Wednesday, December 28, 2011

Banjir Segamat





Assalamualaikum....


Banjir sedang berlaku di daerah kelahiran saya juga di Segamat. Bonda, ayah dan adik-adik semuanya sedang risau memikirkan apakah banjir tahun ini akan berlaku lebih ganas dari tahun lalu.


Mengikut kajian, banjir tahun ini akan lebih teruk dari tahun lepas.Tak pernah lagi kediaman kami digenangi air selama ini tapi tahun lalu jalan raya dan bahagian luar rumah bonda dinaiki air. Saya tergamam melihat gambar yang mereka kirim. Dasyat sungguh banjir tahun lalu.

 


Gambar di atas saya ambil dari facebook adik, gambar awan bergulung, cuaca suram di salah satu jalan di segamat. Jalan genuang nampak lengang. Biasanya kawasan ini akan jadi amat teruk bila berlaku banjir.



gambar empangan juaseh -sumber


Ya Allah, kami memohon lindungilah keluarga kami dari bencana ini. Moga mereka tabah mengharungi dugaan dan bencana alam pada tahun ini. Apa kisah mak saudara saya di labis? adakah rumahnya telah dinaiki air? saya tertanya-tanya...diri saya di sini, hati saya dah sampai di Malaysia!


www.tips-fb.com

15 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

semoga keluarga LM sabar menghadapi ujian dariNya

dan bersyukurlah kepada mereka yg tempat mereka tidak dilanda banjir

Izan Ishak said...Reply To This Comment

hubby izan baru minggu lepas ke segamat.. masih okay lagi. beberapa hari lepas tu, staf bank di sana bagitau air naik cepat. takut sgt jadi macam thn 2006.

harap2lah kalau banjir thn ni tak seteruk sblm ni... doa2 moga keluarga LM di Segamat sentiasa dipelihara Allah...

bersama kak Es said...Reply To This Comment

Ya Allah!! takutnya tengok awan tu. Moga semua selamat hendaknya keluarga adik.

Kak Es pun masa gi Temerloh lalu Segamat tapi Alhamdulillah time tu cuaca ok . Gerimis je.

Moga selamat semua

najihah sahami said...Reply To This Comment

tu la kak..bila ada bencana macam ni la hati kita jiwa kita memang dah tak e pada diri kan. nak sangat bersama keluarga..huhu..

semoga keluarga akak dan semua penduuk segamat selamat..

shatooman said...Reply To This Comment

gambar awan tu,nampak mcm gmbar tsunami.. menakutkan

kakchik@ella said...Reply To This Comment

banjir memang merisaukan ..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hope semuanya selamat...
mohon dijauhkan dari segala bencana..

mizzkechique said...Reply To This Comment

hr tu blik kg pun risau je.. air sungai dh melimpah.. yela, batu pahat kt sebelah segamat,klu segamat banjir, mesti batu pahat bnjir gak.. palng risau part empangan tu..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

Mdoakn depa xdak apa2 kak. Amin.

kiz said...Reply To This Comment

Gomeh pun hari hari hujan ni.

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

semoga Allah SWT pelihara kita semua dari bencana dan malapetaka.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Fuhh..skg merata banjir..

Muzel Zay said...Reply To This Comment

Rumah nenek sy dh tggelam..tp tahun ni air naik x selaju thun lepas..tp xtau la kan kalau ade gelombang kdua ke..tp mudah2an surut la air banjir tu..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hope semua nya selamat.kampung akak ipar kat sana gak.

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

seram sejuk kak lihat gambar tu..
awan tu mmg nampak mengerikan


moga dijauhkan family kamu dari banjir..

amin
banyakkan doa ya dik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...