Sunday, December 25, 2011

Aqilah Solat?



Assalamualaikum....


Hari tu saya solat sendirian, anak yang 2 tu dah solat dengan ayah mereka sedangkan saya menguruskan baby syafiq yang tak mau letak langsung  dengan ummi. Bila Habis solat saya toleh belakang ada budak kecik ni...




Aqilah sedang solat-khusyuknyer?


Dia dah duduk tahiyat akhir masa tu...saya tunggu dia beri salam dan saya tanya...

Ummi:dah abis solat?
Qila:dah, lambat mayang susah nak pakai tudung(telekung)...
Ummi:Siapa pakaikan?
Qila: Pakai sendiri..



Saya hanya tersenyum, dalam hati berkata, kenapa dia tak berhenti solat bila saya dah siap solat? mungkin dia solat berimamkan saya kot? sebab dia lewat solat dia masbuk lah kot?so dia habiskan baca tahiyat. Camtu ke?
Dia baru 3 tahun 3 bulan, saya tak fikir dia tau apa itu masbuk dalam solat, tapi saya yakin apa yang dia lakukan adalah melalui apa yang kami sering lakukan. Mungkin dia faham agaknya. Apa yang dia baca dalam solat ye?hehehe...perbuatan solatnya saja dah menggembirakan hati ummi. Baca apa pun tak kisah lah, tapi nampak sungguh khusyuk solatnya.



Nota kaki: Entri ini bukan mahu menunjuk anak saya itu atau ini, tapi ini adalah blog peribadi yang saya mahu mengumpul 1001 kenangan saya bersama anak-anak di sini. Jika tak suka membaca kenangan yang saya bersama anak-anak anda boleh pergi tak kembali dari blog ini.Sekian!
 
www.tips-fb.com

15 comments:

ieda said...Reply To This Comment

sejukk perut kita kan LM :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dik... kena bawa alya solt setiap kali bersolat. Kakak ajar anak kakak sedari usia 3 thun walau dia bermain tangan ke toleh sana sini tak apa, cuma jelaskan bila dah selesai solat. Insya-Allah sebab kalu dia ikut bermakmum usia 5 tahun mesti dah pandai solat...

Yatie said...Reply To This Comment

Syukur Alhamdulillah....walau kita tak tau dia baca apa masa sembahyang ni, keletahnya membuatkan sejuk hati kita sebagai ibu yg melahirkan...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

hehehe..LM.. dari kecik la kita nak ajar dorang solatkan??

dalam blog sendiri.. sukala kita nak tulis apa kan..huhu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

sejukkkk perut ibu... hehehe. mg membesar jadi anak yg solehah ye qila.... :)

mizz_aainaa said...Reply To This Comment

alhamdulillah.. msti seronok kan tgok dy dh pndai solat..

azwa amani said...Reply To This Comment

anak2 belajar dari meniru.. kalau itu yg sentias dia lihat, itulah yg akan dibuat... sebab tu lah kita sbgai ibu bapa/abg/kakak kena tunjuk bend ayg baik2 je dengan dorang :)

belogkiter said...Reply To This Comment

alhamdulillah dikurniakan anak yang bijak dan comel.

Papa Mifz said...Reply To This Comment

Mifz yg kecik nih pun bilo org bentang sejadah dio yg duduk dulu..mungkin sbb biaso tgk kami solat,harap dah besar nanti ikut jejak anak LM

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Budak2 kan macam kain putih.Kalau betul kita mencorakkannya,insyaalah, selamat anak2 kita.

Kalamhati said...Reply To This Comment

betul tu adik..apa saja perlakuan mak ayah..anak2 akan ikut..

pd umur aqilah, alangkah sejuknya hati seorang ummi kan bila dia boleh faham perlakuan dlm solat..cemana dia pkai telekung..berwudhuk atau tidak itu tak penting..

biar dia tahu apa itu takbir, rukuk dan sujud pun dah cukup kan?=)

nadya e-man said...Reply To This Comment

bgsnye anak kak lydia...bgs la mcm tu...lentur buluh biarlah dari rebungnya kannn...suke tgk budak2 yang nk belajar mcm tue...^__________^

simply nana said...Reply To This Comment

alahai comel je dia.sejuk perut ibu mengandung bila tgk anak2 macam ni.

diana said...Reply To This Comment

betul la..
tengok pun dah buat kita tersenyum..
senang hati ..
tak payah disuruh,dirotan.. tahu
bila nak solat.
syukur..:)

Peri PiA said...Reply To This Comment

bgs anak ummi ni ;),Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...