Thursday, November 17, 2011

Wanita- Handbag Mahal Boleh Beli....



Assalamualaikum....


Semalam berbual panjang dengan sahabat lama, bukan sekadar sahabat dia ada juga bau-bau bacang kata orang tua dengan LM. Kira sedara jugalah dia ni. Tak sangka jumpa semula ketika berblogging ni. Alhamdulillah.



Kebetulan dia sarankan agar LM ajak kawan yang gempal membeli barangan beliau, nak suruh LM beli tak boleh sebab mahal..ops silap sebab LM dah beli pun. Tapi LM cakap semula, ramai yang tak percaya dan kata barang tu menipu.
Dia tergelak je, sedangkan dia tau barang tu berkesan dan LM sendiri memang akui ia sangat berkesan. Dia cakap apa tau? Itulah orang kita, belum cuba dah cakap menipu, beli barang untuk kesihatan kedekut, tapi beli handbag ribu riban boleh pulak? Lebih kurang macam tu lah ayat dia.  Adehhh mujur LM dah beli barang tersebut, kalau tak terpukul juga.



Itulah wanita, beli barang nak melaram memang sanggup keluar duit ribu riban pun takpe. Malah pernah LM jumpa ada yang sanggup berhutang bayar tiap bulan bila nak beli handbag impian. Ishh tak la kemaruk macam tu LM ni. Alhamdulillah setakat ni beli handbag pun ikut kemampuan. Kalau dah minat encik suami tak leh nak halang dah, memang akan LM beli gak, tapi pakai duit sendiri la~~~ walau kena bebel sebab dituduh membazir. 



Wanita dan handbag memang tak boleh dipisahkan. Bagi lelaki di luar sana, kalau belum kawen tu bersedialah. Di blog encik Ben Ashaari  banyak iklan handbag. Pergilah usha...mana tau korang berkenan, boleh hadiahkan pada isteri atau teman wanita korang. Memang isteri korang akan terpesona dengan handbag. Salah satu pelengkap dalam penampilan bila keluar berjalan.hehehe...nak jimat korang belikan dia handbag RM 45 ringgit je, boleh dia beli tiap bulan handbag....kalau RM4500 nanti dia hanya dapat handbag 2 tahun sekali...haha..lariiiiiiiiiiiiiiiii..mati LM kena cepuk dengan blogger wanita jap lagi.
 
Pengajarannya, kalau nak beli seusatu tu ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai membebankan diri atau suami. Membeli ikut keutamaan, jika ada barang lain yang lebih perlu, tahun depan jelah korang sambar handbag kesukaan korang ye~~
www.tips-fb.com

14 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

mish pun kadang2 menangkan nafsu membli kak. bila h pokai baru la terngadah. hahha

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

tah

handbag ifa 35 je

tak ske mahal2

sbb ske tkar2

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm...buat ramai orang tersenyum ;)

khairul akmal bin azman said...Reply To This Comment

4500 ?? x sanggup den nak belikan..


#sob2.

Peri PiA said...Reply To This Comment

hand beg pia pasar mlm je :D

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

betul tu lydia banyak yg suka jaga luaran dari dalaman.kui kui.

Fara said...Reply To This Comment

Sy bukan perempuan yg suke handbag. Klu g keje, sy pki non woven bag yg dpt kat expo2 tu je. Hiks~

simply nana said...Reply To This Comment

suka gak dengan h/bag nie. kalau ada yg berkenan, kena list kan dulu.bli yg utama dulu pas tu br sambar h/bag jika berkemampuan...he3

Muzel Zay said...Reply To This Comment

sy la tu orgnye!hahah..akak notty yeh. tp ade btulkn kak statement tu?hihi.. so ladies feel free to visit my blog http://mysecret-muzel.blogspot.com/ so that you know how to appreciate those 'assets' that you have *wink*

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

4500? 450 pun tak beli lagi..hihi
beli yg murah2 je..tunggu rosak br ganti bru...

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Iza tak pula suka hand beg. Kalau ada, guna. Kalau tak ada pun tak kisah. Kalau boleh, tak nak bawa apa2. Senang nak bergerak tapi barang penting nak kena bawa jugak...Hubby pernah beli dulu, mahal juga tapi tak pernah nak bawa/ tak berkenan sama, akhirnya tersimpan saja..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

mas beli..then dah tak pakai.now hanya pakai 3 beg je.1 beg tangan jalan2..1 lagi beg untuk kerja or study. 1 lagi beg balik kampung.beg lain2,simpan buat perkasam je dulu.hihihi

Tapak Kaki said...Reply To This Comment

kalau cerita pasal handbag ni memang kelakor.. yang pernah saya tengok sorang perempuan tu bukan main lama dok cari kunci kereta dalam handbag dia.. besar dan dalam sangat beg dia.. tu yang cari tak jumpa-jumpa.hahaha

RedBerry said...Reply To This Comment

Ermm... i do love handbags. Tapi kdg2 kena tgk budget diri sendiri. Apa yg RedBerry buat, kalau tak mampu beli that month, kumpul la duit *grin*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...