Sunday, December 4, 2011

Doa Bonda



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejuk dan semakin sejuk hari ni. Jari ku sesejuk ais hingga kadang kala saat nak sentuh tengkuk baby syafiq pun sampai dia pejam-pejam mata menahan sejuk tangan ummi...hik hik hik, sian dia.



Kebanyakan orang tidur malam biasanya menjadi lena akibat kedingingan. Tapi dah 3 minggu LM tak lena tidur sebab baby syafiq tak lena tidur mungkin kesejukan. Sekarang ni kepala rasa pening-pening je. Susah hati budak berdua tu exam lagi....rasa satu perasaan yang tak terluah. 
Malam tadi baru perasan ada sms dari bonda. Hampir jam 1 pagi baru LM balas sms bonda, rupanya bonda masih mampu balas lagi sms tu walau pun dah awal pagi. Busy minggu ni dengan anak-anak exam luah LM. Tapi bonda melegakan perasaan mengatakan dia sentiasa doakan kejayaan cucunya. Lega mendengar pesanan bonda....huhu



Terima kasih bonda, doamu sentiasa mengiringi ku. Sentiasa ada tatkala diri ini lemah, sedih dan jatuh dari dugaan hebat. Sayang bonda, sayang ketat-ketat. Bonda sangat penyayang, bonda sangat pemaaf. Rindu bonda!
 
www.tips-fb.com

2 comments:

Kak Aya said...Reply To This Comment

salam LM, selamat maju jaya untuk anak-anak LM.

Kita yang tak ada can nak merasa sejuk-sejuk gitu, rasa mcm besssttt je dgr suasana sejuk2

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ohhh...anak2 tengah exam ye LM. aunty izan doakan semuanya berjaya ye!

izan pun sama, kalau dlm keadaan susah hati mesti mak tempat izan luah perasaan. kadang2 tu tak sempat ckp apa2 mak terus meneka... rindu ngan mak! cuti sekolah ni blm sempat balik kg lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...