Tuesday, November 29, 2011

Selera Berbeza



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selera...setiap orang selera berbeza-beza. Ada yang tak kisah sangat apa yang dihidang, semua dia sapu. Tapi kalau dapat yang lidah macam saya ni memang payah sikit la, masin takmo, tak pedas tak layan dan tak sedap terus tak boleh telan.
Kalau nak cerewet masak sendiri, sebab tu saya kena masak sendiri walau penat. Orang tak cerewet makan macam encik suami saya boleh saja telan apa yang dihidang selagi ada rasa. Apa yang kelakarnya hari tu masa beli barang dapur dia kesian agaknya dah lewat, dia boleh saja beli lauk di sana. Lauk ayam macam sambal masak merah, nasi beriani dan sayur. Lauk masakan india...huhu.



"Murah je ni, baru 9 riyal, boleh makan sampai petang"katanya. Saya cuma senyum dan berharap lidah boleh terima masakan k*l**g tu. Adehh memang tekak saya tak boleh bermesra dengan masakan macam tu. Lauk tu sah-sah tak habis walau sampai esoknya.




Bila dah kena sekali terus encik suami tak berani nak tapau lauk pelik-pelik. Ini bukan malaysia yang singgah mana-mana boleh beli lauk sesuka hati, pesan saya. Lidah saya kurang sesuai makan benda yang tak berapa syok di tekak. Tapi encik suami kata ala...sedap tu hanya di tekak dah masuk perut hilang la. Ecece, mudahnya orang lelaki. Tak memilih makan. Tapi selera masing-masing berbeza. Ada yang tak kisah sangat, ada yang terlalu kisah. 
Tapi bila encik suami makan dan kata benda tu tak sedap, pasti saya pun tak mampu telan benda tu dan saya yakin benda tu amat tak sedap, hehehe



www.tips-fb.com

14 comments:

Muzel Zay said...Reply To This Comment

ekeke..mcm2 la akak ni..waa..kerap dah update entry sis.. best2!hihih

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

xselere

hahaha

xpe la kak..ikut mne y selre k

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

kurang suka lauk tapau..nak makan sedap.. masak sendiri.. hehehe..lg best and tahu kebersihan masak sndiri.. and bahan2 yg kita masak semuanya baik utk kesihatan

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Adik, rasanya selera kita sama.

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

betul tu sis.lelaki ni masakan apa pon dorg makan.kedai tepi jalan pon dorg kata sedap.xpaham lah.

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

samalah
kalau kat malaysia okey jer..
nie kalau tempat yang lain2..
risau gak kan..

rinduuuuuuuuuuu

diana said...Reply To This Comment

hahahah...
saya sama macam Lm..
cukup cerewet bab makan ni..
suami pun macam saya jugak..
kalau makanan tak sedap
boleh satu suap je..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dalam tak kisah apa masa tekak kita tetap kisah bila melihat style tak kena cara. Habis siapa yg habiskan makanan itu LM?...

ieda said...Reply To This Comment

betul dik kalau x kena ngan tekak .. sedap mcm mana bila tgk x akan lalu huhuh

simply nana said...Reply To This Comment

Kte rasa, kita ni sama ngan incik zairi kot..ha3.men telan je apa yg ad didepan mata.tp macamanapun,satu hari misti nak nasi,kalu x, kebelailah jdnya...

Fara said...Reply To This Comment

La, selera cerewet ke? Huhuhuhu!

lieynanilaz said...Reply To This Comment

saya jenis apa makanan depan mata...semua bedal..:)

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

huhuhu macam mas,memang agak cerewet kut.tak makan yang tak pernah makan.susah nak cuba baru lagi2 rupa pelik.hahah.tapi bagi nasi greng/telur/sardin/ikan perkasam/ayam sktul/tlur msin/keli..cukup salah satu je pun mas dah ok.hahah..so tak tahu la cerewet or x.hahah

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Selera orang memang berbeza. Iza makan apa aja asalkan kenyang tp hubby lain, mesti masak ikut selera dia dgn pedasnya, garam gula secukup rasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...