Wednesday, December 7, 2011

Buah Ciku

Fail:Buah ciku.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Suka makan buah ciku? Buah ciku ni kalau tinggal di kampung memang mudah nak dapat tapi kalau di bandar-bandar memang agak sukar mencari buah ni. Selalunya buah ciku mudah nak dapat di R&R kan? sejuk....nyum nyum.



LM dari zaman kanak-kanak suka sangat makan buah ciku. Dulu balik sekolah je mesti beli buah ciku yang dah siap cucuk di lidi. Sedap makan sejuk-sejuk tau. Dah duduk kat Qatar ni selalu je mengidam teringin nak makan buah ciku. Agak mahal juga kat sini, dalam 10-11 riyal sekilo. 


Hari tu teringin nak makan minta hubby belikan, alhamdulillah simpan 2 hari je dah boleh makan. Cepat pula dia masak. Kalau di kampung dulu beli simpan seminggu pun susah nak masak. Lepas juga hajat nak makan buah ciku, sedap makan sejuk-sejuk. Korang suka makan buah-buah tempatan? LM suka makan semua buah tempatan, nangka, pisang, ciku, langsat. Wahh musim sejuk asik lapar je bagus juga makan buah dari asik cari biskut je kan?



Psst: kalau asik lapar cari buah tau, jangan makan roti tau, nanti kembang macam donut susah pula.
www.tips-fb.com

16 comments:

sha a.s said...Reply To This Comment

sha x tau knpe, everytime cuba utk rs buah ciku, mesti x leh telan...x blh mkn pulak buah ciku ni...yg lain2 ok...ehehe

H.J said...Reply To This Comment

kalo lapar tido kak LM.perut makin kempis

saffiya_aleesya @ echa said...Reply To This Comment

suka makan ciku sejuk2..sedap sgt

bujal X said...Reply To This Comment

kat malaysia pun susah nak cari~he~~

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dekat tempat kerja hubby kakak landscape dia tanam pokok ciku... so boleh katakan setiap minggu mesti ada saja cikgu bawa balik.

Munnafendy said...Reply To This Comment

kat kampung ai dulu ada ayah tanam buah ciku..tp dah tebang sebab anak2 xminat nak mkn buah ciku.

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

kak baru sarapan buah ciku..
wahhhhhhhhhhhhh

samalah citarasa kita

rindu kamu jugak

Ieja said...Reply To This Comment

sedap kan buah ciku..kalau dapat yg manis lg best..tp skrg ni dh jarang mkn buah ciku sebab susah nk jumpa..kalau kat kg siap dh pokok ciku lg..huhu

Peri PiA said...Reply To This Comment

memang manis mcm LM,mkn sejuk2 syurga :D

krole said...Reply To This Comment

wuahhh musin sejuk..best2...krole pon suke ciku sgt2...tak sabar nak blk kampung...kat kmpung snang skit cari hehehe~

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

lydia, cik ina kalau lapar pun tak boleh makan roti nanti bertambah lapar, sebab kandungan yis buat perut kita tak sedap, kalau roti gandum okay lagi.

ciku feveret cik ina.

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

haha betul tu kak, makan buah boleh kenyang

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

nie buah feberet...susah nak cari buah ciku nie..dulu masa hantaran tunang siap minta buah ciku pun kena ada sekali dalam bakul buah..hihi...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

hehehehehe..kebetulan sungguh. sebab skrg ni musim suami tini mengidam buah ciku. tak habis2 ciku. balik rumah mak dia, petik ciku. nasib baik buah banyak.. tp tini x makan pulak, sbb rasa mcm mkn abuk kayu. hehehe...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

skrg musim buah ciku kat tempat shda....ada je org jual tepi jalan

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

tetibe teringin nak mkn buah ciku..
dlu kt UIA bnyk pokok ciku..dah berbuah ingt nak petik sebiji dua simpan smpai masak..
alih2 makcik cleaner tu dh rembat abis sume dh..sabo jela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...