Sunday, December 4, 2011

Jangan Gopoh Dalam Menurunkan Berat



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama LM tak sebut tentang tips menurunkan berat badan sejak dah remove target kat sidebar tu kan? Haiya...teruk la kan, misi dah hampir berjaya terus lupa kawan lain. Okey, mood sedar diri muncul kini. Jangan risau, LM tak lupakan korang yang masih gigih menurunkan berat badan.



Jangan gopoh, tak elok tau. Ada yang hari-hari naik atas penimbang tu. Macam mana lah nak nampak penurunan berat atau penambahan perat kalau hari-hari korang naik atas penimbang tu? Silap hari bulan boleh rosak pun ada tau..haha. Seeloknya timbanglah berat seminggu sekali dan cuba timbang di awal pagi. LM je boleh timbang hari-hari..hahaha. Sampai encik suami dah jemu tengok LM menimbang....hehe



Makan tu kenalah jaga, walau makan sedikit jangan lah makan benda yang boleh buat berat kamu berganda naik. Makan nasi tak mau, tapi korang pergi telan benda remeh temeh macam coklat 400gm, dah la berlemak, manis pula tu. Berapa kalori dalam coklat tu ada korang ambik tau? bahaya~~~



Jangan lah sampai tak ambil nasi lepas tu lesu dan tak bermaya. Orang tak bermaya ni kadang kala akan menimbulkan stress dan akhirnya mereka jadi pemarah, awas...jangan gopoh nak kurus dan akhirnya kamu bertukar menjadi alien!



Takmo gopoh okey, santai-santai berdiet sudah. Usaha kena berterusan, kejayaan milik saya, anda dan anda. Kak aya senyum-senyum baca entri ni ye, takmo stress, adik doakan kak aya berjaya mencapai sasaran. Kita beruntung sebab kita takut semakin menggebu, dari tak risau langsung kan? ciyok-ciyok.



www.tips-fb.com

12 comments:

~ yus ~ said...Reply To This Comment

Erkk..tajuk tu mmg Gangan gopoh ke?

G tu patut jadi J tak?

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

salah eja tajuk eh hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@~ yus ~yus..tq..dah betul kan pun..hehe

Jendela Hati said...Reply To This Comment

salam singgah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@EZAN IDMAye lah..tulah kelam kabut sgt td..tq ye

lieynanilaz said...Reply To This Comment

nak kurus memang kena bersabarrr...jangan give up kalau timbang berat tak turun...hehe.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

yelah... kadang2 kita ni (ehhh...izan lah ni) rasa nak cepat2 turunkan berat badan. konon x nak makan nasi. tp ujung minggu layan fast food lah... kek lah... ke laut juga dietnya....

diana said...Reply To This Comment

hehe..
saya dulu tinggal terus nasik..
tapi sekarang makan nasik dah..
sebab berat dah turun.kan??
kalau gemuk lagi mungkin saya akan tinggal nasik semula..:)

model pakaian muslim wanita said...Reply To This Comment

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

berat...ermmm..adoii entah bila la mas nak kuruskan lagi ni..seluar jean macam ketat je.hahah

iza said...Reply To This Comment

Assalam...
Nasib baik rumah iza tak ada penimbang...hehe..last timbang sebulan lepas 51kg.

adele said...Reply To This Comment

pada sy, orang kita ni banyak nak turun berat badan tapi teknik salah..jaga makan tu betul dah, tapi malas bersenam.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...