Wednesday, November 16, 2011

Kandungan Dari Minggu 1-5


Assalamualaikum....

Bagi adik adik dan rakan-rakan yang baru saja mengetahui diri kamu hamil akak LM kongsikan sedikit info ni buat kalian. Moga ia jadi panduan buat kalian...

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.



Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulaimembentuk struktur asasmanusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).



Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnyamembentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.



Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.


Moga info ini berguna bagi rakan-rakan yang baru saja mengetahui kehamilan kalian terutama buat cik qiqi yang sedang mabuk-mabuk tu.

Psst, kalau nak ping entri boleh join group LM juga.

www.tips-fb.com

15 comments:

mama liza said...Reply To This Comment

info yang bagus........ hehehe

diana said...Reply To This Comment

tertunggu2 saat itu..bilakan berlaku..
huhu

BamBiz said...Reply To This Comment

tq my beloved sis...eehehhe..

smlm qiqi p wt buku merah..Haish...qiqi nye HB rendah la sis....hua...cmno tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@mama lizabagi yg hamil anak sulung pasti nak tahu perkembangan.mcm saya dulu2..selalu nak tau baby dah besar mana..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianaamin..saya doakan buat awak.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@BamBizsama2 qiqi syg.jg pemakanan, HB kena tinggi tau.

Rain said...Reply To This Comment

bukan mama baby pun datng juga nak amik tahu sambil nyibuk hihi...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erk tetibe nk ade anak hahaha

MyZone~theUn4given said...Reply To This Comment

kejadian manusia yang menjadi bukti kekuasaan Allah

Peri PiA said...Reply To This Comment

Allahuakbar ;)

semoga pia dapat merasai nya ..Amin

JIJI YU said...Reply To This Comment

nak ada sarang anak tu dulu

hazanis said...Reply To This Comment

http://hazanis.blogspot.com/2011/11/contest-blog-saya-terbaikkk-by-aina-dan.html

jom join..=)

emieysandra said...Reply To This Comment

satu info yg bgus kak, subhanallah kekuasaan Allah menjadikan kita.. tetibe teringat pd ma =)

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Dulu rajin juga cari info...
thanks atas perkongsian ilmu..

LadyBird said...Reply To This Comment

x sabar2 nak hamil jugak... hehehe.. kalu lady hamil.. kene tanam hidup2 kot.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...