Wednesday, November 16, 2011

Tinjau Belukar



Assalamualaikum....

Tinjau belukar. Itu bidalan orang tua-tua. Tau belukar tak? Belukar tu semak samun la. Biasanya orang tua-tua di kampung LM buat bidalan ni terhadap wanita. 



Pernah tak jumpa wanita yang dari jauh memang nampak cantik tapi bila dah dekat rupanya tak la lawa mana pun. Biasa-biasa je rupa dia. Tapi bila jauh memang buat semua tertawan.
Dulu ada sorang anak dara berhampiran rumah LM ada yang macam tu. Tak tau lah kenapa, tengok dia jauh memang cun habis. Bila dekat macam biasa je muka dia. Pernah seorang pengacara terkenal berasal dari tempat lahir LM pesan, kalau tak mau jadi tinjau belukar jangan tengok cermin muka selepas jam 12 malam, itu petua orang tua katanya. Wajah akan sentiasa nampak segar dan tak puas mata orang yang memandang katanya...wallahualam.




LM tak percaya langsung pantang larang karut tu, tapi memang LM tak suka la pulak belek muka tengah malam kat cermin tu...hihi. Tiba-tiba terkenang pengacara terkenal tu, dari dulu wajahnya yang cantik tak puas dipandang memang buat LM suka menatap wajahnya. Tak hairanlah dia dapat kahwin dengan menteri. Memang lembut dan cantik.



Apa pun kecantikan itu hanya pinjaman sementara, jagalah sebaik mungkin agar ia tak mendatangkan dosa kepada kita dan insan yang melihat kita.

www.tips-fb.com

12 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

mnkutkan je kak

rasenye cntik tu subjektif

ArulchelseA said...Reply To This Comment

prtama kali dengr bidalan ni.. ermm tinjau belukar..jauh nmpka cntik..dekat parah..semak samun..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

owh ada bidalan gitu ek, akak xtau pon, nertambah ilmu akak...hhehehehe

Nazifa said...Reply To This Comment

bulan selalu tgk cermin tiap2 mlm after 12.apakah?eheee

JIJI YU said...Reply To This Comment

takpernah lagi amalkan ni

Muzel Zay said...Reply To This Comment

ni mest normala samsudin kan..ehehe..org kmpung kite..kak..sy photoshoot gmbar kahwin kt umah die la..huhuhu

bujal X said...Reply To This Comment

ui~normala samsudin kah?

diana said...Reply To This Comment

saya selalu nampak perempuan macam t..dari jauh tengok lawa je..dengan body yang cun..
sekali dah dekat baru nampak ..
tak la lawa sangat pun..
biasa2 je..muka pun banyak jerawat batu..eekekekek

Cik Bambam said...Reply To This Comment

ohhh mcm tuh eh kak.. sy cermin mmg melekat kat almari.. kekadang mmg kena pandang cermin dulu be4 buka almari.. kena amalkan lar nie ek..hehehe

buka cermin mlm2 pon takut..kang ternampak mende lain kat blakang! kekekeke

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

cehh patutla..mas dah terlepas beberapa kali tengok cermin lepas kul 12am coz nak cuci muka lepas baru balik..hihihi..

kak,pe mengena tinjau belukar ngan wanita?tak faham sangat nape ngan belukar?hihi

Wanzi said...Reply To This Comment

semua itu anugerah ilahi....

LadyBird said...Reply To This Comment

petua gitu ke? ade org nmpk jauh x cantik.. bila dekat tak puas dipandang.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...