Sunday, November 20, 2011

Senyum



Assalamualaikum....

Salam ceria Ahad buat semua. Bagaimana hari ni, sihat ke? Harap semuanya sihat senantiasa dan ceria-ceria bersama orang tersayang. Bagi yang terluka dan rasa tersiat hati tu senyumlah, kerana hanya senyum yang mampu menceriakan kalian.


Senyum mampu memberi 1001 kebahagiaan bagi si penerimanya. Maka senyumlah dengan ikhlas buat mereka di sekeliling kita. Walau sebesar mana rasa duka dan pedih di hati senyum itu perlu diukir agar hati tidak semakin kusut.



Senyum itu sedekah, susah ke untuk senyum walau untuk mereka yang tidak kita kenali. Senyum itu penyambung ukhwah. Betul kan?Senyum lah hadapi musuh dalam hidup. Walau mereka membenci kita senyum pada mereka tak merugikan kita malah ia mungkin boleh mengikis kebencian mereka terhadap kita.



Senyum pengikat kasih sayang. Senyum walau suka atau duka. Walau senyuman dalam keperitan dan kelukaan yang dalam mungkin tiada sinar dari cahaya di mata namun senyum itu tetap indah selagi ia ikhlas.


Senyum dalam kepayahan menahan air mata akibat dari tusukan yang dalam di hati adalah senyuman yang paling bermakna. Senyum lah seikhlasnya. Senyumlah ....bak kata mish sebut TIGA....bukan cheese, tapi senyum dalam sebutan TIGA.... Senyum lebar lah maksudnya tu..hehe.



Biar senyum lebar di bibir, jangan sampai kelukaan hatimu dalat terpancar di wajahmu. Pendamlah duka,simpan lah luka...moga ia akan terubat suatu masa nanti.


www.tips-fb.com

12 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

senyumla walau seperit mne skalipun kerna senyum pngubat lara

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

yaaa bz macam mana pun, senyum. stresss macam mana pun senyum, senyum dan terus senyum. dan satu senyuman untuk kak lm :)

JIJI YU said...Reply To This Comment

orang sedih tapi mampu tersenyum..mmg cukup2 ohsemmm

efa said...Reply To This Comment

senyumlah selalu,senyum itu 1 sedekah,senyumlah biar ikhlas dari hati yg suci :)

cikgu ainura said...Reply To This Comment

senyum itu sedekah :)

-Incek Fik- said...Reply To This Comment

Tahukah anda?

Ketika anda bermasam muka, sebanyak 64 otot digunakan untuk membuat mimik muka tersebut.

Namun begitu... dengan melemparkan senyuman yang ikhlas, anda hanya menggunakan 18 otot sahaja.

Justeru, senyumlah anda setiap hari dari bermasam muka dengan orang yang yang kita bersua..

Senyum sokmo!


Cewahh, dah macam iklan kempen mari bersenyum pulak hehee~

^^

Nazifa said...Reply To This Comment

tiga~ ^____________^

Amyna said...Reply To This Comment

LM.... lama tak jenjalan ke mari. Apapun senyum LM... hik3x.

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

senyum dpt mengubat hati yg terluka
senyum dpt memberikan kebahagiaan kpd org yg menerima senyuman itu..
senyum sokmo

deno said...Reply To This Comment

setuju sangat! kita mesti selalu senyum! senyum sokmo org ganu kata... hihi :)

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

senyum senyum senyum...senyum dengan ikhlas...senyum itu sedekah..jgn senyum plastik kan...kalau senyum plastik nanti x dapat pahala...

TIGA...smile

iza said...Reply To This Comment

Assalam...

Susah juga nak tersenyum kalau tengah marah melainkan ada orang buat lawak, cair juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...