Sunday, November 27, 2011

Isteri Dan Ibu.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ahad buat semua. Hari ni permulaan minggu. Rasa liat nak bangun tu biasa, tiap hari macam tu. Baby syafiq bukan tidur sangat asik nak susu je sepanjang malam. Memang tak lena tidur malam ku.


Bila baby tak lena tidur memang rasa liat nak bangun. Tapi LM bangun juga bila alarm terakhir bunyi 5.15 pagi tadi. Terus mengadap Allah sambil pemanaskan minyak. Hubby kata pisang yang dah terlalu masak tu buat saja cekodok pisang malam tadi dia pesan. Rasa memang malas nak buat sebab 5.30 dia dah naik bas nak pergi kerja. Entah sempat ke tidak. Tapi laju-laju buat dan akhirnya sempat juga dia  bawa bekal satu bekas. Alhamdulillah rezeki ....



Anak-anak nak bawa bekal pizza untuk ke sekolah, so kena panaskan dalam oven juga. Cepat-cepat panaskan dan terus kejut mereka bangun sebab 6.00 pagi driver dah sampai depan rumah nak angkut ke sekolah. Mereka cuma sarapan cereal saja biasanya. Sambil mereka mandi LM dah tuangkan cereal dalam mangkuk. 



Tiap pagi mesti kalut macam lipas kudung. Tabahkan lah hamba mu Ya Allah. Moga diberi kesihatan bagi menguruskan suami dan anak-anak. Belum cerita adik qila menangis-meraung terkejut bila kakaknya dah meninggal kan bilik. Disambung tangisan baby syafiq lagi. Ala....baru 4 dah kalut ek? 




Sebab tu bonda cakap, dia tak mampu nak beranak rapat-rapat. Tak terkejar katanya...hahaha..LM hanya tergelak bila bonda cakap begitu. Takpe, urusan ini pasti ada ganjarannya. Mengurus suami itu satu kewajiban bagi diriku. Ikhlas menyediakan yang terbaik buatnya. Alhamdulillah saya bangga berada di sisinya.




www.tips-fb.com

6 comments:

-NanI- said...Reply To This Comment

ada sesuatu menunggu sebagai ganjaran yang lebih hebat. insyaAllah ^-^

diana said...Reply To This Comment

mamapu kah saya kalau macam ni??hehe

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

penat tapi best kan.bila la masa mas lak ek?hahaha..

wachak said...Reply To This Comment

Tahniah LM. Bukan semua org mampu melakukannya. Lakukan dgn seiklasnya pasti besar ganjaran yg menanti. Taat pada suami, ikut perintah Nya maka pilihlah mana2 pintu utk ke syurga. Itu janji Nya.

Beruntung kan menjadi seorang isteri :D

ieda said...Reply To This Comment

memang LM beranak rapat nie selalu diingatkan oleh org tua2 zaman dulu .. mereka banyak pengalaman .. tapi zaman skrg kalau ibu yg x bekerja , urusan rumah sama sahaja mcm bekerja kan ..

kalau mcm akak yg bekerja memang x nak beranak rapat .. bimbang x cukup masa dan terabai .. pandai2 lah kita bila dah menjadi isteri dan ibu ini kan :)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

susa jaga sume

pengorbanan isteri dan ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...