingatkan rakan-rakan menerusi blog. Saling mengingatkan tu penting, kadang kala manusia alpa.



 
www.tips-fb.com

9 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

baru je cite dengan mak pasal aurat yang SJ tweet dengan tizz...hahahhahaa

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

kadang -kadang nak ketawa gak bila nampak orang bertutup belah atas, banyak yang anggap bertudung tu cam satu pesyen. semoga dorang semua termasuk cik ina sekali sedar.

fiezah91 said...Reply To This Comment

ingat mengingati tu bagus. macam mana bentuk tudung pun, masih suka dengan tudung bawal. hewhew

feza said...Reply To This Comment

bertudung.. dah mcm2 fesyen tudung dah sekarang .

pernah nampak jenis yang pakai tudung kecik,dan nampak rambut panjang kat belakang ,kadang2 terconfuse.. dia ni nak pakai tudung ke tidak.. hurm..dah mcm2

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

entah ade y tdg cam anak tdg

ade tdung jarang

ade tdg y mcm topi

fesyen tdg makin pelik n pastinye xmnpati syarat ikut islam

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Apahal pulak! Pakai tudung labuh baju labuh macamana nak melawa! Macam mana nak tunjukkan badan yang kurus! Biarlah! Kalau dosa pun aku, bukan kau!

Kau tu dah betul sgt ke cara kau berpakaian? Menutup aurat sungguh ke? Kau jgn sibuk ah dengan hal org!

Mungkin begitu kak, untuk org yg tak boleh ditegur. Saya ni naaakkkkkk sgt menutup aurat dengan sempurna. Ke arah itu. Semoga Allah bantu luruskan jalan saya. Insyaallah. Start dengan pakai tudung tutup dada. Amin insyaallah.

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

lpas ni nk condemn aurat lelaki plak.. dh pompuan xnk buat, terpaksa la lelaki kondem aurat lelaki.. :D

Addin said...Reply To This Comment

satu peringatan :)

missSenget said...Reply To This Comment

suka pakai seluar jeans


tp susah nk jumpa seluar jeans yg sesuai..

Y__Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...