Monday, December 19, 2011

Garangnya Orang Lapar



Assalamualaikum... entri saya yang ini mendapat pelbagai pandangan dan pendapat. Rata-rata semua sahabat pernah melalui pengalaman yang sama seperti saya bila makanan terlalu lambat sampai bila makan di luar.



Saya? memang angin satu badan, tapi bila makan perantauan, di kedai yang berlainan negara pula dengan saya memang saya kena tahan marah saya sebab tak mau mencemar maruah saya, suami dan negara saya Malaysia. Mendidih darah tak siapa perasan...haha. Bila saya baca komen anda semua saya tersenyum sorang-sorang. Garangnya orang lapar ni ye?ekeke.



Memang jangan dibuat main dengan orang lapar. Gurauan boleh mereka anggap perli. Usikan boleh dianggap kutuk. Perut lapar makanan lambat sampai, rasa pula langsung tak sedap. Memang rasa nak telungkup je mangkuk tu bak kata diana...hehe. Saya pun hairan, kalau tak pandai masak buat apa buka kedai makan? saya tak pandai masak la sebab tu saya makan kat restoran..hehe, itu ayat saya bila makan tak sedap kat malaysia. Omelan saya dengan encik suami je la...hehe



Orang lapar memang cepat naik angin, kalau suami pulang dari kerja sila hidangkan makanan supaya dia yang lapar cepat kenyang. Apa masalah kat opis terus dia lupa bila perut dah kenyang. Jangan suami pulang kita sambut dengan muka masam mencuka, pakaian mengalahkan pembantu rumah, kain batik sampai ke lutut, baju basah kuyup baru siap menyental kain. Peingatan buat diri saya juga....cantik untuk suami dapat pahala ye, tak rugi pun.





www.tips-fb.com

8 comments:

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

hehehe...btol2...lapor ni blh badmood tau,hehehe...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

aah kalau lapar ni mmg cepat hot.lagi2 kalau dah trbiasa,makanan dah dhidang,tgk2 xmasak..hemm(tak patut2,jgn contohi sikap xlok ni)

Lady Rina said...Reply To This Comment

bila lapar..mood baik jd tk baik...huhuhu...

eiyzniey said...Reply To This Comment

Kalau lapar mmg la kan..
Hehee..
Mood pun jd xbtol.

ieda said...Reply To This Comment

ekekek tul tu dik .. lapoor nie sampai leh rasa nak makan org kalau tanye banyak2 masa tuu :)

biela bell said...Reply To This Comment

hAHAHA..yela kot..klu saya..sy akan cakap2..kcu2 orang..smpai lah dapat makanan baru senyap! haha

diana said...Reply To This Comment

hahaha...
sebab kita bayar untuk perkhidmatan tu..kan??
kalau free kita nak
marah pun tak elok jugak..kan..
sebaiknya depa kena perbaiki lagi la apa yang kurang..

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

betul tu lydia kata-kata yang akhir tu..kalau nak aju soalan kat suami, kalau ye pun kena lah bagi dia makan dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...