Monday, December 12, 2011

Apabila Winter....


adik qila berjogging

Assalamualaikum ....

Apabila winter dan kebetulan cuti sekolah anak-anak pasti asik bertanya kita nak pergi mana hari ni? Soalan sama tiap hari buat otak ummi ligat berfikir apa aktiviti nak bagi budak ni agar gembira.
Bila sejuk-sejuk ni memang la seronok membakar-bakar....tapi malas nak sediakan bahan pula. Takkan nak membakar tiap hari kan. Perkara paling mudah bawa ke taman-taman. Tengok mereka berlari dan berkejaran buat hati ummi kembang setaman.



Saat bersama sekeluarga memang indah.  Amat rugi bagi yang tak merasai detik sebegini. Masa pulang ke tanah air tinggalkan suami kat qatar dulu, hujung minggu memang rasa takda mood tau. Sedih kenangkan hubby tergolek sorang-sorang kat umah tak ke mana-mana. Pasti dia boring, tapi sekarang tak cukup masa dah nak meronda sama-sama. Keletihan pun ada...projek bawa anak meronda memang tak pernah habis. Letih tapi seronok. Harap kebahagiaan indah ini dapat menjadi kenangan indah anak-anak.

Setiap hari anak membesar, tiap detik amat berharga. Alhamdulillah Allah makbulkan keinginan saya melihat mereka membesar depan mata. Satu anugerah dan ganjaran yang cukup bermakna buat diri saya. Moga ia menjadi satu kenangan paling indah buat anak-anak juga. 



Petang ni lepas maghrib kalau ke taman pun best kot? jom sama-sama!


 
www.tips-fb.com

8 comments:

diana said...Reply To This Comment

kat sana maghrib petang ye???
cemana la suasana nya..
teringin nye nak pi rumah lm kat sana..;)

MataHati @ MH said...Reply To This Comment

kat sana ada turun salji tak?

best kalau dpt main ski atas ais beku

Izan Ishak said...Reply To This Comment

malam2 kalau jalan2 kat taman mmg syok. tapi sejak cuti skolah ni...hasrat nak pegi taman ayik tertangguh. nak2 pulak abg muhaimin tgh berpantang tu...

Nazifa said...Reply To This Comment

bestnye winter...teringin nk rasa musim sejuk gak :)

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

teringin nk ke qatar gak.akk mmg duk sana terus ke?

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

ala.. LM ajak saya ke??

jauhla LM.. hehehe

saniah said...Reply To This Comment

salam miza...best kan tengok snow..tapi miza yang dah berapa kali tgk sure bosan..:)
masa anak2 masih kecik ni lah nk spent time dgn diaorg..dah teenager sok diaorg dh sibuk belajar kan..:) take care k

simply nana said...Reply To This Comment

kalau dekat, sure nk join skali. leh wat bbq sama2...bestnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...