Monday, November 28, 2011

Isteri Memikul Maruah Suami



Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua. Entri bagi yang telah bersuami dan yang akan bersuami. Sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat. Tak suka atau tak setuju boleh taip di blog sendiri ye..hehe.gurau je.



Setuju tak bila LM kata seorang isteri melangkah bersama nama dan maruah suaminya. Bila orang menghina dan mencemar namanya di khalayak ramai maka nama dan maruah suaminya juga akan tercemar.Setuju? 



Seorang sahabat pernah berbual panjang dengan LM tentang maruah. Katanya kalau tak suka dia takpa, tapi dia sedih apabila namanya diburukkan bermakna maruah suaminya juga di jaja dan di hina. Terfikir juga, benar kata beliau. Dah la suaminya warak dan baik sangat, kesian suami di pandang hina dan dicop tak pandai mendidik isteri di mata orang ramai kan? Dia sedang hamil....harap dia tenang dan bahagia kini bersama kehidupan baru tanpa duri-duri pedih lagi.



Penyelesaiannya, elakkan terlibat dengan masalah yang menjatuhkan maruah kita dan suami. Sempena bulan baru, tahun baru yang mulia ni, buka buku baru...buka kisah baru. Jaga maruah diri dan maruah suami serta keluarga tersayang.


www.tips-fb.com

7 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Setuju huhu

CIK TOM said...Reply To This Comment

kesian jgk kl kes camtu..smoga kwn akak tabah ye..nasihat dia xyah pk sgt..jaga baby dln perut tue elok2..smoga dia lahirkan baby yg comel n sihat..amin ;)

diana said...Reply To This Comment

setuju sangt..
bila dah berumahtangga ni setiap langkah kena jaga..

Wanzi said...Reply To This Comment

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

~ yus ~ said...Reply To This Comment

setuju, seorang isteri berkewajipan menjaga maruah suaminya...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kakD setuju 200%

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Saya tak kisah org nak kata saya apapun kak, tapi kalau usik nama suami saya mmg saya marah + sedih.

Kalau saya salah, salah saya seorang, bukan sebab suami tak pndi didik or whatever. (Sama jugak mcm org kata parents kita tak pandai ajar/didik kita blablabla)

Sebab tu kalau terasa nak buat something stupid out there selalu terbayangkan suami / anak.

Berat pegang status isteri org ni sebab apa yg kita buat, org kata suami yg tak pandai didik kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...