Monday, November 28, 2011

Tak Rajin Buat?



Assalamualaikum....


Duduk masak di dapur LM senyum sorang-sorang sambil melapis kuih. Terkenang sahabat lama. Sahabat baik masa duduk di terengganu dulu. Sebenarnya LM ni tak pandai sangat bahasa orang ganu ni. Kalau mereka cakap laju terus tak faham sebutir apa pun. 
Apa yang kelakarnya selalu  pula melepak rumah jiran ni. Namanya kak muhaini. Bila tiap petang hantar kuih rumahnya, dia akan kata, akak tak rajin wat kuih ni. LM jawab semula...saya pun bukan rajin kak, cuma ngidam nak makan..takda jual pula tu. Terpaksa lah buat.



Tiba-tiba muka dia blur. Uik...naper? LM tanya....ada salah cakap ke? 
Terus tanya dia...apa yang dia cuba sampaikan. Rupanya " Rajin " tu bermakna tak pernah buat..aduh. Macam ayam dengan itik kalau kami bercakap.



Dia bukan orang senang, tapi hatinya senang. Dia senyum hari-hari. Dia rajin sedekah makanan rumah LM. Moga dia bahagia dan terus bahagia, moga Allah melapangkan pintu rezeki buatnya sekeluarga. Amin .


Psst: kantoi tak pandai cakap ganu ek?

www.tips-fb.com

4 comments:

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

nasib baik la kawan2 mas yang terangganu,leh cakap kl.kalau mereka dah terkeluar bahasa,mula mas dok terkebil2.hihih

diana said...Reply To This Comment

o..ye ke???
saya pun ingt tak rajin tu maknanya
malas nak buat..heheheh

Acik Erna said...Reply To This Comment

Assalam LM..macam acik dulu..cakap kelantan..'tubik'
acik tak faham lansung..kena pulak cari kawan2 yang asal kelantan untuk bagi tau acik maknanya..he he

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

miza melapis ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...