Monday, December 5, 2011

Bila Perlu Berubah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saat bila kita rasa kita perlu berubah? Saat mahu pergi mengerjakan haji? waktu tu baru rasa diri banyak dosa dan mahu berubah sepenuhnya? takut dapat bala semasa di tanah suci? then balik saja terus buat perangai lama, masih menyakitkan orang dengan komen bodoh di facebook, masih mengumpat dan menjatuhkan air muka dan maruah orang lain tanpa rasa bersalah?


Atau....bila dapat tau ada penyakit kronik yang bakal membuatkan diri kita merana dan hidup tak lama? masa tu baru terus duduk lama-lama berzikir dan membuat amal ibadah. Baru nak meminta maaf kepada semua insan yang selama ini kita aniaya perasaan dan diri mereka dengan tutur kata dan perbuatan kita?



Masa bila nak berubah? sebaiknya berubahlah menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Bila nak tidur, mintalah pengampunan dari Allah atas segala dosa silam dan berusahalah untuk menjadi seseorang yang baik dan lebih baik. Ye, kita bukan orang baik, tapi tak salah cuba menjadi orang yang baik kan? 


Cuba leraikan simpulan atau kekusutan yang berlaku antara kamu dan insan sekeliling, mohon maaf atas salah silap tapi jika mereka tak mahu memaafkan itu terserah bagi dirinya, kerana mungkin dirinya rasa kemaafan itu satu dendam yang amat bermakna bagi dirinya. Buatlah yang terbaik, cuba jadi yang terbaik terutama di bulan baru, tahun baru di awal Muharram ini. Tak perlu tunggu tua untuk berubah, tak perlu tunggu saat nak buat haji baru nak jadi baik, tak perlu tunggu dah sakit baru nak jadi hamba allah yang baik, tak perlu tungu dan tunggu. 



Kita yakin ke 2 minit lagi kita masih bernafas? kita pasti ke kita sempat bertaubat? berubah tak perlu mengeluarkan duit, cuma perlu pengobanan. Korbankan sikit masa untuk memohon maaf jika ada silap sesama manusia dan korbankan lebih banyak  masa bersama Allah. Moga hijrah kita di tahun baru ini untuk menjadi seseorang yang lebih baik akan tercapai. 



Sekadar pendapat, sekadar peringatan buat diri sendiri. Kalau tak setuju maaflah ye. Ini bukan blog ustazah, bukan blog agama, cuma blog seorang insan kerdil yang banyak dosa, tahu tak banyak masa buatnya bersujud kepada Allah dan tau masa untuk melihat dunia semakin pendek buat  dirinya, wallahualam....


www.tips-fb.com

7 comments:

bujal X said...Reply To This Comment

hari2 niat nak berubah tu sentiasa ada~~tapi tu lah~~~haih~~

simply nana said...Reply To This Comment

Susah kan nak cari orang yang betul2 ikhlas dngan kita.tak salah jika mahu menegur,jika cara itu secara berhemah. entah la yea, mungkin juga memang caranya begitu kot

diana said...Reply To This Comment

tak perlu tunggu untuk berubah...
hidup ni singkat..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

entry menginsafkan saya juga LM.. thanks for sharing LM..:-)

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

dunia skrg makin tenat.moga kita berubah lah.rara pon cuba membersihkan hati dan sllu berdoa agar Allah tunjjukan jalan yg terbaik utk rara.Amin.

anamizu said...Reply To This Comment

aah betol tu ummi.. ramai yg suka guna istilah "belum sampai seru".. nak tggu SERU ape tak tahulah.. nak berubah, x perlu bertangguh pon kan ummi =)






luv,
anamizu

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

maceh kak ingatkan. T.T Nadh mtk maaf kalau ada salah ng akak. T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...