Tuesday, November 29, 2011

Sampah




Assalamualaikum.....


Ini kisah sampah. Takda faedah pun sebenarnya. Saja nak mencoret kisah sampah. Bukan sampah masyarakat tapi sampah sarap hasil buangan kegunaan seharian kita.


Sejak kahwin LM jarang sekali buang sampah ke dalam tong sampah. Nak-nak tong sampah di depan rumah, memang malas nak pakai molek menutup aurat nak buang sampah. Biasanya hubby yang tolong buang. 



Masa duduk ganu dulu 2 tahun juga. Tong sampah besar ada jauh dari rumah. Lori sampah tak angkut sampah depan rumah kami. Ye lah, masa tu menyewa rumah di kawasan kampung. Tanah lot je kan....so kenalah LM buang sampah hari-hari masa nak ambil anak balik sekolah. Dapat lah pahala buang sampah selama 2 tahun..hehe


Sekarang ni malas nak buang sampah. Kalau hubby tak tolong buang sebelum tidur, LM suruh azhad atau maisarah yang tolong buang. Perlu buang sampah selalu sebab ada baby, pampers banyak sangat. Ingat kenangan buruk pasal sampah bila LM lupa nak buang najis sotong masa di ganu dulu. Aduhh bila hinggap lalat terus saja esoknya najis tu bertukar menjadi ulat cumil yang sangat gemuk. Geli tekak tengok ulat tu berjoget lambak dalam plastik tu.



Iza geli tengok ulat, LM mual tengok ulat...meremang bulu roma. Lama tak lawat blog iza..aduhh rasa bersalah pula tak lawat ibu beranak kecil tu. Busy dia pun sempat lagi lawat ke sini....



Kesimpulannya, jangan pandai makan saja tapi sampah tak tau nak buang. Duduk hostel pun macam tu, dah makan jangan harap kawan korang buang sampah hari-hari. Tak malu ke kalau camtu? Fikir sendiri okey!


www.tips-fb.com

2 comments:

diana said...Reply To This Comment

sama la kita..
tugas buang sampah tu dah jadi tanggungjawab suami sebab
nak buang sampah kena buka pintu belakang..
saya takut buka pintu belakang.takut orang jahat..
kat belakang sunyi..senang penjahat nak sembunyi.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianatakpe diana...bantu membantu tu penting.kalau bahaya baik jgn buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...