Monday, November 28, 2011

Membuka Aib



Assalamualaikum....sedang LM diduga dengan hebat di awal muharam ini tiba-tiba datang satu komen yang amat bermakna. Dari sahabat lama, wanzi yang selalu bagi kata semangat dan tips buat semua rakannya yang di landa musibah mahupun fitnah. Jom baca perkongsian wanzi di entri LM yang lepas. Moga dapat menyucikan hati kita dengan ilmu yang wanzi kongsikan.



Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)



LM bukan ustzah, begitu juga wanzi yang drop komen dia bukan ustaz. Tapi tak salah kita berkongsi sesuatu yang baik kan? Berkatalah yang baik jika tidak lebih baik berdiam. Wallaualam....


Terima kasih bagi semua yang meninggalkan komen yang membina. LM akan rajin-rajin kongsikan bersama pembaca agar ia dapat menjadikan kita hamba Allah yg lebih baik berbanding semalam. 

 


www.tips-fb.com

3 comments:

~ yus ~ said...Reply To This Comment

peringatan yg baik utk semua. Terima kasih

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

alhamdulillah..bagus kan ada kawan2 blogger yang sudi berkongsi...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

salam kenalan. dr segmen BA. saya setuju dgn entry ni..elok org yg suka cakap yg tak elok ttg org lain tu baca entry ni, biar insaf sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...