Monday, November 28, 2011

Perbezaan



Assalamualaikum.... dan salam sejahtera.


Perbezaan antara dua insan pasti wujud. Nama pun manusia, pasti berbeza sikap dan perangai. Jangan mengharap semua orang berfikir sama seperti kita dan jangan ingat semua orang suka apa yang kita suka. Semua orang ada citarasa tersendiri. Namun hormati pendapat orang lain adalah sesuatu yang mulia.



Mengapa bertemu jodoh jika tak ada persamaan? Kalau kisah LM, mudah saja...kerana hubby memahami. Kami tak sama tapi kami serasi. Dia suka biru, LM suka pink. LM minat putih, dan tarik dia supaya suka putih...akhirnya kami nampak serasi bila memakai baju putih. Cumil tak? hehehe..





Setiap insan memang tak sama, pemimpin, sahabat rasullullah juga tak sama perangai. Ada yang berlembut dan ada yang kasar sikapnya. Namun persamaan kita adalah kita sesama islam. Umat nabi kita, Muhammad Rasul Allah. Adik beradik dari satu rahim pun berbalah ini kan pula suami isteri, sahabat handai dan rakan taulan. 





Jangan jadikan perbezaan itu satu penyebab bagi mencipta jurang. Hormati suami dan jangan lupa sentiasa berada di sampingnya saat dia susah atau senang. Sakit bagaimana pun suami perlu diutamakan. Merajuk macam mana pun jangan lupa masak untuk suami. Tanggung jawab perlu dijalankan. 




Ini bukan pesan ustazah, tapi peringatan dan pesanan seorang kakak bagi dirinya sendiri dan bagi adik-adik yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan. Qiqi, rara, yatie...yana dan ramai sangat LM tak tersebut. Semuanya baru dalam kehidupan berkeluarga. Suami yang teratas selepas Allah dan Rasul. Ingat tu....




www.tips-fb.com

2 comments:

ieda said...Reply To This Comment

setuju LM .. bila dah berkeluarga , keluarga lah segalanya dan selagi boleh kena jadi terbaik utk mereka kan :)

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

makasih kakak ingat mengingati sesama kita
hehe... adik LM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...