Saturday, November 26, 2011

Doa Orang Yang Dizalimi



Alhamdulillah...hujan lebat di doha hari ni. Saat hujan adalah masa yang sesuai untuk kita berdoa apa saja kepada Allah kerana ketika hujan adalah antara yang sesuai kerana mustajabnya doa ketika itu selain waktu-waktu yang disarankan.



Ingin LM kongsi doa bagi insan yang mengalami kesusahan mahu pun difitnah maka amalkan lah doa ini . Amalkan 7 kali setiap solat fardhu. Insya allah akan dipermudahkan Allah segala urusan kamu. 

LM petik artikel ini buat rujukan....seperti berikut..

Soalannya:

1. "SAYA mengalami keperitan hidup selama 12 tahun akibat fitnah. Kemudian pada satu hari, saya bersumpah atas nama Allah sesiapa yang menfitnah saya, matilah dia lebih hina daripada babi. Akhirnya saya diketemukan dengan kebenaran. Soalnya, bagaimana untuk saya menarik balik sumpah saya itu?"


Jawapannya:
BERSUMPAH seumpama di atas adalah seperti doa. Biasanya doa orang yang dizalimi mustajab. Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu’adh bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” (Ahmad).

Justeru, sebaiknya anda memaafkan mereka yang melakukan fitnah. Manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Memaafkan kesalahan orang yang berbuat kejahatan pada diri kita adalah lebih baik. 

sumber:sini .
2. Kisah ini adalah kisah seorang isteri yang telah berkahwin dengan penagih dadah. Mereka berkahwin atas desakan dari keluarga juga pada awalnya. Namun apabila telah mempunya beberapa orang anak ibu dan neneknya ingin memisahkan dia dengan suaminya. Pelbagai cara syaitan mereka guna bagi meruntuhkan masjid tersebut. Sehingga insan teraniaya ini berdoa agar Allah membalas orang yang menyakitkan hatinya akan meneriba sakit seluruh badan dan sengsara kehidupannya. Terkejut Lmkerana memang neneknya sakit teruk tak berapa lama selepas itu. Sekarang neneknya telah 8 tahun meninggal dan dia masih bahagia bersama anak-anak nya dan suami yang mungkin masih menagih dadah atau tidak itu LM tak pasti.




Moga dapat memberi sedikit manfaat kepada rakan yang membaca. Berlapang dada dan berserah kepada Allah. Mungkin kita hina di sisi manusia tapi berdoalah agar kita tidak hina di mata Allah. Samapi-sampai kan ilmu Allah demi kesejahteraan semua. 



Insan yang baik adalah hanya berkata yang baik atau pun diam. Ingat pesan Allah, kerana LM hanya menyampaikan pesan Allah, wallahualam....


www.tips-fb.com

10 comments:

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Kak, saya menderita 10 tahun ++ kerana dizalimi. Difitnah.

Kalau saya doakan yg bukan2 kepada org tu, jahat tak saya?

Fendy said...Reply To This Comment

Cik Puan Bunga: doa buruk tak diperkenan....tapi doakan je org 2 dapat hidayah dr Allah..ikut cara Rasulullah..InsyaAllah tiada keraguan

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

janganla berdendam

sumpah segala
sakit ati lagi teruk kesan kat kite

die bukan rase pe sakitnye

kite sabar..ini ujian dari Allah

JIJI YU said...Reply To This Comment

setiap kata2 yang keluar perlu dicernakan dengan akal yang sempurna

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

Kadang2 bila terlalu marah manusia hilang kawalan & mendoakan yg buruk2 setimpal dgn apa yg dia alami akibat perbuatan org lain.. kan?

diana said...Reply To This Comment

bila kita mendoakan yang tak baik pada orang lain maknanya kita kurang sabar..biasanya bila tengah marah memang macam2 doa yang tak baik kita ucapkan..tapi tu bukan sebab kita perlu berdoa macam tu..kan??
bertindak la dengan waras..

khairul akmal bin azman said...Reply To This Comment

shuke2...!

therylisa nurula'in said...Reply To This Comment

cik lisa pernah difitnah time lisa still belajar dulu. yang lebih teruknya,orang yang fitnah tu kerabat family sendiri. cik lisa doa je biar cik lisa tabah menghdapi fitnah mereka.lisa takut nak doakan hal2 buruk dekat diorang sebab takut nanti akan terkena semula dengan cik lisa. Allah maha Besar.. 3 tahun dah berlalu,apa yang diorang fitnah kat cik lisa tu semua terkena diorang semula. bukan seorang ,,tapi banyak orang.anak jiran lisa tu hamil diluar nikah. lagi anak makcik lisa .hamil diluar nikah gak ,dengan husband orang. lagi satu jiran ..anak dia kena buang sekolah time 3 bulan sebelum tamat stpm... apa yang berlaku semua atas kehendak -Nya. lisa tak doa apa2,,just terlepas cakap sekali jek.cakap "nanti orang2 yang fitnah lisa tu akan terima balasan. Hukum karma itu memang ada. berhati2 lah bercakap sebelum fitnah orang. macam tu je, huhu

anamizu said...Reply To This Comment

MAK ana pon teruk dizalimi akak ipar die sendiri.. lama mak menanggung seksa..abg kandung sendiri pon buat x nmpak je salah bini die.. cian mak.. ana sedih sgt tiap kali mak bercerita.. semoga org2 teraniaya terus tabah..




luv,
anamizu

Adik Nor said...Reply To This Comment

20thn kami dianiayi oleh jiran merangkap isteri adik ayah sy sendiri. Selama 20thn kami menahan sabar. Kami blh sabar atas segala perbuatan dia kecuali satu iaitu fitnah dan laga-lagakan kami dgn suaminya sehinggakan suami dia tak mengaku yg ayah sy abg kandung dia.Cuma 1 doa kami, minta Allah berikan petunjuk pd suami dia.Mampuke kami maafkan dia? jawapannya tidak sama sekali. Tak mungkin sy mampu maafkan org yg buat air mata ayah sy menitis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...