Sunday, November 13, 2011

Mampukah Kamu Menelan Makanan Jika....




Assalamuaalikum semua....


Rindu nak mencoret sesuatu di blog pink phanter ni. Nak cerita satu kisah dengan kalian semua. Kat Qatar ni memanglah kos hidup tinggi, dah hampir sama dengan kos hidup di Dubai rasanya..semua benda mahal. Kalau duduk makan kat luar tu satu kepala tak cukup 10 riyal.


Satu hari tu LM dan encik suami bawa anak-anak ni duduk mengeteh kat satu kedai tu sementara menunggu Maisarah habis kelas KAFA. Perut rasa sangat lapar masa tu, tapi LM tak makan nasi pun sebab nak makan saing dengan Maisarah, cuma encik suami je yang makan masa tu. Lauk pun dah habis sebab dah pukul 2 lebih masa tu.



Encik suami hanya ambil kuah kari ikan dan ayam goreng saja, dan kami cuma ambil 3 ketul ayam goreng berempah tu untuk diratah saja sementara menunggu encik suami makan. Tiba-tiba terpandang lelaki india yang di sebelah meja sedang menyuap nasi. Hanya nasi, kuah dal dan papadam bersulamkan air kosong. Dia makan dengan tekun sekali...sesuap demi sesuap. Sesekali dia memandang ke arah kami kerana anak-anak kami yang memang suka memeriahkan suasana dengan suara gelak ketawa mereka yang agak kuat tu.


Tiba-tiba berlinang air mata dan terus tak selera nak telan ayam goreng tu. Tak mampu LM nak terus meratah ayam tu sedangkan orang yang makan nasi tu hanya berlaukkan kuah dal dan papadam. Terasa sangat sedih dan pilu masa tu. Jika anda, masih mampu kah anda menyuap ke mulut dalam keadaan tersebut? 



Nota kaki: Kadang kala...sedih sebab tak dapat bersedekah kepada mereka yang kita rasa memerlukan. Tapi agak keterlaluan untuk kita memberi kepada mereka pada saat itu kan? Setiap hari pasti ada makanan di rumah kita yang terbuang sedangkan ramai di luar sana yang kelaparan. Fikir-fikirlah...


www.tips-fb.com

16 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sedih nya bila tengok orang besebelahan kita makan mcm tu....

yuyu aziz said...Reply To This Comment

if i were there, i would feel the same kak..ciannye...

muhasabah..

deno said...Reply To This Comment

memang sedih... bila terbaca entry akak nie, deno teringat lagi bila tengok rancangan BERSAMAMU TV3 ada org yang susah just makan nasi kosong bersama garam dan air untuk dujadikan kuah... air mata deno pun menitis bila tengok... masa tu kita akan sedar yang sebenarnya kita bertuah... kan akak....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@aDisH.sHidAye shida..terkenang2 sampai skrg

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@yuyu azizsian kan yuyu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@denoye deno, kita sgt bertuah..tak pernah mkn sampai mcm tu sekali kan?

ieda said...Reply To This Comment

sedih dik .. adakalanya akak mengelak utk melihat org2 yg susah mcm nie .. kita pun bukan x pernah alami saat susah macam mereka ..

adakalanya nak membantu tapi mcm ada yg menyekat sebenarnya .. :(

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

penah rase kak

org jual tisu

cacat

naik moto oku

terus x slere mkn

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

alorh akak..sedih taw mas..dah la baca time hujan ni..hujan jugak hati ni..

diana said...Reply To This Comment

tu la..
kadang2 saya pun rasa macam tu..
rasa macam bersalah sangt bila tengok ada yang susah dari kita tapi waktu tu kita pulak tak dapat nak bantu..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Alahai .. KC pun tetiba sayu. Tak sampai hati nak makan, kan. Nak offer seketul kat dia takut dia salah anggap pulak ..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kakchik@ellatu lah KC..nak offer nnt dia salah anggap .

JIJI YU said...Reply To This Comment

camne kalo tu mmg kegemaran die ek..hehe.

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

dalam keadaan cam tu serba salah jadinya. ck ina pun pernah berhadapan ngan situasi cam tu.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hmm, sedih bc n3 LM ni.... Tu sbb akak x suka nak tgk bersamamu.... Sedih sgt.... Tp nak tgk... Cemana tu...huhuhu

Peri PiA said...Reply To This Comment

Ye,pia sekarang agak peka dgn pekara2 mcm ni

mmg hati cpt tersentuh sekarang jika dlm situasi LM ni :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...