Sunday, November 27, 2011

Duduk Rumah Relaks Je....



Assalamualaikum....

Ramai orang bekarja kata wanita duduk rumah ni tak penat. Boleh guling-guling goyang kaki. Ye ke? Ada yang benar ada yang tidak. Itu terserah pada individu itu sendiri. Mungkin memang ada wanita yang hanya duduk di rumah kerjanya jadi ular saja tak buat apa-apa. Langsung tak penat lah kalau macam  tu.



 Tapi cuma risik kat diana tu, penat tak dia duduk rumah? Tanya dia sejak kawen pernah kerja tak? Apa beza kerja dengan duduk rumah, mana lebih penat? LM pernah kerja, pernah tak kerja. Tapi rasanya waktu kerja dulu time rehat boleh makan ikut masa. Boleh minum pukul 10 pagi lagi. Tapi sekarang ni makan cuma jam 4.30 petang. 



Tajuk ni bagi kaum ibu yang mengurus suami dan anak dengan tulang empat kerat dia ye. Bukan yang ada pembantu. Kalau ada pembantu orang lain yang gosok baju laki dia, orang lain yang mop rumah dia. Orang lain lipat kain dia. Tapi, masa duduk kat terengganu dulu, memang pelik dengan 2 wanita ni. Dari pukul 8 pagi borak sampai pukul 10.30pagi. Depan pagar pula tu. Pasti dia bangun pukul 4 pagi untuk mengemas rumah sebab pukul8 dah siap sedia berborak depan gate. 



Pernah mereka ajak borak dan LM join, last-last terlewat masak dan kelam kabut nak jemput anak sekolah tadika masa tu. Ishh menyesal betul masa tu. Pernah dengar juga kakchik kata time cuti dia pun penat duduk rumah sedangkan kakcik ada aiman saja di rumah. Sebab tu bila penat LM cuba duduk dan fikir kawan LM ada 6 orang anak. Kecil-kecil pula tu dan lelaki. Selalu cakap kat dia, kalau saya letih saya selalu kenang akak. Ambik semangat akak dan cuba nak jadi sebaik akak. Dia hanya mampu senyum dan jawab, semuanya demi Allah. Lakukan demi Allah.
Pandangan korang? 

www.tips-fb.com

17 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

pnt jage ank sbnrnye

ieda said...Reply To This Comment

ye dik .. semua kerana allah .. :) kena pandai bahagikan masa .. kerja atau tidak same je penatnya .. kena jaga makan minum anak2 dan suami kan :)

diana said...Reply To This Comment

sejak2 kawen tak pernah kerja..
tapi beza sangt rutin masa bujang dengan dah kawen.

masa bujang ikut suka je nak basuh baju bila nak masak makan bila..
tapi bila dah kawen semuanya nak tak nak kena buat kalau idak rasa tak sempurna je rumahtangga..

dulu masa bujang rumah bersepah pun boleh tunggu kemas esok je..
dah kawen ni sehari sepuluh kali kemas umah.

tambah2 sejak ada maisara..kalau ada tetamu datang mengejut mesti pengsan tengok ruang tamu umah saya ni..wahahahah
tu pasal penat..
heheheh..

saya rasa kalau saya kerja pun tak de la penat macam ni..
tapi kagum la dengan LM..
boleh buat semua tepat pada masanya..

Acik Erna said...Reply To This Comment

LM..acik rasa..yang dirumah tu lagi letih..tak dok diam dari bangun tidur bawak le ke nak tidur semula..kecuali bila anak2 dah besar semua mungkin ada masa nak rehat sikit.

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

kak pun walau bekerja, kena mengemas bagai..

perempuan.. kena sabar dan terima segalanya,,
tapi tulah, bila kesihatan tak mengizinkan..mulalah risau ttg keadaan rumah dan segalanya

moga LM setabah sahabat diluar sana

emieysandra said...Reply To This Comment

tu la..sape2 yg nk kawin kne ready mental & fizikal. tol x akak? :)

laskar pelangi said...Reply To This Comment

pengalaman seorang ibu dan isteri..hik3 =)

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

tu laa sape kate judi suri rumah sepenuh masa tak penat kan kak? sebenarnya..nama saintifik untuk suri rumah sepenuh masa ialah domestic engineer tau!

Lelord said...Reply To This Comment

aduhaiii kalau darling syif pagi kul 4pg dah bgn siapkan bekpes pastu buat la ape yg patut vacuum, mop ke. rehat jap on fb/blog. sambung basuh baju lak, kang najlaa dh bangun layan dia lak. masa utk check-in dapo lak huhuhu kena pandai bahagi masa. kang tetiba rajin nak mkn macam2 kena la sediakan

qasehraihan said...Reply To This Comment

rasanya lebih kurang sama aje penatnya kerja dengan tak kerja..huhuhu

Ujie said...Reply To This Comment

hmm..org selalu kata saya dok rumah bosan & rileks sbb tak kerja & blm ada anak.

hakikatnya, tak bosan sbb saya suka membaca..skrg tambah blogging. dan tak le rileks memanjang, kena lap tingkap, mop lantai, berus toilet.. walau takde anak, rumah tetap kena bersihkan.

Pia said...Reply To This Comment

"adoi citer bab penat ni akak laaaagi lah penat dik oii..anak sendiri jer 5,masing2 tgh lasak pulak tu,jaga pula anak orang(seb baik sorang)...bgn pagi nak kemas,nak masak nak basuh kain,nak sidai kain,nak masak lunch pulak...tp time cuti ni rutin dh bertukar sbb akak siap bagi2 tugas keja rumah kat anak2..senang sikit...ada yg kemas hall,kemas porch,susun kasut,kakak basuh dan sdai kain...mmm baru leh rehat sikit..tp akak tk suka mesyaurat tingkap tu...akak lebih suka mesyuarat blog,hahaha...Pesanan utk LM,kalau penat camana pun jgn amik pot sgt,nanti stress...."

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

tugas seorang isteri dan ibu tak pernah berhenti sehingga mata terlelap diwaktu malam..
itu pun tido selalu tak lena bila ada anak kecil..
seribu penghargaan buat isteri2 dan ibu2 yg tabah menguruskan rumahtangga..

p/s: jrg2 sekali dpt lawat blog sis skrg. :)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

tiada istilah rehat utk ibu2 yg uruskan sendiri rumahnya. samalah kita ni LM. kalau nak rumah sentiasa kemas kenalah kemas atau sebaliknya.

tapi tulah...ramai org kata "ehhh...dok umah aje ke? mesti senangkan. tak payah susah payah fikir pasal kerja. semua pun boleh buat sukahati." tepuk dada sendiri sudah.

moga2 apa yg kita buat semuanya mendapat ganjaran baik disisi Allah dgn niat yg ikhlas juga....

eiela said...Reply To This Comment

ramai jgk yg kata mcm tuh, relax je ke duduk rumah. walhal dia bukan tau kita buat apa.

Aziela said...Reply To This Comment

Rasanya ramai wanita yang dah sedar hakikat bahawa kerjaya sebagai seorang pengurus rumah lebih memenatkan dari kerjaya di pejabat. Penat bukan setakat fizikal, tapi mental dan juga emosi. Sangat berat untuk menelan kepahitan agar dapat persembahkan kemanisan kepada keluarga tersayang...
Saya kagum dengan semua wanita suri rumah. Saya belum mampu lagi.... masih mengumpul kekuatan...

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

5 hari di ofis, 2 hari di rumah..ternyata duk rumah lagi penat :-) kagum dgn surirumah sepenuh masa yg ada anak ramai..tabah betul dorang..yg penting ikhlas kerana Allah..

tp LM kat trg..area rumah mak yaya la..kaum ibu mmg kuat menyembang..awal2 lagi dah tunggu van sayur+ikan..lepas beli sayur ikan pun boleh sambung lg^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...