Friday, December 2, 2011

Cuaca Qatar



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Salam rindu buat adik kakak dan pembaca setia blog ini. Tuan blog demam maka membukitlah rindu korang nak baca celoteh sis ye? Kan sis LM dah kata, blog ni blog santai, bukan blog ustadzah atau blog agama. Takda apa yang menarik untuk dibaca pun. Tapi kalau rain, deno kak ayu KC..kak kalamhati...cikgu azrine dan lain-lain masih suka nak baca celoteh kosong di sini LM pun pelik. Apa pun LM suka dan gembira sebab dalam celoteh merapu tu pun kita boleh bersahabat macam saya suka baca celoteh diana, dan kamu semua.


Dia banyak kali bertanya dalam ruang komen mengapa LM sering sakit di sini. Baru hari ni nak curi masa taip jap entri fresh jawab komen diana. Sebenarnya sekarang ni dah masuk winter. Suhu di qatar ni tak boleh nak jangka, sekejap OK dan sekejap KO . Suhu boleh menurun atau menaik dengan mendadak tiba-tiba dan itu membuatkan mereka yang tak tahan mudah jatuh sakit. 



Seperti beberapa hari lepas, dari suhu 18 degree terus esoknya jatuh ke 13 degree celcius. Suhu sesetengah kawasan ada yang jatuh ke 11 degree. Maka memang badan sejuk sampai ke tulang, walau dah pasang heater di bilik tidur dan ruang tamu.



Hari ni suhu sekitar 17 -18 degree saja. Kebetulan cuaca di sini memang kering walau panas atau musim sejuk. Maka kulit cepat kering, tekak pun cepat kering. Kalau skip saja makan yogurt pasti akan tau apa akibatnya. Itu bagi LM...tapi bagi mereka yang tubuh kental tak jadi masalah pun. LM kan manja...haha, so cuaca dan suhu terlampau membuatkan diri cepat jatuh sakit. Manja bertempat takpa ye, manja dengan hubby dan kakak - kakak serta kamu adik- adik kesayanganku. 



Sekarang sedang menggagahkan diri cuba nak menggulai tulang lembu dan buat sup lembu. Satu untuk anak dan satu untuk ayah anak. Sayur campur saja kot pelengkapnya. 



Akhir sekali, ingin LM ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian kalian mendoakan kesihatan LM kembali pulih. Hanya allah yang mampu membalas budi baik kalian. Demam tu dema juga, jangan sampai tak urus orang tersayang ye....ingat amanah Allah yang terletak di bahu kita. Kita masih isteri dan ibu buat mereka. Selagi daya jangan diabaikan makan, minum dan kebajikan mereka. Kalau tak larat...kupas bawang sambil duduk, tak larat juga...minta hubby beli makanan..tak larat juga, zzzzz..hahaha.  



Alhamdulillah, Allah mengurniakan seorang suami terbaik buat diri ku...terima kasih sayang sudi cuti jaga isteri cumil abang yang melepek demam semalam. Sayang ketat-ketat....hanya Allah saja yang mampu membalas jasamu, dan hanya kasih saja yang mampu ku hadiahkan buat mu.





www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

entry wajib baca nih... saya pun nak jadi isteri solehah.. amin..doakan ye

diana said...Reply To This Comment

ooo..
cuaca nye tak menentu ye??
kalau kat sini musim hujan sebulan...sebulan tu la rasa sejuk..kan??
lain sungguh kat sana dengan sini rupanya..

macam saya ni maknanya tak boleh la nak dok sana jugak..sebab saya ni pun mudah sakit bila cuaca mendadak bertukar suhu..
sebab tu kadang2 balik kampung pun saya boleh demam..hehhehe

Cik Bambam said...Reply To This Comment

sejuk tp kering.. mcm mana rasanya ek..huhuhu... jaga kesihatan kak LM.. saya dah nak chat.. InsyaAllah..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...