Friday, December 9, 2011

Bersedih?



Assalamualaikum....


Ingat lagi masa LM buat entri tragedi November dulu, ramai yang mengaku memang mereka bersedih dan november adalah satu tragedi buat mereka. Ada yang berharap november lesap dari kalender hidup mereka. Rupanya kesedihan berlarutan dan masih menyerap dalam diri kebanyakan pembaca blog ini.




Entri semalam juga mendapat beberapa komen yang menyatakan mereka bersedih dan terpaksa senyum dalam duka. Apa masalah sis ieda dan qasehraihan? itu hanya mereka saja yang mengetahui selagi mereka tak membuka bicara kita tak berhak bertanya.



Bulan juga tak seceria dulu, mish juga. Malah ramai lagi kelihatan tak seceria dulu. Hidup tanpa cabaran bukan kehidupan, cinta jauh atau dekat ia tetap di hati, tak semestinya pasti di depan mata. Putus cinta? itu bukan jodoh kamu dik. Kecewa dengan sahabat? itu bukan sahabat kamu kak, akak hanya perlu pergi kerja dan buat mereka tak wujud, jangan jadikan perangai buruk mereka satu beban buat akak menjalankan pekerjaan setiap hari. Saya tau akak pasti boleh.




Memendam rasa itu perlu, tak perlu luah pada orang jika dia bukan seorang yang amanah menjaga rahsia. Tak perlu mengadu di facebook kerana ia bakal mengundang bencana besar, ustaz azhar kata mengadulah pada Allah, kerana Allah mendengar segala rintihan hambanya.




Ingatlah adik dan kakak semua, kesedihan hari ini mungkin merupakan sedikit bayaran buat kegembiraan kita di hari esok. Sabar dan teruskan melangkah, kehidupan di bumi Allah tidak lama, jangan kita abaikan insan tersayang hanya kerana kesedihan kecil kita, wallahualam.




Harap kak ieda, mish, qasehraihan, bulan, qiqi dan semua tak kira sesiapa pun yang sedang bersedih, pernah bersedih akan mendapat semula kegembiraan mereka. Doakan saya terus gembira melalui kehidupan sementara ini juga ye...amin.
www.tips-fb.com

9 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

InsyaAllah.. get closer to HIM then u will getting happier and happier.. insyaAllah..

Nazifa said...Reply To This Comment

s0b s0b :(
terima kasih kak :)
i lap u!

cik hijau purple VS nur faie said...Reply To This Comment

ape salah bulan november ?
setiap kali bulan 11 ,
pasti ada sesuatu terjadi .
setiap tahun .

~sobs . .

najihah sahami said...Reply To This Comment

alhamdulillah mish dh hepi kak..:)

laskar pelangi said...Reply To This Comment

november bulan hapy jugak buat pelangi...hehehee~

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

kalau diturutkan hati, mmg kesedihan akan sentiasa menjadi teman.tapi kata org, hidup perlu diteruskan jadi lupakanlah segala kesedihan.

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

setuju ngan akk.mengadulah pada Allah.

eiela said...Reply To This Comment

senyumlah sebab senyum itu penawar duka. hehe =)

ZURAINI said...Reply To This Comment

lets baking! ilang stress main2 tepung. tehee.err.. cm tesasar dr tajuk utama jep. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...