Friday, December 16, 2011

Dicemuh?



Assalamualaikum...


Pernah dicemuh, dihina, kutuk kaw-kaw dan diperli malah diaibkan dilaman sosial? rasanya hampir semua pernah rasa salah satu dari apa yang saya senaraikan di atas. Apa yang kamu rasa? down,kecewa,malu yang amat sangat, pedih,terluka dan apa saja perkataan yang menggambarkan betapa lukanya perasaan ketika itu.



Apa yang kamu buat bila menghadapinya? serang semula di facebook?malukan dia semula?jaja sana sini cerita tentang dia dan mengaibkan namanya? berhemahkah cara tu. Tak takut berdosa dengan hukum mengaibkan insan lain?jangan cuba sesekali mengaibkan orang lain walau kita rasa kita tak bersalah dan amat pedih bila dia memburukkan kita.
Pernah saya terbaca kisah seseorang yang terkejut mendapat pahala dari kebaikan yang tidak dilakukan. Dia bertanya dari mana ganjaran pahala tersebut, maka rupanya pahala tersebut datangnya dari mereka yang mengumpat dirinya dulu. Ternyata tidak salah jika kita tak membalas semula kejahatan orang terhadap kita kerana kesabaran itu membuahkan ganjaran lumayan di akhirat kelak.




"Boleh la cakap lebih...kamu tu penyabar!" Nak kata macam tu? saya juga tak kuat sabar macam kamu semua, saya juga sentiasa khilaf dan cuba menjadi lebih baik dari semalam. Selangkah  lagi ingin menjadi lebih baik dan mulia dari kelmarin. Maka bersabarlah, jaga tutur bicara dan jika ada kesedihan luah dan mengadulah kepada Allah pencipta kita kerana Allah tidak akan mensia-siakan permintaan hambanya yang ikhlas.
Mengapa manusia sering mencemuh, menghina?itu kesukaan dan hobi mereka....jangan tanya mengapa dan mengapa. Apa yang penting jangan sentiasa berasa lemah dengan cemuhan. Jangan rendah diri dan malu untuk melangkah maju setapak lagi. Selagi Allah tak benci kita selagi itulah kita tak perlu risau. Mengapa perlu rasa sedih hanya dengan cemuhan ringan dari seorang insan yang kurang kasih sayang sedangkan kamu dikelilingi oelh beratus, beribu dan mungkin lebih dari itu insan yang menyayangi kamu. Kamu masih ada ibu bapa, adik beradik, mungkin bagi yang telah berkahwin kamu ada suami dan anak-anak.



Aisyah  isteri rasullullah yang  sungguh mulia akhlaknya pernah difitnah. Malah lebih hebat dari kita, lihat bagaimana Allah sangat sayang kita. Memberi sedikit ujian untuk kita terus melangkah dan menjadi hamba yang bertakwa. Mungkin semalam kita bersalah, tapi amat bermakna bila kita sedar kita bersalah. Tak susah untuk mencari jalan yang benar bukan? Bangun dan tuju jalan yang benar, tinggalkan duri yang mencucuk agar kita boleh mencapai kejayaan di akhirat kelak.




Ingatlah....walau tinggi mana kejayaan kita di dunia ini, tak menjamin kejayaan kita di akhirat kelak. Kita sering lupa apa tujuan kita berada di bumi Allah ini. Ingat apa janji kita pada Allah, kita berada di sini untuk menghambakan diri buat Allah, mencari keredhaan Allah. Carilah sahabat yang membantu kita menuju jalan yang benar. Ingat....siapa sahabat kita itulah kita sebenarnya. Jika berkawan rapat dengan pendusta tak mustahil kita akan menjadi pendusta suatu hari nanti. Jika berkawan dengan seorang yang amat menjaga maruah dan agamanya tak mustahil dari seorang yang lemah iman kita akan menjadi seorang yang bertakwa esok hari....



Dunia hanya persinggahan sementara, kehidupan esok yang kekal di akhirat amatlah panjang malah kekal selamanya. Setakat dicemuh, dikeji dan dihina tak menjadi cacat dalam hidup. 


Hidup kita ni bukan kerana dek pujian, 
Tak mati kita dek kerana kejian


Selamat beramal....takmo sedih dan berduka dalam meniti perjalanan hidup. Susah senang mengadu pada Allah. Moga kehidupan kita diberkati Allah. Amin...

 
www.tips-fb.com

20 comments:

EnciK AxixOu said...Reply To This Comment

betul 2..tak berkudis pown kalau org ejek kita..tak lapar pon kalau kita tak ejek org...

laskar pelangi said...Reply To This Comment

sabar jela orang nak kata pe kat kita kan..bukan semua orang leh terima kita seadanya ^^

zulkbo said...Reply To This Comment

salam..
tak sayang mulut la
sapa yang suka-suki
kutuk orang tu :(

azwa amani said...Reply To This Comment

betul tu kak.. tak mati dikeji... good entry.. membangun jiwa2 yg lemah :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alhamdulillah LM.. saya belum pernah dicaci atau dicemuh sebegitu rupa..

semoga tak jadila kat diri saya..

satu je prinsip yg saya pegang.. biar org buat kat kita.. kita jgn buat naya orang..insyaAllah..

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Dekat laman sosial tak permah kena. Tapi kena keji cemuh depan muka dan depan teman sekerja pernah.

Rasanya?

Macam nak bunuh orang. SERIOUSLY.

Tapi nak buat macamana. Kalau sy bunuh, sy yg berdosa. (Macamlah pandai membunuh. HAHA)

Sabar mmg susah. Tapi bila dah dapat buat, rasa dia memang manis! ^____^

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

keji kejian mainan nafsu serakah...moga pengalaman dari orang2 yang terdahulu menjadi contoh untuk kita hadapi hari2 mendatang..
tq LM...

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

kalau terus di ejek secara berterusan, mungkin sy terajang je orang yg banyak mulut tu kak..tapi alhamdulillah, belum lagi dihina kaw kaw..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Mlot org kak

ditimpe musibah br nk sdr

Dr Aisyah said...Reply To This Comment

Memang ada manusia yang suka sangat mengkeji dan mencemuh orang lain tanpa mengambil kira perasaan orang yang dihina dan dicemuh itu. Manusia jenis ini biasanya merasakan dirinya lebih mulia dari orang yang dihina dan dicemuh itu. MOga kita diberi kesabaran dan dijauhkan dari perbuatan yang macam ini dan moga orang yang suka mencemuh dan menghina itu cepat-cepat sedar akan kesalahan perbuatannya...

simply nana said...Reply To This Comment

Doa orang2 teraniaya lebih diberkati..semoga orang yang berbuat demikian akan mendapat petunjuk..amin

shark said...Reply To This Comment

stakat ni shark x pnah lg amik ati kes kat fb..
sbb shark anggap fb ni just for play2 jer..
nothing yg serius kt fb nie:)

Peri PiA said...Reply To This Comment

insyAllah xmo cpt terluka

nur adam said...Reply To This Comment

salam ziarah...mmg x kuat bila dikata dicemuh..kdg2 x tau hujung pangkal..org pandang rendah..pandang semacam..kdg2 tefikir apa lah salah aku kat korang yek..sentiasa berdoa agar mereka yg x senang hati tu..sentiasa diberi pentunjuk..:)

diana said...Reply To This Comment

kadang2 sikap kita yang terlalu menonjolkan diri jugak jadi punca kenapa kita di cemuh..
orang mudah nampak sisi tak elok kita bila kita terlalu menonjolkan diri..
saya selalu pesan pada diri untuk
"jaga diri baik2"
saya jarang ada kat tempat yang ada ramai orang.
itu satu cara untuk saya elak kan diri saya dari fitnah,cemuhan dan mendengar perkara2 tak baik..

qasehraihan said...Reply To This Comment

kita bersabar ajela..huhu

Alongxp said...Reply To This Comment

biasa la tu... dicemuh,dijatuhkn oleh org yg rapat,dihina oleh org yg pnh kita tlg,bnd lumrah dlm hidup... bnd tu dijadikan panduan...

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

subhanallah.
terima kasih atas pengkongsian..

buat kak selalu kerap bertanya pada diri..
layakkah kita mengatakan ttg orang...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

mas pernah dihina depan kawan2,hampir 8 tahun mas dah hilang keyakinan diri.now build balik support from family n best friends.

emieysandra said...Reply To This Comment

jgn mencemuh spy x dicemuh..bersabar la kalau dicemuh, xluak pahala kite..biar die lak pikir dosa2 die kan..rindu nk berkunjung k blog akak ni, ehehe..maaf. asyik tenggelam timbul je emiey sejak cuti ni yer =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...