Wednesday, November 2, 2011

Cikgu Comel



Assalamualaikum....


Apa khabar semua? Dalam mengenangkan kesedihan akan beraya lagi diperantauan tiba-tiba terkenang satu kenangan lama yang begitu indah buat suatu ketika dulu. 
Buat pengetahuan korang LM pernah jadi pendidik dalam beberapa tahun masa duduk di Johor dulu. Masa tu, masih muda, fresh sangat dan sangatlah berkobar-kobar semangat nak mencurah ilmu tu. Rasanya masa tu LM garang, tapi tak tau kenapa murid sangat la rapat dengan LM.



Kalau hari cuti tu mesti ramai yang call rumah, "ustazah, ni mardihah..ingat saya?" ...dalam hati gelak je...manalah tak kenal? hari-hari mengadap muka dia..haha. Lawak juga budak-budak ni, tapi dalam masa yang sama LM suka cara mereka. Walau mereka duduk agak pedalam di kampung gelang cincin di segamat tu,  tapi mereka sangat menghormati pendidik mereka. Mereka sayang LM macam mereka sayang orang tua mereka. Apa yang LM pakai pasti akan jadi perhatian mereka.



Warna kegemaran LM pastinya pink dan biru masa tu. Mereka akan puji...chantik ustazah punya baju pink, nanti nak suruh ibu beli. Adoiii, paling tak tahan gelak masa tu dia tanya, ustazah punya lipstik beli kat mana? saya suka lah...haha. Dalam pada menjadi kesayangan dan perhatian semua murid yang cumil-cumil tu LM terfikir, kalaulah ada sikap buruk kita tonjolkan dalam mendidik mereka macam mana ye?




LM garang...amat tegas. Time marah memang LM denda, ketuk ketampi, babab manja...berdiri atas kerusi. Tapi lepas habis denda kesalahan mereka LM ajak mereka bercerita, kami duduk atas tikar ramai-ramai, ketawa dan bergelak ketawa. Rindu saat tu. Rindu dengan ibu-ibu yang sangat sayang LM time tu...mereka selesa dengan kehadiran LM walaupun hanya LM orang luar dari kampung tu yang mengajar kat sana.






Tau tak ada dah anak murid dari sekolah tu yang dah jadi blogger, haha...tak sangka diri dah tua. Erkkkk tua ke? tua la, bulan ni masuk 30 tahun tau. Tiba-tiba bila terkenang pengalaman lalu rasa teringin nak buka tadika dan pusat tuisyen je la suatu masa nanti. Tingginya angan-angan kamu lydia miza?
www.tips-fb.com

16 comments:

Rain said...Reply To This Comment

tegas tapi sarat kasih sayang, mesti la menjadi perhatian kanak-kanak..

budak-budak sangat jujur, rain suka sangat! selalu je mimpi budak-budak. tersa ingin memiliki.. belum waktu :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

alalalalal...akak, angan bia tinggi melangit. lgpun angan tu angan yang mungkin boleh direalisasikan kan?

hehe

nanti akak bukak tadika Mish nak antar anak belajar ngan akak la..:)

Princess Solehah said...Reply To This Comment

samalah kita kak :) teringat kat anak2 murid masa mengajar KAFA dulu...rindu kerenah mereka tu.

Cik Ecah said...Reply To This Comment

ehehee cikgu laa...
ok la tuh nak buka tadika...seronok ngajo budak2 nih

Kakzakie said...Reply To This Comment

Garang yg bertempat tetap menjadi anak-anak kasih tak kira anak org dik.

Angan-angan tak salah, mana tahu satu hari bila semua dah besar LM boleh apa yg diangankan..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ieyla doakan akk berjaya capai angan2 tu...
bukan anak sy je yg akan g tadika akk..ngn sy2 skali join.. ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Rainye rain.tp jgn kasari anak2 kecil.nnt mereka berdendam

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@najihah sahamiamin mish..hehe.cpt kawen br leh ada anak.nnt antar kat akak .hehe

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

kira akak sebaya kakak sy la..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Princess Solehahkenangan yg sangat indah kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cik Ecah-ye ecah..mengajar sgt menyeronokkan.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kakzakiedoakan impian adik tercapai ye kakzakie.adik mmg garang!haha

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

cengey noooooooooooo......takpe tegas semasa ngajar

exora said...Reply To This Comment

itu la..seronok kt sek ni dgn gelagat bdk2 yg mcm2..
tp klu yg degil sgt2 tu..hilang seronoknye, tgk muka pun stres jer..dgn kerja x buat, kacau kawan...

Peri PiA said...Reply To This Comment

suka tegas ;)

insyAllah mane tau kan?

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

entry kak LM,mesti mas akan ulang balik bila mas pun capai usia kak LM.kikikiki..(tiba2 teringat ex-students mas yang comel2 tuh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...