Tuesday, November 8, 2011

Siapa Kita Di Sisi Allah?



Assalamualaikum....

Seorang pakar motivasi mengeluarkan wang RM100 dan bertanya siapa yang mahukan wang tersebut, ternyata ramai yang berminat memilikinya. Kemudian dia merenyukkan wang tersebut dan bertanya lagi, masih lagi ramai yang menginginkan wang tersebut. Setelah itu dia memijak denga kasutnya hingga wang tersebut lusuh dan kotor. Kemudian dia bertanya ,masih adakah  yang mahukan wang tersebut. Ternyata masih ramai yang mahukan wang tersebut.



Pengajarannya adalah walau wang tersebut renyuk, kotor dan lusuh tetapi nilainya masih RM100, tidak berkurang pun. Dalam kehidupan kita berapa kali kita terjatuh, tersungkur dan terkoyak hati akibat tersilap percaturan dalam hidup. Apabila tersilap langkah dan melakukan kesilapan kita akan rasa diri amat hina dan tak berharga.

Padahal sebenarnya kita tetap masih bernilai dan sama nilainya bagi mereka yang menyintai dan menyayangi kita. Apabila berbuat dosa segeralah meminta ampun pada yang Esa kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita mahu dan ikhlas bertaubat. Sayangilah diri kita kerana semua insan sama saja di sisi Allah yang membezakannya adalah KETAQWAAN kepadaNya saja.




www.tips-fb.com

23 comments:

Sam Banjamin said...Reply To This Comment

sungguh meruntun perasaan... siapa kita di sisi allah? satu persoalan yang baik seawal pagi ini... syukur...

Cik Diana said...Reply To This Comment

termuhasabah diri sebentar selepas bace entry nie.. ;)

bujal X said...Reply To This Comment

kesian not rm100 tu~haih~

Acik Erna said...Reply To This Comment

assalam lydia..terima kasih.peringatan untuk diri kita.

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

nice entry kak...

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

seday lak baca entry akk kali.kita mmg berharga kan kak.setiap insan melakukan kesilapan n berpeluang memperbaiki kesilapan tu kan sis.

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

subhanallah...sangat bermakna entri ni akak...terima kasih!

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sentiasa mohon moga ketaqwaan tidak tergugat walau diuji. Takut juga kerana iman tak kuat ni dik....

bersama kak Es said...Reply To This Comment

saling sayang menyayangi akan menenangkan hati ...

sayang LM juga

najihah sahami said...Reply To This Comment

likeeee!!!!

ain dzaya said...Reply To This Comment

thankz.. sbb saling mengingati...


=)

ieda said...Reply To This Comment

ya dikk
pengajaran yg amat mendalam ..
lumrah kehidupan ..
semoga kita tabah hadapi semua kenyataan dlm kehidupan ini ..
aminnnnnnnnnn

selamat hari raya korban LM :)

S.U.F.E.E.N.A.N said...Reply To This Comment

Betulla kan dik miza..kita ni bila tgh down tu selalu jerk fikir yg mengarut2 rasa diri tak bernilai la tak berguna la..padahal di sisiNya kita tetap yg sama..hanya taqwa sj yg membezakan antara seorang insan dgn insan yang lain..

ejulz said...Reply To This Comment

terbaek.. pnyampaian motivasi yg menarik... simple tp amat mendalam maksudnya..

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

Pintu sentiasa terbuka sekiranya kita kembali ke jalan yg benar setelah membuat kesilapan.. Jgn biarkan pintu itu tertutup baru kita mahu bertaubat

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Indeed.....

Mana LM menghilang, akak rindu.... Sihatkah? Hrp semuanya baik2 aje.... :)

eRza farEeha said...Reply To This Comment

dlm pnh bc dlm fb..
sume hmba Allh sme..kaya atau pon miskin..kn akk..:)

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

setuju!
jgn berterusan rasa down..Allah masih sayangkan kita..kita diuji sebab Allah maha mengetahui yg kita mampu menghadapinya....

Mr Lonely said...Reply To This Comment

nice blog~ walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Sihat, Cantik, Bergaya said...Reply To This Comment

ingat mengingatkan sesama insan itu yang penting supaya kita tidak lupa pada kekuasaanNYA..

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

Betul LM terpulang pada kita yang berhak meletakkan nilai diri kita dr pandangan orang lain

Kak Aya said...Reply To This Comment

Salam LM, lama kak aya tak dtg sini sejak pc kong kali kong.

Satu entry yang begitu berguna seperti tiba-tiba terhantuk kat tiang je..bagus2, tak adalah jalan menonong je kan? sesekali ada orang sedarkan begini, bagus jugak.

Rain said...Reply To This Comment

betul-betul mengetuk hati dan akal untuk berfikir dan muhasabah diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...