Monday, November 21, 2011

Semua Insan Layak Bahagia



Assalamualaikum......salam sejahtera buat yang bukan islam.


Semua orang layak bahagia. Betul kan? Sama ada kita pernah kecewa, pernah buat dosa tapi selagi Allah masih sayang kita dan memberi kita peluang bernafas maka kita memang layak untuk rasa bahagia.


Ada yang moody berminggu-minggu sebab baru putus dengan kekasih hati. Tapi dia lupa angkat mukanya untuk melihat masih ada ramai yang sayang dia. Dia lupa ada ramai yang ambil tahu tentang dia. Perlu ke tangisi perpisahan sedangkan pihak di sana tak ambil kisah tentang anda?



Ada juga yang 'terduduk' kerana insan tersayang bernikah dengan gadis impian mereka. Takpa lah, relakan dia pergi. Dia bukan jodoh kamu. Doakan dia bahagia selamanya dan carilah kebahagiaan buat diri kamu juga.


Selagi kita percaya qada' dan qadar, kita pasti merelakan apa jua kesedihan yang berlaku dalam diri kita. Semuanya satu ujian kecil sebagai hamba Allah yang hanya singgah sebentar saja di muka bumi ini sebelum Allah menjemput kita mengadapNya. 



Berbahagialah, dekatkan diri dengan pencipta mampu memberi 1001 kebahagiaan buat dirimu.  Kesengsaraan kini mungkin bayaran buat kebahagiaan di hari mendatang.



www.tips-fb.com

11 comments:

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

terasa tenang n berguna sungguh entry ini untuk mas.thanks kak LM.

Hanis Azla said...Reply To This Comment

entry yg bagus untuk muhasabah diri.. thanks LM.. bersedih itu biarlah berpada kan.. suka dengan quote ini.. dont cry because its gone, but smile because its happen.. yup benda dah berlaku, bersedih pun takkan dapat memperbaiki keadaan..

najihah sahami said...Reply To This Comment

yep...bersedih2 dahulu untuk bersenyum2 kemudian. thanx kak. sayangggg ketat2,

:)

Lelord said...Reply To This Comment

hehhehe tetiba teringat lagu allahyarham p ramlee

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

NinaAz said...Reply To This Comment

tq kak.entry y sgt bmkna..yea..sy perlu kuat!

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

percaya qada' dan qadar, kita pasti merelakan apa jua kesedihan..

betul betul..baru ada kekuatan dlm diri..

Ikram Mawaddah said...Reply To This Comment

everyone deserve to happy . ingatkan sy je rasa down sejak akhir2 ni . tapi bila bca entry ni . sy tau naisb sy x la seteruk mana . kan . thanks

Mama Zharfan said...Reply To This Comment

that's life all about..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

thanx kak

laskar pelangi said...Reply To This Comment

memang semua nak bahagia kan..tp sebelum capai bahagia tu..kena lalui berbagai bagai dugaan..huk3~

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

nice entry.....

susah dan sedih sebelum bahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...